Nama ALLAH Untuk Kempen ??
Kalau nak bangkitkan isu nama Allah di dalam kempen Pilihan Raya Sibu, maka banyak bahan oleh kedua-dua belah pihak boleh dibangkitkan. Hal ini amat menyentuh isu falsafah dan konsep ketuhanan dalam berbagai agama di negara kita, yang amat konfrehensif, dan masing2 boleh memetik ayat al-Quran. Saya rasa bahawa isu penggunaan nama Allah ini akan dapat dimanfaat dan difahami dengan teliti oleh semua penganut berbagai2 agama di Malaysia sekiranya dibincangkan atau dijadikan bahan dialog di dalam majlis2 yang lebeh rasmi, dalam suasana yang lebeh kondusif, lebeh berbentuk keilmuan, daripada membangkitkannya di dalam ceramah pilihan raya, yang penuh dengan suasana partisan berbentuk taksub dan fanatik melulu oleh para pengundi, yang mungkin hanya akan mengetahui isu yang dibangkitkan, tetapi tidak faham segala perincian yang dibangkitkan.
Hal ini amat mengelirukan, terutamanya kerana pihak DAP telah menjelaskan bahawa mereka dapat memetik pandangan PAS yang menjelaskan bahawa di dalam Quran tidak terdapat sebarang tegahan tentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Mungkin benar bahawa menggunakan nama Allah tidak ditegah, tetapi yang dibicarakan secara ilmiah ialah penggunaan ini oleh semua orang, sesiapa saja, hanya akan mengelirukan tentang "konsep" dan "istilah" "takrif dan konotasi" kalimah Allah itu bagi orang Islam dan "Tuhan = God" bagi agama lain, yang mempunyai takrif yang amat jauh bezanya.
Allah bagi God maknanya mengandungi konsep Tauhid, Yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Apakah konsep ini juga yang diakui oleh penganut agama lain ketika mengakui bahawa God dalam agama bukan Islam itu ialah "Allah" juga? Tidak mungkin, kerana konsep Maha Esa ini tidak sama dengan konsep Trinity.
Oleh itu saya rasa kempen untuk meraih undi dengan menggunakan isu ini amat tidak sihat dan amat cetek sekali untuk digunaklan hanya semata-mata untuk mendapat sokongan pengundi, sedangkan hal ini tidak kene mengena dengan agenda yang seharusnya lebeh diutamakan untuk rakyat, iaitu membela nasib rakyat, berkhidmat untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat di dalam semua bidang pembangunan dan kehidupan mereka.
Bahan ini lebeh berbentuk falsafah dan konsep ketuhanan, dan menggunakannya hanyalah untuk membina teori falsafah dan konsep akidah, hanya untuk mendapatkan simpati awam, sedangkan kerja dan khidmat harian untuk rakyat tidak mempunyai hubungan langsung dengan isu ketuhanan ini.
Comments
Post a Comment