LESEN JUDI UNTUK PIALA DUNIA 2010?

Memanglah apa-apa saja pertandingan yang berlaku, sama ada di dalam atau di luar negara, maka orang akan mengambil peluang untuk menjadikannya medan judi. Kalau tidak dihalalkan, orang akan menganjurkannya secara haram. Demikianlah juga dengan pertandingan Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Bagaimana pun apakah untuk mencegah penganjuran judi secara haram dari pertandingan bola sepak Piala Dunia itu, maka kita harus mengeluarkan lesen judi itu untuk cuba "menghalalkannya" ? Inilah kemungkinannya, kalau kita mendengar dan membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan kita.

Mengeluarkan lesen judi , berkemungkinan besar menggalakkan lebeh ramai orang untuk berjudi, malah menghalalkan judi tersebut, tidak berarti bahawa penganjuran judi itu secara haram tidak akan berlaku.

Mengharamkan kegiatan pelacuran, sering menimbulkan masalah kepada Kerajaan kerana dengan itu akan tumbuh kegiatan pelacuran "haram" yang begitu banyak di seluruh negara. Jadi dengan itu apakah dalam hal ini juga kita harus mengkaji untuk mengeluarkan lesen untuk kegiatan ini supaya aktivitinya dapat dijadikan aktiviti "halal" supaya dapat dikawal?

Kegiatan judi "haram" juga amat berleluasa pada masa ini, sedangkan terdapat lesen judi yang telah dikeluarkan, maka apakah maknanya kegiatan judi "haram" ini juga berlaku?

Saya rasa alasan untuk mengeluarkan kebenaran bagi lesen judi Piala Dunia adalah tidak logik, dan merbahaya. Kerajaan haruslah melupakan hal ini, dan segala kegiatan haram untuk digunakan Piala Dunia ini untuk judi haram haruslah ditangani dengan sebaik-baiknya, daripada kita mencari justifikasi untuk memberikan lesen seperti yang dicadangkan itu.

Namun saya rasa rancangan ini tidak akan diteruskan oleh Kerajaan, kerana kenyataan Timbalan Menteri Kewangan itu menyebut bahawa hal ini masih di dalam kajian.

Apa-apa pun alasan dan justifikasi yang diberikan, saya rasa Kerajaan harus bertegas bahawa judi itu tidak seharusnya dibenarkan.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....