MESIR ! OH MESIR !
Kekacauan akibat dari kebangkitan rakyat di Tunisia yang menjatuhkan ketua negara mereka baru-baru ini, kini menjalar ke negara Arab lain, termasuk Yemen dan Mesir.
Demonstrasi yang berlaku di Mesir amatlah besar dan berat, ratusan orang telah terbunuh, dan hari ini tersibar berita yang menyatakana tentang pencerobohan orang-orang jahat terhadap rumah orang awam untuk mencuri, menceroboh muzuim dan merosakkan beberapa barang purba, malah terdapat berita yang mengatakan bahawa penjara juga telah di pecahkan, dan tahanan di dalam penjara itu juga telah melepaskan diri, keluar di tengah-tengah masyarakat yang membimbangkan orang ramai.
Husni Mubarak tidak mahu menyerah kalah dengan meletakkan jawatan dan berundur. Muslihatnya hanya di jelmakan dalam pembubaran Kabinet, dan menggantikan dengan anggota baru. Tetapi rakyat mahukan Presiden Husni Mubarak berundur setelah 30 tahun berada di pejabat.
Obama menyatakan yang dia telah menghubungi Mubarak. Tetapi mejoriti rakyat Mesir mengetahui bahawa Kerajaan Mesir adalah bersekutu dengan Amerika Syarikat, terutamanya dalam usaha mencari pengaruh dan menguasai politik Mesir, sebuah negara Arab yang penting di Timur Tengah, termasuk sebuah negara jiran yang penting dengan Israel.
Mesir menerima berbilion dollar Amerikan setiap tahun sebagai bantuan, dan Mesir sentiasa bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam menjaga sempadannya dengan Israel supaya keselamatan Israel juga terkawal dan terjaga.
Keadaan dalam negara Mesir sendiri yang amat lemah dalam pembangunan ekonominya, peluang pekerjaan, kawalan ketat terhadap kebebasan rakyat, semuanya ini sekarang ini memuncak, ibarat gunung berapi yang telah menggelegak untuk memuntahkan labarnya yang amat panas dan memusnahkan segala-segalanya.
Terdapat golongan ulamak yang telah lama bertapak di Mesir, iaitu Ikhwanul-Muslimin. Pertubuhan ini mendapat dokongan ramai rakyat, tetapi gerakan mereka yang kadang-kadang melampaui batas-batas tolak ansur, sering dilihat oleh pemerintah sebagai golongan radikal. Pemerintah sendiri nampaknya tidak bertolak ansur dengan gerakan Islam ini, yakni kedua-dua pihak berada di penghujung yang ekstrem, maka kedua-duanya tidak dapat bekerjasama.
Dalam Pilihan Raya yang lalu, Ikhwanul-Muslimin tidak memenangi sebarang kerusi,
akibatnya terdapat anggapan yang mengatakan bahawa kekalahan ini adalah akibat peniupuan, tetapi terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa rakyat sendiri yang berpegang teguh kepada dasar sederhana dan mempunyai pandangan yang terbuka, menolak golongan yang ekstrem dan emosional.
Kita harus mengambil pelajaran dari kejadian dunia Arab, yang akhirnya hanya merosak dan membinasakan bangsa dan negara sendiri, iaitu apabila Kerajaan telah dipergunakan oleh kuasa asing, seperti Eropah dan Amerika Syarikat, dan ketika pemerintah serta para ulamak masing-masing tidak bertolak ansur dan bekerjasama dengan harmoni.
Kita berharap ketika Kerajaan melakukan segala usahanya meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, termasuk membangunkan agama dalam semua aspek pembangunannya, maka ulamak juga haruslah mengambil sikap terbuka dalam isu-isu agama, agar dengan itu kedua-dua pihak dapat bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan agama sendiri sebagai satu cara hidup yang kengkap.
Politing yang tegang dan penuh dengan prasangka dalam bidang agama haruslah di elakkan. Malaysia tidak mungkin menjadi negara yang diperalatkan oleh mana-mana kuasa luar, dan Malaysia tetap berada dalam arus perdana dalam membangunkan Islam, oleh itu segala usaha untuk menwujudkan kesejahteraan yang lebeh besar lagi kepada negara ini dalam semua aspek pembangunannya haruslah berasaskan usaha sama yang kuat diantara rakyat dan Kerajaan. Hal ini amat sukar di saksikan dalam dunia Islam pada hari ini.
Dunia Islam hampir keseluruhannya pada hari ini sedang mendideh dan menggelegak kepanasan, lihat saja negara-negara di Timur Tengah dan sebahagian dari negara Islam di benua Afrika, hampir keseluruhan negara Islam menghadapi kerisis, pembunuhan, kekacauan, dan perkembangan yang bakal meruntuhkan ekonomi, harta benda, tenaga menusia dan segala-segalanya di dalam negara itu.
Sebab itulah kesetabilan yang masih wujud di negara kita dan negara jiran Islam kita, kini mulai diuji, di goncang dan kalau boleh cuba di pecah belahkan oleh beberapa unsur luar, termasuk seruan agar umat Islam tidaklah seharusnya terlalu kuat berpegang kepada ajaran agamanya !
Inilah beberapa iktibar yang harus kita renungkan sebelum negara kita juga akan hancur dan mengalami huru hara seperti yang berlaku kepada negara-negara Islam di seluruh dunia pada masa kini.

Comments
Post a Comment