Posts

MEMPELAJARI AGAMA DI MERATA JALAN

MARI SENTUH ANJING Mempelajari agama di dalam bilik darjah yang teratur secara tradisional nampaknya telah bertukar menjadi tradisi baru iaitu mempelajari agama di ruang pasar raya, di tepi-tepi jalan, di pentas politik, termasuk di pentas kempen pilihan raya dan sebagainya.  Ajaran agama dengan kaedah bersemuka dengan guru yang mahir, dan berpandukan kepada teks Al-Quran dan Hadis, juga buku-buku  yang berotoriti, nampaknya telah diganti dengan sesiapa saja yang dapat memberikan fatwa dan ajaran mudah, tentang najis yang berbagai jenis, anjing dan kucing, dan akhirnya mungkin juga akan dirangkumi binatang-binatang yang lain. Para mufti dan guru agama yang sepatutnya dapat memberikan pengajaran yang lebih komprehensif dan terperinci, akan hanya dapat memberi komen susulan, yang tidak akan di dengari sangat.,kerana yang mengajar di tepi jalan dan ditempat awam itu biasanya akan lebih menarik perhatian kerana telah memecahkan tradisi pengajaran agama yang telah "ku...

FATWA: BERJIHAD ATAU BERBUNUHAN

KITA MEMERLUKAN FATWA Penglibatan umat Islam dari Malaysia di dalam peperangan di Asia Barat seperti di Syria, khususnya di dalam pasukan ISIS, tidaklah merupakan satu penyelewengan terhadap agama pada pandangan mereka, kerana selain dari mereka, terdapat umat Islam dari negara lain yang turut sama dalam peperangan itu. Mereka turut berjuang di sana adalah berasaskan kefahaman mereka sendiri bahawa perjuangan itu adalah satu jihad untuk mempertahankan agama.  Mereka membina kefahaman ini di atas keyakinan mereka bahawa perjuangan yang sedang berlaku sekarang ini adalah perjuangan menentang "musuh Islam" Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang menentang Islam, termasuk perjuangan menentang umat Islam sendiri yang menyokong "musuh Islam" itu. Berdasarkan kefahaman ini, maka mereka beriktikad bahawa perjuangan menentang "musuh Islam" itu adalah "perang fi sabilillah" yang dituntut oleh agama, dan dalam perjuangan ini umat Islam se...

ISLAM DAN KEGANASAN?

ISLAM TIDAK MENSYARIATKAN KEGANASAN…. Ramai orang terpengaruh dengan gerakan keganasan, termasuk pembunuhan sesama sendiri, kerana menganuti kepercayaan bahawa Islam mensyariatkan keganasan dan pembunuhan terhadap golongan yang diiktikadkan sebagai musuh Allah dan musuh agama Islam. Sebenarnya Islam tidak semudah itu mensyariatkan peperangan dan pembunuhan tanpa dalil-dalil yang jelas dan nyata dari Al-Quran dan Hadis serta fatwa yang muktabar dari para ulamak, yang menyatakan dengan terang bilakah peperangan itu disyariatkan dan menjadi satu amalan yang direstui oleh syarak. Penulis amat mengharapkan bahawa penjelasan dan fatwa yang jelas tentang hal ini dapat di sebar luaskan kepada masyarakat kita, kerana para belia Islam dan angkatan muda kita pada umumnya amat ghairah untuk bertindak melaksanakan syariah agamanya walau pun dengan mengorbankan nyawanya sendiri, sedangkan tindakan mereka ini adalah dilakukan di dalam kejahilan, tanpa panduan agama yang sahih Tanpa penyeb...

KEIZINAN BERPERANG DALAM ISLAM

Dasar keamanan dan keharmonian Islam Seorang lagi rakyat Malaysia meninggal dunia kerana terkena tembakan di Syria mengikut berita akhbar tanggal 15 September 2014. Mengikut berita itu lagi, jenazah ini akan dikebumikan di Turki bersebelahan mayat anggota lain dari Malaysia yang telah terkorban sebelum ini. Dalam konteks ini penulis tidak bermaksud untuk membicarakan tentang hukum dan fatwa berhubung kematian ini, sama ada sebagai seorang yang berjihad dan terkorban sebagai syahid, ataupun meninggalnya sebagai anggota kumpulan militan yang terkorban secara sia-sia. Soal hukum dan fatwa ini bukanlah boleh dipermain-mainkan seperti kita menghukum dalam urusan dunia yang tidak mempunyai kaitan dengan hukuman berat dan mempunyai implikasi balasan di akhirat sama ada masuk syurga atau masuk neraka. Ummah seluruh dunia yang sepatutnya telah bertindak menubuhkan badan antarabangsa sendiri untuk memastikan hal ini, kerana isu ini sekarang telah menjadi isu indiv...

FAHAMI ISTILAH ISLAM...........

Memahami Erti Sebenar Jihad, Syahid dan Syurga DUNIA sekarang menyaksikan umat Islam berperang dan berbunuhan sesama sendiri, seolah-olah agama membenarkan peperangan dan pembunuhan. Golongan yang mengaku berjihad atas nama Islam, atas nama negara Islam, atas nama tentera Khalifah juga, akan memancung kepala sesama Islam. Hal ini amat mengelirukan kerana Islam tidak membenarkan pembunuhan kecuali di dalam kes-kes tertentu yang amat kecil perangkaannya. Malah antara kesalahan pertama yang diharamkan oleh Islam ialah perbuatan manusia zaman jahiliah yang membunuh anak-anak mereka yang baru dilahirkan. Al-Quran di dalam surah Al-An’am (6) ayat 151 menerangkan dengan jelas di antara perkara yang diharamkan ialah perbuatan membunuh anak-anak. Maka Allah SWT menerangkan bahawa sekiranya pembunuhan bayi itu dilakukan kerana takut tidak dapat diberikan makanan kepada mereka, maka Allah yang memberikan rezeki kepada anak-anak itu, malah Allah jugalah yang memberikan rezeki kepada me...

DI MANAKAH MARUAH KITA?

KEHAKISAN INTEGRITI .......... Di manakah maruah dan integriti bangsa kita? Sehinggakan di dalam dunia pendidikan nasional pun terdapat manusia yang tidak ikhlas dan berakhlak jika di lihat tentang kebocoran kertas soalan UPSR sekarang ini, dan jika dapat dibuktikan bahawa kebocoran ssoalan itu adalah merupakan perbuatan tidak bertanggung jawab manusia-manusia yang menguruskan kertas soalan ini sendiri.... Kita tidak akan merasa terperanjat yang amat sangat sekiranya orang menyeludup minyak desel atau rokok kretek untuk mencari wang dan keuntungan sekiranya mereka yang melakukan perbuatan itu adalah terdiri dari orang biasa yang mungkin tidak mempunyai hati dan rohani yang tinggi. Tetapi kita tentu akan merasa amat hairan dan terkejut sekiranya kertas soalan itu di bocorkan oleh orang-orang terpelajar dan berpendidikan yang diserahkan amanah oleh pihak yang bertanggung jawab bagi menjalankan satu ujian penting untuk mengukur tahap pencapaian akademik dan ilmu bagi para pe...

APAKAH KONSEP JIHAD ??

MEMAHAMI KONSEP JIHAD YANG SEBENARNYA… DALAM kekecohan dan krisis besar dunia Arab yang melibatkan pertentangan di antara rakyat dan pemerintah, di antara rakyat dan rakyat yang berbeza pegangan mazhab agama, maka timbul pula satu kumpulan lain yang mendakwa bahawa mereka ingin menubuhkan negara pemerintahan Khalifah yang merangkumi Syria dan Iraq, dan akan menjalankan pemerintahan Islam yang tidak mempunyai sempadan. Mereka menamakan diri kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) tetapi dalam proses membentuk kerajaan itu mereka telah menggunakan kekerasan dan pertumpahan darah seperti tentera biasa yang bertindak untuk menakluki sebuah negara musuh, malah memaksa umat Islam di sekeliling mereka supaya menerima mereka sebagai pemerintah, jika tidak maka umat sesama Islam itu akan dibunuh serta-merta. Kejadian ini disedari oleh seluruh penduduk dunia yang menyaksikan keganasan ini melalui kaca televisyen dan gambar dalam media cetak serta media baru. Semuanya m...