SEKALI AIR BAH....

IBU NEGERI KELANTAN PADA 1 JANUARI 2011 MENYAKSIKAN PERUBAHAN BUDAYA KETIKA KONSERT WALI DARI INDONESIA DATANG MENGADAKAN PERTUNJUKAN DI HADAPAN RAMAI RAKYATNYA YANG KELIHATAN AMAT GEMBIRA DAN RIANG RIA.

HAL INI DIANGGAP PERUBAHAN KERANA SEBELUM INI KELANTAN TIDAK LAGI MENYAKSIKAN KONSERT SEPERTI INI. YANG ADA SELAMA INI MUNGKIN HANYA PERTUNJUKAN NASYID BIASA OLEH KUMPULAN YANG TAMPIL DALAM IMEJ TRADISI SEBAGAI ARTIS AGAMA.

PERUBAHAN INI DARI SATU SEGI AMAT MEMBANGGAKAN YANG MENGGAMBARKAN SATU PERUBAHAN DAN ANJAKAN PARADIGMA KERAJAAN KELANTAN YANG SEPATUTNYA TELAH DIAMBIL SEJAK AWAL LAGI TANPA DULUNYA MENCELA ATAU MENGKEJI PIHAK-PIHAK YANG MENGUNDANG DAN MENGADAKAN PERTUNJUKAN KONSERT YANG AGAK MODEN SEPERTI KUMPULAN WALI INI.

ANJAKAN PARADIGMA PARTI PEMERINTAH KELANTAN, YANG MENGGAMBARKAN PERUBAHAN VISI PARA PEMIMPINNYA, TIDAK HANYA DALAM BIDANG KESENIAN DAN KEBUDAYAAN INI, MALAH YANG LEBEH BESAR LAGI JUGA BERLAKU DALAM BIDANG POLITIK, APABILA PAS BERSETUJU UNTUK MENCEBURKAN DIRI DALAM PAKATAN RAKYAT BERSAMA-SAMA DUA BUAH PARTI POLITIK LAIN, TERMASUK PARTI DAP YANG SEBELUM INI MERUPAKAN MUSUH KETAT PAS KERANA PERBEZAAN IDEOLOGI TENTANG NEGARA ISLAM.

PERUBAHAN IDEOLOGI POLITIK DALAM KERJASAMA INI MERUPAKAN SATU MERCU TANDA YANG AMAT DRASTIK DAN HAMPIR-HAMPIR TIDAK DIPERCAYAI OLEH KEBANYAKAN RAKYAT YANG TELAH MENGKAJI DAN MEMAHAMI AGENDA PERJUANGAN POLITIK PARTI ISLAM ITU. BAGAIMANA PUN BAGI SESETENGAH ORANG, PERUBAHAN INI JUGA AMAT BAIK DAN MENGUNTUNGKAN PARTI ISLAM ITU SENDIRI, TERMASUK "PERJUANGAN ISLAM" NYA

BAGAIMANA PUN, PERUBAHAN DALAM POLITIK INI HARUSLAH DI UJI DENGAN LEBEH MENDALAM LAGI, AGAR SEGALA ANJAKAN PARADIGMA DAN PERUBAHAN INI BOLEH MENGUNTUNGKAN SEMUA RAKYAT NEGARA MALAYSIA DARI SEMUA KETURUNAN, DAN MENGUNTUNGKAN AGENDA "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" ITU.

JADI YANG TINGGAL SEKARANG IALAH PERUBAHAN PANDANGAN DAN VISI PARTI TERSEBUT TERHADAP PARTI MELAYU DAN PENGIKUT PARTI ITU, IAITU UMNO. DARI KENYATAAN DAN REFLEKSI PARTI ISLAM ITU SELAMA INI, NAMPAKNYA PENDIRIAN MEREKA TERHADAP UMNO TIDAK PERNAH BERUBAH. UMNO MASIH DIKATAKAN PARTI SEKULAR, DAN PARA PEMIMPINNYA ADALAH MENDOKONG DASAR SEKULARISME, TANPA DIJELASKAN DENGAN TERPERINCI APAKAH KONSEP SEKULARISME ITU, DAN MENGAPA KERAJAAN YANG MEMERINTAH SELAMA INI DIANGGAP SEBAGAI KERAJAAN SEKULAR.

YANG DIJELASKAN SELAMA INI IALAH "UMNO TIDAK MAHU ISLAM" DAN "KERAJAAN PIMPINAN UMNO JUGA TIDAK MEMERINTAH SECARA ISLAM"

KITA INGIN MENDENGAR APAKAH PANDANGAN PIHAK UMNO TENTANG PENDIRIAN PAS TERHADAP MEREKA? APAKAH MEREKA DALAM UMNO BOLEH MEMBERIKAN PENJELASAN YANG MUNGKIN DAPAT MEYAKINKAN PAS, SUPAYA PAS AKAN BERUBAH PENDIRIANNYA TERHADAP UMNO DAN KERAJAAN. UMNO HARUSLAH MENJELASKAN APAKAH BENAR PARTI ITU MENDOKONG DASAR SEKULARSME, DAN APAKAH UMNO TIDAK ISLAMIK, TIDAK MAHU ISLAM, DAN KERAJAAN YANG DITERAJUI OLEH UMNO TIDAK MENJALANKAN DASAR ISLAM DALAM PEMERINTAHANNYA, JUGA APAKAH SEBENARNYA DASAR SEKULARISME ITU SENDIRI YANG DILEBELKAN KEPADA UMNO?

DALAM KEADAAN INI PAS SENDIRI HARUSLAH BERSIKAP ADIL DAN SAKSAMA, IAITU KALAU SELAMA INI MEREKA MEMPUNYAI PANDANGAN YANG AMAT KERITIKAL DAN NEGATIF TEERHADAP DAP, KEMUDIAN DAPAT MENGUBAH PENDIRIAN ITU SEHINGGA MENJADI RAKAN POLITIK DALAM PERJUANGAN YANG SAMA, MAKA APAKAH HALANGANNYA PIHAK PAS UNTUK BERSEFAHAMAN DENGAN UMNO, DAN MEMAHAMI DASAR UMNO SERTA PARA PEMIMPINNYA, JUGA AAHLI-AHLI UMNO YANG BERJUTA ORANG ITU.

KITA TIDAK MAHU BAHAWA VISI DAN PANDANGAN SERTA PENDIRIAN MANA-MANA PARTI POLITIK ITU SERING BERLAKU SEPERTI KATA PEPATAH, "SEKALI AIR BAH, SEKALI PANTAI BERUBAH" ARTINYA PERUBAHAN ITU HANYA MENGIKUT MUSIM DAN KEADAAN, SEBAB AIR BAH BUKAN TERUS MENERUS BERLAKU, MALAH AIR BAH HANYA BERLAKU KETIKA HUJAN TURUN DENGAN LEBAT DAN MEMBAWA BERSAMA-SAMANYA AIR YANG BANYAK, KEMUDIAN APABILA TIDAK ADA HUJAN, TIDAK ADA AIR MAKA BAH TIDAK AKAN BERLAKU.

MAKSUDNYA PERUBAHAN JUGA HARUSLAH BERLANDASKAN PRINSIP DAN IDEOLOGI PERJUANGAN YANG KONSISTEN, BUKAN KETIKA MUSIM-MUSIM TERTENTU SAHAJA BERLAKU PERUBAHAN, KERANA PERUBAHAN PRINSIP DAN DASAR TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU SEPERTI PERUBAHAN PANTAI DAN PASIR KETIKA BERLAKU BAH, KERANA PERUBAHAN BEGINI SERING MEMBAWA KEMUSNAHAN SEPERTI YANG DAPAT DISAKSIKAN KETIKA KAMPUNG KITA DILANDA BAH DAN BANJIR BESAR.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....