MALANGNYA NASIB NEGARA : Insiden yang berlaku di dalam sebuah negara yang menjatuhkan maruah dan prestasi negara itu, sering mendapat liputan antarabangsa yang lebeh dari sepatutnya. Hal inilah yang berlaku kepada negara kita, iaitu apabila berlakunya beberapa insiden yang mengancam tempat ibadat Kristian, maka peluang ini diambil oleh media antarabangsa untuk melapurkan seolah-olah Malaysia sedang mengalami kekacauan kaum yang serius. Lapuran ini sering menakutkan orang luar yang tidak mengetahui hal yang sebenarnya tentang apa yang berlaku di dalam Malaysia, maka pelancung akan merasa takut untuk mengunjungi negara yang sedang mengalami “kerisis dan kekacauan” ini, para pelabur asing juga merasa takut. Inilah akibatnya kejadian yang berlaku di hadapan mata kita beberapa hari ini, walau pun yang dibakar itu hanya bahagian yang amat kecil, atau yang hangit itu hanya pintu dan tingkap, atau yang berlaku hanya lemparan botol minyak yang tidak mengeluarkan api. Kita mengetahui apa yang berlaku, dan kita tidak sangat merasa terancam dengan insiden itu, malah perhubungan kaum pada umumnya adalah seperti biasa. Tetapi akibatnya di luar itulah yang menjadikan negara kita berada dalam keadaan malang pada masa kini. Oleh itu penyelesaian haruslah segera dilakukan, dan pokok kerisis itu hendaklah diselesaikan dengan baik, kembali puleh seperti sediakala. Apa untungnya kita berselisih tentang tuhan atau sembahan, sedangkan selama ini kita amat bertolak ansur dengan baik? Tidakkah kita sedar bahawa Malaysia merupakan negara berbilang agama yang penuh dengan toleransi? Tahukah kita bahawa negara kita merupakan negara yang mempunyai banyak hari cuti perayaan agama yang berbeza-beza? Kita mempunyai banyak tempat ibadat kepelbagaian agama ? Sedarkah kita bahawa selama ini tidak ada mana-mana kaum dan pengikut agama yang menganggu perayaan keagamaan kaum lain seperti perayaan Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sik dan sebagainya? Apakah kita sanggup mengorbankan keharmonian kaum dan agama semata-mata dengan hanya mahu menganggu perasaan dan kepercayaan orang lain tentang nama Tuhan, seperti kerisis penggunaan nama Allah yang mencetuskan segala ketegangan pada hari ini di negara kita yang sepatutnya berada dalam keadaan aman damai? Kita semua harus berfikir secara yang lebeh bertamadun lagi.

Insiden

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....