SULAIMAN DAN BALQIS
KETIKA NABI SULAIMAN
ANAKANDA NABI DAUD
DIUTUS ALLAH
BAGINDA DILENGKAPI BALA TENTERA
JIN, MANUSIA DAN BURUNG
DIBERIKAN DAYA BERBAHASA
BAHASA BURUNG DAN UNGGAS
SEMUT DAN MERGASTUA
SULAIMAN BERTANYA BALA TENTERANYA
MANAKAH BURUNG BELATUK?
TIDAK KELIHATAN BERSAMA?
AKAN KU SEKASKANYA
ATAU SEMBELIHNYA
JIKA IA HILANG TANPA BERSAPA
SEJENAK KEMUDIAN
BELATUK MENYEMBAH KATA :
"HILANG HAMBA BUKAN SIA-SIA
HAMBA MENINJAU BERITA
DI NEGERI SABA' SANA
ADA KABAR BARU
YANG TIDAK TUANKU KETAHUI
BAHAWA SABA'
SEDANG DIKUASAI MAHARANI WANITA
BALQIS NAMANYA
PUNYA KEKUATAN DAN UPAYA
SINGGAHSANANYA TERSERGAM
RATU DAN RAKYATNYA SYIRIK
MENYEMBAH MATAHARI
DIHASUT SYAITAN"
"APAKAH BELATUK INI BENAR CAKAPNYA?
ATAU DUSTA SEMATA-MATA?"
FIKIR SULAIMAN
LALU BAGINDA MENCUBA
MEMERINTAH BELATUK
"NAH BAWA SURATKU INI
SAMPAIKAN KEPADA RATU ITU
KEMUDIAN KEMBALI KE SINI
APAKAH REAKSINYA"
RATU BALQIS MENATAP SURAT ITU
"DENGN NAMA ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENGASIH
ANDA TIDAK PERLU BERSIKAP SOMBONG
MARILAH BERSAMAKU
MENYEMBAH ALLAH MAHA ASA
BERIMAN DAN MEMATUHI AJARAN-NYA"
BALQIS KEBINGUNGAN
APAKAH KEPUTUSANKU?
LALU BERTANYA PARA PEMBESAR
"BAGAIMANAKAH GERANGANNYA PANDANGAN KAMU?
TIDAK KU PUTUSKAN SESUATU
SEBELUM BERUNDING DENGAN KAMU"
PARA HULUBALANGNYA MENJAWAB
"KITA PUNYA KEKUATAN
PERSIAPAN DAN KAGAGAHAN
ANDAINYA MAHU BERPERANG
TETAPI KATA PEMUTUSNYA
HANYA PADA TUANKU
KAMI AKUR DAN PATUH"
MUNGKIN DENGAN KEHENDAK ALLAH
BALQIS BERFIKIR
BIASANYA RAJA YANG BERKUASA
MAMPU MEROSAKKAN NEGARA
MEMBAWA ANGKARA PERANG
AKIBATNYA
HANYA KEROSAKAN DAN KEHINAAN
BELATUK KEMBALI MENGADAP SULAIMAN
SURAT BERITA TELAH DISAMPAIKAN
KEMUDIAN....
UTUSAN BALQIS PULA TIBA
MOHON MENGADAP
MEMBAWA HADIAH DARI BALQIS
UNTUK BAGINDA NABI
"APAKAH PERLUNYA HADIAH INI
KURNIAAN ALLAH KEPADAKU CUKUP BERHARGA
LEBEH DARI SEGALA-GALANYA
HADIAH KEBENDAAN INI
TIDAK MUNGKIN MENDIAMKAN AKU
MEMBIARKAN KAMU DALAM KEKUFURAN
TENGGELAM DALAM KEMEWAHAN
DAN KEKUATAN DUNIA"
RATU WANITA LEMBUT HATINYA
TIDAK AKAN BERPERANG
MALAH AKAN MENGUNJUNGI NABI SULAIMAN
DENGAN IRINGAN PENGIRING DIRAJA
SULAIMAN SEGERA BERFIKIR
UNTUK BUKTIKAN KENABIANNYA
DENGAN MUKJIZAT ALLAH
LALU DIPERINTAHKAN
"BAWAKAN SINGGAHSANA BALQIS
KEHADAPANKU
DALAM SEKELIP MATA INI JUGA"
SEORANG HAMBA ALLAH BERKATA
"AKAN HAMBA BAWAKAN TUANKU"
KETIKA BALQIS BERANGKAT TIBA
SULAIMAN BERTNYA
"BEGINIKAH GERANGANNYA SINGGAHSANAMU?"
"YA, BEGINILAH RASA-RASANYA !"
BALQIS MENJAWAB SINIS
NAMUN DALAM HATINYA
IA BERKATA : INILAH MUKJIZAT ALLAH
"PERSILAKAN TUANKU MEMASUKINYA"
BERSUARA SULAIMAN
BALQIS MELIHAT KOLAM AIR DI MUKANYA
LALU DISELAK PAKAIANNYA
DAN BETISNYA TERSERLAH
"ISTANA INI ISTANA KRISTAL TUANKU"
SULAIMAN MENJELASKAN
BALQIS SEGERA TERUJA
DAN BERDOA
"WAHAI TUHANKU
TELAH AKU ZALIMI DIRIKU SENDIRI
SEKARANG TERIMALAH AKU
MENYERAH DIRI MENERIMA ISLAM
BERSAMA-SAMA SULAIMAN
KEPADAMU, ALLAH SEMESTA ALAM"
(INSPIRASI AL-QURAN SURAH AL-NAML AYAT 20 – 44)
Comments
Post a Comment