Posts

Showing posts from January, 2011

MESIR ! OH MESIR !

Kekacauan akibat dari kebangkitan rakyat di Tunisia yang menjatuhkan ketua negara mereka baru-baru ini, kini menjalar ke negara Arab lain, termasuk Yemen dan Mesir. Demonstrasi yang berlaku di Mesir amatlah besar dan berat, ratusan orang telah terbunuh, dan hari ini tersibar berita yang menyatakana tentang pencerobohan orang-orang jahat terhadap rumah orang awam untuk mencuri, menceroboh muzuim dan merosakkan beberapa barang purba, malah terdapat berita yang mengatakan bahawa penjara juga telah di pecahkan, dan tahanan di dalam penjara itu juga telah melepaskan diri, keluar di tengah-tengah masyarakat yang membimbangkan orang ramai. Husni Mubarak tidak mahu menyerah kalah dengan meletakkan jawatan dan berundur. Muslihatnya hanya di jelmakan dalam pembubaran Kabinet, dan menggantikan dengan anggota baru. Tetapi rakyat mahukan Presiden Husni Mubarak berundur setelah 30 tahun berada di pejabat. Obama menyatakan yang dia telah menghubungi Mubarak. Tetapi mejoriti rakyat Mesir mengetahui b...

LEE KWAN YEW :PERSEPSI YANG SALAH

Image
ADA SATU ISTILAH YANG DINAMAKAN "PERSEPSI" IAITU SATU GAMBARAN TENTANG SESUATU SUBJEK. KALAU PERSEPSI ITU SALAH, SEDANGKAN IANYA DIANGGAP BENAR, MAKA PERSEPSI TERSEBUT BOLEH MENYELEWENGKAN KEFAHAMAN ORANG YANG MEMPUNYAI PERSEPSI ITU TENTANG SUBJEK YANG DIBICARAKANNYA. LEE KWAN YEW DALAM BUKUNYA HARD TRUTH TO KEEP SINGAPORE GOING MEMPUNYAI PERSEPSI YANG SALAH TENTANG ISLAM, SEBAB ITULAH IA MEMINTA ORANG ISLAM DI SINGAPURA SUPAYA TIDAK TERLALU BERPEGANG KUAT KEPADA ISLAM.... PERSEPSI SALAH MENTERI MENTOR SINGAPURA ITU IALAH "ISLAM ADALAH AGAMA YANG KETAT DAN RADIKAL, PRIMITIF DAN TIDAK MAHU KEMAJUAN, AGAMA KOLOT YANG TIDAK MAHU KEPADA PEMBANGUNAN YANG DINAMIK, TIDAK MAHU KEPADA ILMU PENGETAHUAN YANG TINGGI, DAN TIDAK MERUPAKAN AGAMA UNTUK MEMBANGUNKAN TAMADUN, TIDAK MENGGALAKKAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SEBAGAINYA" ITULAH AGAKNYA PERSEPSI BELIAU TERHADAP ISLAM, SEBAB ITULAH SEKIRANYA SINGAPURA INGIN LEBEH MAJU, MAKA ORANG ISLAM DI SINGAPURA JANGANLAH TERLALU TEG...

MAHER ZAIN, INSYA'ALLAH

TIBA-TIBA SAJA NAMA MAHER ZAIN DENGAN LAGU-LAGUNYA YANG BERKUMANDANG DI SELURUH PELOSOK TANAH AIR KITA, MENJADI MASYUR DAN IKUTAN SEMUA PERINGKAT UMUR RAKYAT KITA. MUNGKIN SELAMA INI, IAITU SEMENJAK KELAHIRAN LAGU-LAGU AGAMA, ATAU NASYID, DI NEGARA KITA YANG DIBAWAKAN OLEH PENYANYI-PENYANYI TEMPATAN,SITUASINYA TIDAK BEGINI, NYANYIAN MEREKA NAMPAKNYA TIDAK MENDAPAT TEMPAT SEBESAR ITU DI KALANGAN MASYARAKAT KITA, TERUTAMANYA DI KALANGAN ANAK-ANAK MUDA DAN PARA BELIA KITA, GENERASI BARU SEPERTI YANG DIBERIKAN KEPADA MAHER ZAIN. RAHSIANYA? RAHSIANYA TENTULAH MEMERLUKAN KAJIAN YANG AGAK TELITI, IAITU APAKAH DORONGANNYA YANG MENYEBABKAN DENDANGAN LAGU-LAGU MAHER ZAIN MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA ITU? LAGU DAN IRAMANYA? LIRIKNYA? MUSIKNYA? BAHASANYA YANG MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS? ATAU KETERAMPILANNYA KETIKA MENYANYI YANG DAPAT DI TONTON DI ATAS LAYAR ATAU KACA TV? SAYA RASA SEMUA FAKTOR INI MEMPENGARUHI PERASAAN DAN EMOSI SERTA PENGHAYATAN PARA PENDENGAR LAGU BELIAU. IRAMANYA MERDU, LIRIK...
JAUHI GANGGUAN TENTANG "RITUAL" AGAMA MASING-MASING Dalam tulisan ini, saya hanya akan menyentuh satu isu sahaja daripada kenyataan Raja-Raja Melayu tidak lama dahulu, iaitu tentang kedudukan Islam sebagai agama negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Dalam masyarakat kepelbagaian agama ini, tidak seharusnya timbul gangguan dan persoalan dari pengikut agama yang tertentu tentang ibadat dan ritual agama lain. Dalam perayaan Thaipusam dua tiga hari ini, malah semenjak berpuluh-puluh tahun yang lalu, tidak ada sesiapa pun yang mempersoalkan tentang acara "sembahyang" dan ritual para pengikut agama Hindu yang dilakukan dalam perayaan tersebut. Demikian juga dalam perayaan para pengikut agama Sikh, Budha, Kristian dan lain-lain lagi. Sejarah negara kita mengemukakan banyak fakta dan peristiwa yang memugkinkan pihak Raja-Raja Melayu mengingatkan rakyat kepelbagaian kaum supaya tidak bertindak melampau menafikan kedaulatan agama Islam di negara ini. Raja Melaka...

DEBAT ATAU DIALOG?

DEBAT ATAS NAMA POLITIK TIDAK MUNGKIN MEMBAWA SEBARANG FAEDAH. DEBAT HANYA MENCARI KEMENANGAN, BUKAN KEBENARAN. DEBAT HANYA MEMAKSA PANDANGAN SENDIRI, BUKAN MAHU MENERIMA PANDANGAN KEDUA. DEBAT HANYA INGIN MENDEDAHKAN BAHAWA LAWAN ADALAH SALAH, DIRI SENDIRI SAHAJA YANG BETUL. DEBAT AKAN MEMAKSA PEMIKIRAN YANG TERTUTUP, BUKAN TERBUKA UNTUK MENERIMA HAKIKAT. DEBAT HANYA MENCARI PERBEZAAN, BUKAN PERSEFAHAMAN. APA YANG DILAKUKAN OLEH CALON-CALON PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT BUKANLAH BERDEBAT DALAM BENTUK DI ATAS, TETAPI TERDAPAT UNSUR DIALOG YANG MENDEDAHKAN SEMUA FAKTA, PERANCANGAN DAN AGENDA YANG AKAN DILAKUKANNYA SEKIRANYA DIA MENJADI PRESIDEN A.S,KEMUDIAN TERSERAH KEPADA UMUM UNTUK MEMIKIR DAN MENIMBANG FAKTA MANA, DAN SIAPA, YANG DIPERSETUJUINYA DENGAN KEPALA DAN PEMIKIRAN YANG TERBUKA. DARI DEBAT POLITIK YANG DIADAKAN SELAMA INI DI NEGARA KITA, SAYA TIDAK NAMPAK PARA PENDENGAR YANG MENGIKUTI DEBAT ITU DATANG DENGAN HATI DAN PEMIKIRAN YANG TERBUKA. MEREKA DATANG DENGAN SIKAP DAN PANDANG...

KENAPA INTERLOK HARUS DIHARAMKAN?

Image
Anak-anak kita punya persepsi dan pemikiran sendiri ketika mempelajari sesuatu subjek di sekolah. Pelajaran mereka merupakan ilmu yang baru, dan ilmu itu sentiasa di jelaskan oleh guru mereka, maka penjelasan guru ini menambahkan lagi latar belakang apa-apa yang mereka pelajari. Novel Interlok sebagai sebuah karya sastera oleh penulis yang memahami sejarah dan telah membuktikan komitment yang tinggi terhadap keharmonian masyarakat berbagai etnik di negara kita telah di jadikan teks sastera di sekolah atas dasar bahawa novel ini mengandungi tema kepelbagaian kaum yang mendiami bumi Malaysia ini. Sastera adalah merupakan wadah penting untuk mempelajari sejarah, cita rasa, sosiologi, psikologi dan perasaan sesuatu bangsa di dalam sebuah negara itu. Oleh itu sastera merupakan satu wadah yang memupuk kecintaan para pelajar terhadap negaranya, dan novel ini cuba mengetengahkan tentang asal usul mereka sebagai satu maklumat penting untuk memahami situasi dan kehidupan mereka sekarang. T...
          BICARA YANG BAIK ALLAH MENGGERAKKAN HATI NABI MUAHAMMAD RASULULLAH FIRMANNYA: "WAHAI MUHAMMAD RENUNGKANLAH PERUMPAMAAN INI DARI TUHANMU BAHAWA BICARA YANG BAIK (KATA-KATA YANG BERGELIGA) UMPAMA POKOK YANG RENDANG TUNJANG DAN AKAR UMBI NYA TERTUSUK KUKUH DI BUMI CABANG DAN PUCUKNYA MENJULANG KE LANGIT TINGGI DEMIKIANLAH PERUMPAMAAN ALLAH TENTANG PENGUCAPAN INSAN YANG BERHIKMAH DAN BERFAEDAH.   INSAN PUNYA HATI DAN MULUT LIDAH BERBICARA DAN HATI MEMBISIK BICARA YANG BAIK TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT TENTANG HIDUP DAN MATI TENTANG JASMANI DAN ROHANI TENTANG DUNIA INI DAN DUNIA AKAN DATANG UMPAMA POHON RENDANG YANG TEGUH AKAR-AKAR DAN TUNJANGNYA TIDAK MUNGKIN DIGEGARKAN DEK ANGIN KENCANG RIBUT TAUFAN, MALAH MAMPU BERDIRI TEGAK LAMBANG KEPERIBADIAN INSAN   POHON RENDANG DAN SUBUR INI MAMPU MENJALAR MEMAYUNGI BUMI DAN ANGKASA SARAT DENGAN BUNGA-BUNGA DAN BUAH-BUAH NYA YANG BERKHASIAT DIMANAFAATKAN SELURUH INSAN DI MANA SAJA MEREKA BERADA UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAAN DUNIA...

Gejala Sosial, Sumbangan Orang Luar....?

Setiap hari kita membaca dan menonton tv tentang berleluasanya gejala sosial di negara kita. Pelajar2 atau pelancong dari luar, seperti Cina, Afrika, Iran, Nigeria, Myamar, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan negara2 lain banyak menyumbang kepada perbuatan jenayah, seperti bergaduh, mencuri, menyamun, kegiatan pelacuran, GRO, menyeludup dadah dan sebagainya. Dari satu sudut yang lain, rakyat luar ini juga yang turut menyumbang kepada penyebaran ajaran yang berlandaskan Syi'ah, Wahabi, ajaran sesat dan menyeleweng lainnya, yang dengan mudah mendapatkan pengikut dari rakyat negara kita sendiri. Agaknya inilah bayaran yang amat tinggi yang seharusnya kita bayar, ketika kita membuka pintu negara kita seluas2nya kepada pelancong, pelajar, pekerja dan sebagainya, yang amat mudah masuk ke negara kita, bekerja mengikut permit, atau belajar dengan visa pelajar, tetapi menyalah gunakan permit atau visa pelawat atau pelajar itu dengan mencari pendapatan lebih, dan mencari keuntungan kebendaan...

SELAMAT BERSEKOLAH

SELAMAT MEMULAKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN KEPADA PARA PELAJAR BARU. DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN SEMANGAT YANG BARU KEPADA YANG MENERUSKAN PERSEKOLAHAN PADA TAHUN BARU INI. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEBERKATAN, KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN.

SEKALI AIR BAH....

IBU NEGERI KELANTAN PADA 1 JANUARI 2011 MENYAKSIKAN PERUBAHAN BUDAYA KETIKA KONSERT WALI DARI INDONESIA DATANG MENGADAKAN PERTUNJUKAN DI HADAPAN RAMAI RAKYATNYA YANG KELIHATAN AMAT GEMBIRA DAN RIANG RIA. HAL INI DIANGGAP PERUBAHAN KERANA SEBELUM INI KELANTAN TIDAK LAGI MENYAKSIKAN KONSERT SEPERTI INI. YANG ADA SELAMA INI MUNGKIN HANYA PERTUNJUKAN NASYID BIASA OLEH KUMPULAN YANG TAMPIL DALAM IMEJ TRADISI SEBAGAI ARTIS AGAMA. PERUBAHAN INI DARI SATU SEGI AMAT MEMBANGGAKAN YANG MENGGAMBARKAN SATU PERUBAHAN DAN ANJAKAN PARADIGMA KERAJAAN KELANTAN YANG SEPATUTNYA TELAH DIAMBIL SEJAK AWAL LAGI TANPA DULUNYA MENCELA ATAU MENGKEJI PIHAK-PIHAK YANG MENGUNDANG DAN MENGADAKAN PERTUNJUKAN KONSERT YANG AGAK MODEN SEPERTI KUMPULAN WALI INI. ANJAKAN PARADIGMA PARTI PEMERINTAH KELANTAN, YANG MENGGAMBARKAN PERUBAHAN VISI PARA PEMIMPINNYA, TIDAK HANYA DALAM BIDANG KESENIAN DAN KEBUDAYAAN INI, MALAH YANG LEBEH BESAR LAGI JUGA BERLAKU DALAM BIDANG POLITIK, APABILA PAS BERSETUJU UNTUK MENCEBURKAN DIRI DALA...