Posts

Showing posts from May, 2010
  Kenapa Bukan Islam Tidak Harus Menjadi Peguam Syar'i? Islam merupakan syariah, akidah dan akhlak. Ketiga-tiga elemen ini merupakan tiga komponen asasi bagi seorang Muslim, dan ketiga-tiga komponen ini haruslah menjadi syarat bagi seorang Islam dalam menjalankan tugasnya dalam semua urusan agama dan dunia. Oleh itu sekiranya seorang itu ingin menjadi pengamal undang-undang Syariah, iaitu undang-undang yang diwahyukan oleh Allah SWT dan dijadikan teras dalam kehidupan beragama manusia, maka ia mestilah mencukupi tiga komponan agama itu, iaitu syariah, akidah dan akhlak. Syariah adalah merupakan undang-undangnya, akidahnya mestilah mengikut akidah Islam dan akhlaknya juga merupakan akhlak dan cara hidup Islam yang berasaskan kepada syariah dan akidahnya itu. Orang Islam sentiasa terikat dengan faktor bentuk dan niat ini dalam menghayati kehidupannya, kerana tanpa kedua-dua faktor ini maka ia sebenarnya merupakan orang yang tidak dapat menghayati sepenuhnya segala kerjayanya. Ia hany...
FATWA AL-QARADAWI TENTANG PENGEBOM BERANI Sebelum saya memetik fatwa daripada ulamak terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi, tentang hukum pengebom berani mati iaitu perbuatan orang Islam yang bertindak nekad meletupkan dirinya dengan bom yang disalut pada badannya untuk membunuh orang lain, maka saya ingin memberikan sedikit gambaran tentang pembunuhan yang berlaku di dalam dunia pada hari ini, khususnya di dalam dunia Islam. Hari Sabtu 1 Mei 2010 seluruh dunia menyambut Hari Buruh, dan terdapat juga insiden dalam perarakan hari buruh di seluruh dunia yang menimbulkan keganasan, pertempuran dengan polis dan sebagainya, tetapi tidak seteragis seperti yang berlaku di Somalia. Umat Islam di Somalia menyaksikan insiden kematian dan pertumpahan darah pada Hari Buruh, dan pertumpahan darah serta pembunuhan ini bukan berlaku di jalan atau di padang, tetapi berlaku di masjid, tempat suci dan rumah Allah, dan berlakunya pula ketika umat Islam sedang menunggu untuk menunaikan ibadat, sembahyang Zohor...
  SULAIMAN DAN BALQIS   KETIKA NABI SULAIMAN ANAKANDA NABI DAUD DIUTUS ALLAH BAGINDA DILENGKAPI BALA TENTERA JIN, MANUSIA DAN BURUNG DIBERIKAN DAYA BERBAHASA BAHASA BURUNG DAN UNGGAS SEMUT DAN MERGASTUA   SULAIMAN BERTANYA BALA TENTERANYA MANAKAH BURUNG BELATUK? TIDAK KELIHATAN BERSAMA? AKAN KU SEKASKANYA ATAU SEMBELIHNYA JIKA IA HILANG TANPA BERSAPA   SEJENAK KEMUDIAN BELATUK MENYEMBAH KATA : "HILANG HAMBA BUKAN SIA-SIA HAMBA MENINJAU BERITA DI NEGERI SABA' SANA ADA KABAR BARU YANG TIDAK TUANKU KETAHUI BAHAWA SABA' SEDANG DIKUASAI MAHARANI WANITA BALQIS NAMANYA PUNYA KEKUATAN DAN UPAYA SINGGAHSANANYA TERSERGAM RATU DAN RAKYATNYA SYIRIK MENYEMBAH MATAHARI DIHASUT SYAITAN"   "APAKAH BELATUK INI BENAR CAKAPNYA? ATAU DUSTA SEMATA-MATA?" FIKIR SULAIMAN LALU BAGINDA MENCUBA MEMERINTAH BELATUK "NAH BAWA SURATKU INI SAMPAIKAN KEPADA RATU ITU KEMUDIAN KEMBALI KE SINI APAKAH REAKSINYA"   RATU BALQIS MENATAP SURAT ITU "DENGN NAMA ALLAH MAHA PEMURAH DAN...
Tembok Kebal China Tiba masanya Indonesia mencuba untuk merampas Piala Thomas dari China, maka nampaknya tembok China itu terlalu kukuh untuk Indonesia merobekkannya. Tembok itu begitu kebal dan perkasa, dan Indonesia terpaksa menggigit jari, kalah dengan agak mudah. Bukit Jalil dan Senayan nampaknya sama saja bagi para penonton Indonesia, di Senayan mereka memenuhi setiap inci stadium, namun di Bukit Jalil juga mereka membanjiri setiap ruang stadium, sorakannya sama, tariannya juga sama, yang kurang hanya satu, mereka tidak dapat juga menggugat lawan, dan lawan begitu kental serta kuat semangat dan kemahiran menangkis bulu tangkis. Satu perakar saja yang mungkin diambil perhatian oleh BAM dan Kementerian Sukan kita, satu perturan merayakan kemenangan haruslah dibuat. Pemenang yang mendapat mata terakhir kemenangannya dalam gelanggang badminton itu, tidaklah seharusnya mengambil tindakan merayakan kemenangannya dengan membuka baju, mendedahkan badannya, kerana perbuatan itu tidak sesua...
Tembok Cina Pecah Negara-negara yang pernah berperang, rakyatnya mempunyai semangat yang kental dan kuat. Contoh yang paling dekat dengan kita ialah Korea dan Jepun. Jadi kalau hendak diambil iktibar, maka Jepun telah dapat mengalahkan Malaysia dalam piala Thomas dengan penuh semangat dan bergaya. Korea dapat memecahkan tembok negara Cina dalam piala Uber, juga dengan semangat yang berkubar-kubar. Malaysia amat pemurah dan baik, kerana itu tidak ada semangat berjuang, semuanya disuap, diberikan subsidi, dimanjakan, dan kerana kemurahan hatinya itulah semangatnya lemah, tidak melawan, malah amat murah hati menghadiahkan kemenangan mudah kepada Cina dalam separuh akhir Piala Thomas. Dari awal-awal lagi, sekiranya kita tidak cukup persiapan, janganlah letakkan harapan seolah-olah piala Thomas telah berada dalam genggaman kita. Sana sini cakap pasal nak bawa balik piala Thomas ke Malaysia, sehingga orang yang mendengar, termasuk para peminnya mungkin, merasakan amat mudah nak rampas piala ...
Nama ALLAH Untuk Kempen ?? Kalau nak bangkitkan isu nama Allah di dalam kempen Pilihan Raya Sibu, maka banyak bahan oleh kedua-dua belah pihak boleh dibangkitkan. Hal ini amat menyentuh isu falsafah dan konsep ketuhanan dalam berbagai agama di negara kita, yang amat konfrehensif, dan masing2 boleh memetik ayat al-Quran. Saya rasa bahawa isu penggunaan nama Allah ini akan dapat dimanfaat dan difahami dengan teliti oleh semua penganut berbagai2 agama di Malaysia sekiranya dibincangkan atau dijadikan bahan dialog di dalam majlis2 yang lebeh rasmi, dalam suasana yang lebeh kondusif, lebeh berbentuk keilmuan, daripada membangkitkannya di dalam ceramah pilihan raya, yang penuh dengan suasana partisan berbentuk taksub dan fanatik melulu oleh para pengundi, yang mungkin hanya akan mengetahui isu yang dibangkitkan, tetapi tidak faham segala perincian yang dibangkitkan. Hal ini amat mengelirukan, terutamanya kerana pihak DAP telah menjelaskan bahawa mereka dapat memetik pandangan PAS yang menje...
  SEBUAH KEHIDUPAN   SEBUAH KEHIDUPAN ADALAH SEPOHON POKOK RENDANG DAUN-DAUNNYA LEBAT RANTINGNYA BANYAK ADA DAUNNYA MENGHIJAU DAUN-DAUN MUDA ADA DAUNNYA YANG KERING DAUN-DAUN TUA TERDAPAT KEPELBAGAIAN JENIS BUAH RANUM PELBAGAI RUPA DAN RASA MANIS DAN PAHIT MAUNG DAN KELAT BUNGA-BUNGANYA BERKEMBANGAN SEMERBAK BAUNYA MENGIMBAU SI UNGGAS SINGGAH MENGHISAP MANISANNYA. DEMIKIANLAH PERUMPAMAAN KEHIDUPAN     NAMUN BAGAIMANA SEKALI PUN TEGUHNYA POHON KEHIDUPAN SAATNYA SENTIASA MENJELMA APABILA DAUN-DAUNNYA BERGUGURAN JUGA BERPISAH DARI RANTING DAN POHONNYA JATUH KE BUMI YANG HIJAU SEGAR ATAU YANG KERING KEKUNINGAN AKAN GUGUR SILIH BERGANTI MENGIKUT KETENTUAN ILAHI, ALLAH MENENTUKAN "BAHAWA SETIAP YANG BERNYAWA PASTI MERASAI MATI" "APABILA TIBA AJALNYA IA TIDAK DIDAHULUKAN ATAU DILEWATKAN"   DAN KETIKA TIBA WAKTUNYA MAKA POHON KEHIDUPAN ITU AKAN TERBUNGKAR BERTERBANGAN MENURUT PERINTAH ALLAH " APABILA BUMI DIGEGARKAN DENGAN GEGARAN YANG AMAT DAHSYAT DAN B...
LESEN JUDI UNTUK PIALA DUNIA 2010? Memanglah apa-apa saja pertandingan yang berlaku, sama ada di dalam atau di luar negara, maka orang akan mengambil peluang untuk menjadikannya medan judi. Kalau tidak dihalalkan, orang akan menganjurkannya secara haram. Demikianlah juga dengan pertandingan Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Bagaimana pun apakah untuk mencegah penganjuran judi secara haram dari pertandingan bola sepak Piala Dunia itu, maka kita harus mengeluarkan lesen judi itu untuk cuba "menghalalkannya" ? Inilah kemungkinannya, kalau kita mendengar dan membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan kita. Mengeluarkan lesen judi , berkemungkinan besar menggalakkan lebeh ramai orang untuk berjudi, malah menghalalkan judi tersebut, tidak berarti bahawa penganjuran judi itu secara haram tidak akan berlaku. Mengharamkan kegiatan pelacuran, sering menimbulkan masalah kepada Kerajaan kerana dengan itu akan tumbuh kegiatan pelacuran "haram" yang begitu ban...
        HUKUM MEMBUNUH Hari Sabtu 1 Mei 2010 seluruh dunia menyambut Hari Buruh, dan terdapat juga insiden dalam perarakan hari buruh yang menimbulkan keganasan, pertempuran dengan polis dan sebagainya, tetapi tidak seteragis seperti yang berlaku di Somalia. Umat Islam di Somalia menyaksikan insiden kematian dan pertumpahan darah pada Hari Buruh, dan pertumpahan darah serta pembunuhan ini bukan berlaku di jalan atau di padang, tetapi berlaku di masjid, tempat suci dan rumah Allah, dan berlakunya pula ketika umat Islam sedang menunggu untuk menunaikan ibadat, sembahyang Zohor. Tidak kurang daripada 30 orang yang mati dalam serangan kejam dan berdarah itu, dan ratusan yang lain cedera. Yang amat menyedihkan pula, yang menyerang dan membunuh bukanlah musuh yang berbeza agama atau bangsa, tetapi musuh sesama Islam, iaitu orang Islam membunuh orang Islam. Sebabnya? Tak tahu sangat kita, tetapi menurut berita, keganasan ini berlaku kerana permusuhan sesama sendiri disebabkan agenda dan faha...