MAHER ZAIN, INSYA'ALLAH

TIBA-TIBA SAJA NAMA MAHER ZAIN DENGAN LAGU-LAGUNYA YANG BERKUMANDANG DI SELURUH PELOSOK TANAH AIR KITA, MENJADI MASYUR DAN IKUTAN SEMUA PERINGKAT UMUR RAKYAT KITA. MUNGKIN SELAMA INI, IAITU SEMENJAK KELAHIRAN LAGU-LAGU AGAMA, ATAU NASYID, DI NEGARA KITA YANG DIBAWAKAN OLEH PENYANYI-PENYANYI TEMPATAN,SITUASINYA TIDAK BEGINI, NYANYIAN MEREKA NAMPAKNYA TIDAK MENDAPAT TEMPAT SEBESAR ITU DI KALANGAN MASYARAKAT KITA, TERUTAMANYA DI KALANGAN ANAK-ANAK MUDA DAN PARA BELIA KITA, GENERASI BARU SEPERTI YANG DIBERIKAN KEPADA MAHER ZAIN.

RAHSIANYA? RAHSIANYA TENTULAH MEMERLUKAN KAJIAN YANG AGAK TELITI, IAITU APAKAH DORONGANNYA YANG MENYEBABKAN DENDANGAN LAGU-LAGU MAHER ZAIN MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA ITU?

LAGU DAN IRAMANYA? LIRIKNYA? MUSIKNYA? BAHASANYA YANG MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS?
ATAU KETERAMPILANNYA KETIKA MENYANYI YANG DAPAT DI TONTON DI ATAS LAYAR ATAU KACA TV?

SAYA RASA SEMUA FAKTOR INI MEMPENGARUHI PERASAAN DAN EMOSI SERTA PENGHAYATAN PARA PENDENGAR LAGU BELIAU. IRAMANYA MERDU, LIRIKNYA BERSAHAJA DAN PENUH MAKNA, MESEJNYA JELAS, TIDAK KETERLALUAN, TIDAK TERLALU BERBENTUK "DAKWAH" SECARA LANGSUNG, IRAMANYA DISEPADUKAN DENGAN IRAMA TRADISIONAL ARAB DAN MODEN, MENYENTUH PEMIKIRAN DAN MINDA, MEMBERI HARAPAN DAN MESEJ YANG POSITIF.

MALAH KETERAMPILANNYA JUGA AMAT SESUAI DENGAN ZAMAN MODEN DAN MINAT GENERASI MUDA, PAKAIANNYA YANG TIDAK MEMERLUKAN PAKAIAN TRADISIONAL "AGAMA" "USTAZ" ATAU "TOK GURU" MUNGKIN MENGUBAH IMEG YANG AMAT TRADISIONAL KETIKA MENAMPILKAN IMEJ "AGAMA", YANG MENJADI PERSEPSI UMAT ISLAM BAHAWA IMEJ AGAMA ADALAH MENJELMA DALAM BENTUK JUBAH, KOPIAH PUTEH DAN SERBAN UMPAMANYA.MAHER ZAIN LEBEH MEMENTINGKAN PENYAMPAIAN MESEJNYA YANG BERKESAN DARIPADA IMEJ YANG SERING MENJADI PERSEPSI UMAT ISLAM TENTANG IMEJ AGAMA, SEDANGKAN MAHER ZAIN LAHIR DALAM IMEJ YANG TIDAK BERTENTANGAN DENGAN NILAI-NILAI MORAL DAN AKHLAK AGAMA SENDIRI.

INILAH YANG SAYA RASAKAN SECARA PERIBADI, KENAPA PENAMPILAN DAN IRAMA LAGU MAHER ZAIN TELAH BERJAYA MEMIKAT DAN MENARIK MINAT PARA PENDENGAR, SEHINGGA MENJADI BUDAYA TERSENDIRI, IAITU "BUDAYA MAHER ZAIN" !!

ANAK-ANAK KECIL MAMPU MENYANYI LAGI "INSYA'ALLAH" DENGAN PENUH PERASAAN, "BARAKALLAHU LAKUMA, BARAKALLAHU ALAIKUMU, WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR" BUNYI UCAPAN MEERDU KEPADA PENGANTIN BARU, "PALESTIN WILL BE FREE" MEMBAYANGKAN HARAPAN DAN MENGGAMBARKAN SEGALA PENINDASAN YANG TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN YANG DI RASAKAN OLEH RAKYAT YANG TERTINDAS DI NEGARA PALESTIN, BUKAN SANGAT MENGHARAPKAN "ESOK PALESTIN AKAN BEBAS" TETAPI MESEJNYA KEMANUSIAANNYA ITU YANG MENJADI HARAPAN UMAT YANG CINTAKAN PERDAMAIAN.

"SUBHANALLAH" AMAT MERDU DIGABUNGKAN DALAM IRAMA TRADISI DAN MODEN YANG MENGUSIK PERASAAN SENI PENDENGAR, "THANK YOU ALLAH" MENGUCAP SYUKUR PENUH MAKNA KEPADA PENCIPTA YANG MAHA KUASA.

HASRART MAHER ZAIN UNTUK MENYANYIKAN LAGU-LAGU INI DI DALAM BAHASA MELAYU AMATLAH BAIK SEKALI, KERANA BAHASA MELAYU JUGA MERUPAKAN BAHASA ANTARABANGSA YANG SEHARUSNYA DI KEMBANGKAN DI SELURUH DUNIA, DI MANA-MANA SAHAJA, DAN BAHASA MELAYU JUGA MERUPAKAN BAHASA PERANTARAAN ISLAM DI SAMPING BAHASA ARAB, URDU, TURKI DAN PARSI. CUMA TERJEMAHANNYA HARUSLAH DILAKUKAN DENGAN PENUH PERASAAN DAN MELIBATKAN PEMIKIRAN DAN ALUNAN HATI NURANI YANG MEMBAWA MESEJ YANG AMAT BERMAKNA ITU.

SEMOGA BUDAYA IRAMA DAN LAGU, PENAMPILAN DAN ALUNAN MUSIK MAHER ZAIN MEMBERIKAN SATU INSPIRASI BARU KEPADA ARTIS-ARTIS TEMPATAN, AGAR PENYAMPAIAN MESEJ AGAMA HARUSLAH SESUAI DENGAN SELERA ANGKATAN BARU KURUN KE-21 INI, SESUAI DENGAN LEDAKAN EMOSI DAN PEMIKIRAN MEREKA, BUKAN MASIH BERBENTUK TRADISIONAL YANG HANYA SESUAI UNTUK GENERASI ANGKATAN LAMA, ATAU WARGA EMAS LAGI.

MESEJ ISLAM ADALAH MENYELURUH, MELINTASI HAD UMUR DAN SEMPADAN NEGARA, DAN PERLU DISAMPAIKAN DI DALAM KEPELBAGAIAN BAHASA.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....