LEE KWAN YEW :PERSEPSI YANG SALAH
ADA SATU ISTILAH YANG DINAMAKAN "PERSEPSI" IAITU SATU GAMBARAN TENTANG SESUATU SUBJEK. KALAU PERSEPSI ITU SALAH, SEDANGKAN IANYA DIANGGAP BENAR, MAKA PERSEPSI TERSEBUT BOLEH MENYELEWENGKAN KEFAHAMAN ORANG YANG MEMPUNYAI PERSEPSI ITU TENTANG SUBJEK YANG DIBICARAKANNYA.
LEE KWAN YEW DALAM BUKUNYA HARD TRUTH TO KEEP SINGAPORE GOING MEMPUNYAI PERSEPSI YANG SALAH TENTANG ISLAM, SEBAB ITULAH IA MEMINTA ORANG ISLAM DI SINGAPURA SUPAYA TIDAK TERLALU BERPEGANG KUAT KEPADA ISLAM....
PERSEPSI SALAH MENTERI MENTOR SINGAPURA ITU IALAH "ISLAM ADALAH AGAMA YANG KETAT DAN RADIKAL, PRIMITIF DAN TIDAK MAHU KEMAJUAN, AGAMA KOLOT YANG TIDAK MAHU KEPADA PEMBANGUNAN YANG DINAMIK, TIDAK MAHU KEPADA ILMU PENGETAHUAN YANG TINGGI, DAN TIDAK MERUPAKAN AGAMA UNTUK MEMBANGUNKAN TAMADUN, TIDAK MENGGALAKKAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SEBAGAINYA"
ITULAH AGAKNYA PERSEPSI BELIAU TERHADAP ISLAM, SEBAB ITULAH SEKIRANYA SINGAPURA INGIN LEBEH MAJU, MAKA ORANG ISLAM DI SINGAPURA JANGANLAH TERLALU TEGUH BERPEGANG KEPADA TERAS DAN FUNDEMENTAL ISLAM INI.
PERSEPSI YANG SALAH INILAH YANG SAYA RASA TELAH MENDORONG BELIAU MENGELUARKAN KENYATAAN TERSEBUT, IAITU KERANA IA BENAR-BENAR YAKIN DENGAN PERSEPSI TERSEBUT, ATAU IA MEMPUNYAI TUJUAN LAIN, YANG HANYA DIKETAHUI OLEH BELIAU SENDIRI.
KENYATAAN BELIAU TENTANG ISLAM, YANG DISALAH TAFSIRKAN ITU, BUKAN MERUPAKAN KALI PERTAMA DIKELUARKANNYA. SEBELUM INI, SEPERTI YANG TERCATAT DI DALAM MAJALLAH TIME, YANG PERNAH JUGA SAYA PETIK DI DALAM BLOG, INI BELIAU MENGATAKAN " THE BATTLE IS GOING TO BE WON OR LOST IN THE MIDDLE EAST. IF THE JIHADISTS WIN THERE, I AM IN TROUBLE HERE, THERE WILL BE SUCH A SURGE OF CONFIDENCE FOR JIHADISTS. THIS ISLAMIC PULL IS MORE POWERFUL THAN OF COMMUNISME. THE COMMUNISTS NEVER FULLY TRUSTED ONE ANOTHER ACROSS RACIAL BOUNDRIES. BUT WITH THE ISLAMISTS, THERE IS TOTAL TRUST: YOU ARE A WORRIOR, SO AM I: WE SWEAR TO FIGHT TOGETHER HERE... TIME MAGAZINE, COVER STORY, DISEMBER 12, 2005.
BELIAU PERCAYA BAHAWA PARA JIHADIS ISLAM LEBEH MERBAHAYA DARI KOMUNIS, KERANA KOMUNIS TIDAK PERCAYA SATU DENGAN LAIN YANG BERLAINAN BANGSA, TETAPI JIHADIS ISLAM TIDAK, MEREKA AMAT BERSATU.
KENYATAAN DALAM MAJALLAH TIME INI SEKURANG-KURANGNYA PUN AGAK RINGAN, KERANA IA BERBICARA TENTANG GOLONGAN JIHADIS, YANG MUNGKIN SEGELINNTIR DARI MEREKA MERUPAKAN PARA RADIKAL DAN EKSTREM.
TETAPI KENYATAAN TERBARU TENTANG KESELURUHAN UMAT ISLAM YANG SEHARUSNYA TIDAK BERPEGANG TEGUH KEPADA ISLAM, ADALAH AGAK KETERLALUAN, KERANA MELEBALKAN ISLAM SECARA MUTLAK SEBAGAI PENTAFSIRAN YANG DIANJURKAN BELIAU ADALAH MERUPAKAN PERSEPSI YANG AMAT SALAH DAN DUSTA. PERSEPSI INILAH YANG SEHARUSNYA KITA HAPUSKAN DARI PEMIKIRAN UMUM, SUPAYA PERSEPSI YANG PALSU DAN BOHONG INI TIDAK MENJADI TANGGAPAN UMUM SECARA MUTLAK.
INILAH ISUNYA YANG HARUS KITA FAHAMI, DAN INILAH ORANGNYA YANG BERNAMA LEE KWAN YEW, YANG SERING MENANAMKAN PERMUSUHAN DENGAN ISLAM DAN UMATNYA, MALAH DENGAN NEGARA-NEGARA JIRAN YANG MERUPAKAN NEGARA ISLAM.
MR LEE KWAN YEW, ARE YOU INCREDIBLE HULK? SO STRONGLAH !!
ReplyDelete