Gejala Sosial, Sumbangan Orang Luar....?

Setiap hari kita membaca dan menonton tv tentang berleluasanya gejala sosial di negara kita. Pelajar2 atau pelancong dari luar, seperti Cina, Afrika, Iran, Nigeria, Myamar, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan negara2 lain banyak menyumbang kepada perbuatan jenayah, seperti bergaduh, mencuri, menyamun, kegiatan pelacuran, GRO, menyeludup dadah dan sebagainya.

Dari satu sudut yang lain, rakyat luar ini juga yang turut menyumbang kepada penyebaran ajaran yang berlandaskan Syi'ah, Wahabi, ajaran sesat dan menyeleweng lainnya, yang dengan mudah mendapatkan pengikut dari rakyat negara kita sendiri.

Agaknya inilah bayaran yang amat tinggi yang seharusnya kita bayar, ketika kita membuka pintu negara kita seluas2nya kepada pelancong, pelajar, pekerja dan sebagainya, yang amat mudah masuk ke negara kita, bekerja mengikut permit, atau belajar dengan visa pelajar, tetapi menyalah gunakan permit atau visa pelawat atau pelajar itu dengan mencari pendapatan lebih, dan mencari keuntungan kebendaan di negara kita yang agak kaya ini melalui kegiatan haram.

Kita selama ini mengadakan kempen besar2besaran untuk menarik pelancong, pelajar dan lain2 untuk meningkatkan pendapatan negara, dan sememangnya pun sumber2 ini memberikan pendapatan yang agak mudah kepada kita.

Cuma yang harus kita fikirkan sekarang ini, apakah dengan mencari pendapatan yang lebih, maka kita terpaksa pula menghadapi segala jenis pengorbanan keruntuhan moral, jenayah, dan ancaman perpecahan dalam anutan agama rakyat kita ini?

Telah sampailah masanya Kerajaan kita memikirkan perkara ini, iaitu disamping kita menggalakkan pelancungan, kemasukan pelajar ke negara kita, pekerja, dan sebagainya, maka bagaimanakah agaknya langkah2 yaang perlu diambil untuk menghalang gejala negatif dan merbahaya ini daripada berleluasa di negara kita oleh para pengunjung luar itu.

Kita atidak menafikan bahawa rakyat kita sendiri banyak juga yang terlibat dalam perbuatan jenayah dan kerosakan akhlak. Tetapi gejala sosial yang dibawa dari luar itu, menambahkan lagi kegawatan kita di sini.

Lihat sajalah kepada satu contoh tentang ajaran Syi'ah yang menyeleweng yang terbongkar baru-baru ini, siapakah pembawa dan ketuanya? Siapakah para penyuludup dadah yang sering ditahan di KLIA dan tampat2 lain? Siapakah tukang-tukang urut yang bekerja secara haram dan melakukan perbuatan haram di sana sini di dalam negara kita??

Kita harus mencari satu mekanisme untuk mencegah perbuatan ini, dan kita tidak mahu mencari pendapatan yang berlebihan, dengan mengorbankan nilai2 moral dan peruntukan undang2 kita secara yang berleluasa itu. Satu bentuk kawalan dan penapisan yang lebih sistematik haruslah dilakukan segera.

Comments

  1. Lebih sedih dan malang sekali apa bila membaca para akhir tulisan ini yang berbunyi: "Kita harus mencari satu mekanisme untuk mencegah perbuatan ini, dan kita tidak mahu mencari pendapatan yang berlebihan, dengan mengorbankan nilai2 moral dan peruntukan undang2 kita secara yang berleluasa itu. Satu bentuk kawalan dan penapisan yang lebih sistematik haruslah dilakukan segera."

    Macam tak tahu dengan kaedah dan hukuman yang Allah tentukan untuk mengatasi jenayah sosial yang berlaku.

    Sedih, sedih, sedih sungguh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....