DEBAT ATAU DIALOG?

DEBAT ATAS NAMA POLITIK TIDAK MUNGKIN MEMBAWA SEBARANG FAEDAH. DEBAT HANYA MENCARI KEMENANGAN, BUKAN KEBENARAN. DEBAT HANYA MEMAKSA PANDANGAN SENDIRI, BUKAN MAHU MENERIMA PANDANGAN KEDUA. DEBAT HANYA INGIN MENDEDAHKAN BAHAWA LAWAN ADALAH SALAH, DIRI SENDIRI SAHAJA YANG BETUL. DEBAT AKAN MEMAKSA PEMIKIRAN YANG TERTUTUP, BUKAN TERBUKA UNTUK MENERIMA HAKIKAT. DEBAT HANYA MENCARI PERBEZAAN, BUKAN PERSEFAHAMAN.

APA YANG DILAKUKAN OLEH CALON-CALON PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT BUKANLAH BERDEBAT DALAM BENTUK DI ATAS, TETAPI TERDAPAT UNSUR DIALOG YANG MENDEDAHKAN SEMUA FAKTA, PERANCANGAN DAN AGENDA YANG AKAN DILAKUKANNYA SEKIRANYA DIA MENJADI PRESIDEN A.S,KEMUDIAN TERSERAH KEPADA UMUM UNTUK MEMIKIR DAN MENIMBANG FAKTA MANA, DAN SIAPA, YANG DIPERSETUJUINYA DENGAN KEPALA DAN PEMIKIRAN YANG TERBUKA.

DARI DEBAT POLITIK YANG DIADAKAN SELAMA INI DI NEGARA KITA, SAYA TIDAK NAMPAK PARA PENDENGAR YANG MENGIKUTI DEBAT ITU DATANG DENGAN HATI DAN PEMIKIRAN YANG TERBUKA. MEREKA DATANG DENGAN SIKAP DAN PANDANGAN YANG TIDAK AKAN BERUBAH, MALAH DATANG DENGAN SIFAT DAN HATI YANG DARI AWAL-AWAL LAGI AKAN MENOLAK PANDANGAN AHLI POLITIK DARI PARTI LAWAN.

DALAM KEADAAN BEGINILAH MEREKA AKAN MEMBUAT BISING, MENYOAL DENGAN SOALAN YANG PENUH EMOSI, TIDAK RASIONAL DAN KALAU DIBIARKAN, MUNGKIN AKAN BERLAKU KEKACAUAN.

SAYA RASA SESI DIALOG BOLEH DIADAKAN, DENGAN PARA PESERTA YANG TERBUKA PEMIKIRAN DAN SIKAP POLITIK DAN ILMUNYA. DIALOG MERUPAKAN PERTEMUAN DUA ATAU TIGA PIHAK YANG MAHU MELAKUKAN USAHA BERSAMA UNTUK MENCARI PENYELESAIAN, ATAU MENCARI FAKTA YANG SAH.
TUJUAN DIALOG IALAH UNTUK MENCARI MATLAMAT YANG SATU, MAATLAMAT BERSAMA. DIALOG BOLEH MENGUBAH PEMIKIRAN BAGI SESIAPA YANG SEBELUMNYA MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG BERBEZA. DIALOG JUGA SEHARUSNYA BERUSAHA MENCARI TITIK-TITIK PERSETUJUAN BERSAMA, BUKAN MENEKANKAN TENTANG PERBEZAAN MELULU.

DALAM KES DEBAT YANG DIUTARAKAN OLEH DS ANWAR IBRAHIM KEPADA PERDANA MENTERI, SAYA JUGA TIDAK PERCAYA BAHAWA PENYELESAIAN DAPAT DICAPAI UNTUK KESELURUHAN RAKYAT, KERANA YANG AKAN TERLIBAT DAN AKAN MENGIKUTINYA IALAH PARA PENGIKUT PARTI POLITIK YANG BERLAWAN, DAN MASING-MASING MUNGKIN TIDAK AKAN TUNDUK LAGI DENGAN PEMIKIRAN DAN PANDANGAN PIHAK LAWAN, MEMPUNYAI SIKAP prejudge atau prejudice.

DUKACITA KITA MELIHAT DALAM HAL INI TERDAPAT PARA AHLI PARTI POLITIK KITA UMUMNYA YANG MASIH TIDAK DAPAT BERFIKIR SECARA MAJU DAN BERTAMADUN SEPERTI RAKYAT NEGARA MAJU.

OLEH ITU, FAKTA ILMU, PERANGKAAN EKONOMI, PENDEKATAN PENGURUSAN TENAGA MANUSIA DAN KEKAYAAN NEGARA, DAN PENTADBIRAN NEGARA UMUNYA, SEHARUSNYA DI BICARAKAN OLEH PARA PAKARNYA, DAN MENDEDAHKAN SEGALA FAKTA DAN PERANGKAAN ITU KEPADA RAKYAT ATAS DASAR ILMU DAN INTELEK, BUKAN HUJAH POLITIK MELULU.

SAYA CADANGKAN PARA AKADEMIK DAN PEMIKIR YANG TIDAK PREJUDIS KEPADA POLITIK PARTISAN SEGEERA MAJU KE HADAPAN MEMBUAT DIALOG UNTUK MEMBINCANGKAN TENTANG APA YANG DITIMBULKAN OLEH DUA PIHAK POLITIK YANG BERTENTANGAN ITU, DALAM DIALOG INI BOLEHLAH DIBINCANGKAN DENGAN FAKTA ILMU DAN AMAL APAKAH BOLEH SEGALA DAKWAAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK PEMBANGKANG DILAKSANAKAN SEKIRANYA MEREKA BERKUASA? ATAU APAKAH DAKWAAN ITU HANYA DAKWAAN POLITIK UNTUK MENGAMBIL HATI RAKYAT TANPA DAPAT DILAKSANAKAN?

DENGAN CARA INI RAKYAT UMUM YANG TIDAK TAKSUB DAN TIDAK PARTISAN MELULU AKAN DAPAT MEMAHAMI
KES YANG SEBENARNYA.

Comments

  1. Datuk , hampir setahun dahulu Datuk deberi penghormatan membentangkan kertasa kerja yang amat bermakna kepada perhimpunan Ulamak Dan Umarak. Apa yang telah dibuat oleh mereka? Tinggal tepok sorak sahaja atau ada yang mula menggerak langkah?
    Sebagai seorang warga tua Malaysia yang berbangga dengan Ummah, saya amat sedih melihat apa yang berlaku. Keluhan Datuk bukan perasaan berseorangan. Ramai munkin menunggu sedikit gerak gempur oleh cendikawan kita yang ramai, yang amat berkelayakan dengan ilmu dan pengalaman.

    Saya cuma mampu memberi sumbangan secara peribadi yang kerdil diperingkat akar umbi sahaja. Ini pun terpaksa melalui rintangan, cuma ketabahan dan dengan kepercayaan yang kita janganlah termasuk dalam gulungan “ … lima taquluna ma tafalun…” Syabas atas kata kata dan cadangan Datuk yang saya cukup bernas.

    You have an established and credible track record. After all, who would go all the way to St Andrews with an objective other than to experience the environment of that famous home of the great game? People like me would like to feel that your ideas will be picked up by someone who truly cares to initiate something along the line of your thinking.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....