ELAKKAN KENYATAAN YANG MENGELIRUKAN : Memang kita seharusnya menghormati semua pendangan tentang isu kalimah yang sedang diperdebatkan sekarang ini, umpamanya kenyataan YB Datuk Nazri Aziz semalam tentang pandangannya bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan di Sabah dan Sarawak, tidak di Semenanjung. Bagaimana pun dalam kes yang dibawa ke Mahkamah dan masih belum diputuskan ialah isu penggunaan kalimah tersebut di dalam Herald yang semamangnya diterbitkan oleh Gereja Katholik di Sabah. Yang menjadi isu sekarang bukanlah sama ada hal ini dibenarkan di Sabah atau di Sarawak, malah sebarang kes yang berlaku di dua buah negeri itu adalah dianggap sebagai kes yang memberi kesan kepada seluruh Malaysia, termasuk Semenanjung. Bantahan yang berlaku adalah dari semua rakyat dimana-mana saja di Malaysia kerana konsep kalimah Allah itu yang dianggap amat suci pada agama Islam yang tidak seharusnya dicemarkan. Jadi pokok perbincangannya adalah menyeluruh untuk seluruh negara, bukan lagi merupakan isu tempatan dimana rakyat ditempat lain tidak merasakan kesan dan impaknya. Oleh itu dalam keadaan sekarang, orang berbicara tentang Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai Perlembagaan yang satu, Rukun Negara yang sama, tembahan pula Raja berperlembagaan yang diwakili oleh Yang Di Pertuan Agong. Oleh itu pada pandangan saya, semua orang haruslah mengelakkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang merupakan sokongan yang berbelah bagi terhadap isu ini, supaya keadaan tidak bertambah kusut lagi, dan orang awam juga tidak merasa lebeh keliru.

E MeMMM

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....