Allah Yang Maha Asa juga Tuhan Untuk Penganut Kristian?
LAGI ISU PENGGUNAAN ALLAH OLEH AGAMA KRISTIAN
Persoalan yang mungkin ditimbulkan apakah dengan menggunakan nama Allah untuk Tuhan di dalam agama Kristian tidak mengelirukan penganut agama Kristian juga? Agama Kristian telah mengubah konsep "Tuhan" yang bernama "Allah" dengan konsep trinity, the God, Jesus Christ and the holy ghost. Apakah dengan menggunakan nama Allah dengan konsep asalnya seperti yang difahami dan diinstitusikan di dalam agama samawi itu bermakna bahawa penganut Kristian sekarang akan kembali semula kepada konsep Allah, Tuhan Yang Maha Asa? Tidakkah hal ini mengelirukan penganut agama lain pula, yang seolah-olah apabila mengaku konsep ketuhanan yang maha asa dalam pengertian Tuhan mereka, maka dengan sendirinya mereka menerima Islam sebagai agama mereka?
Hal ini mungkin boleh difikir-fikirkan juga oleh semua.
Dato',
ReplyDeletePertama, saya melihat ini sebagai kesan klimaks kepada political game Melayu yang terlampau.
Kedua, Islam akan dipandang rendah, diperlekeh, bila penganutnya lemah dan bercakaran sesama sendiri.
Penganut Islam ialah 'Melayu', maka sikap memperlekeh Melayu yang dianggap tak penting, kononnya Islam yang diperjuangkan, adalah perangai pilitikus yang separuh masak.
Ketiga, kristian secara tradisinya, akan mencari sebab untuk memperlekeh dan menyaingi Islam di setiap pelosok yang dia boleh masuk, dengan strategi yang berbeza.
Sangat malang bila ada pemimpin Melayu berlagak telus dan terbuka, menjadi sikitul yang membukakan pintu untuk tikaman belakang yang sangat melukakan itu.
Semoga Allah beri petunjuk dan kiambang kembali bertaut.