Saya rasa setiap orang dari umat Islam yang berada dalam dunia pada hari ini, harus merasa sedih dan dukacita, serta merasa bimbang dengan keadaan bergelora yang sedang melanda keseluruhan dunia Islam akhir-akhir ini. Ribut taufan yang melanda dunia Islam selama ini, iaitu yang berlaku sebelum tercetusnya peristiwa revolosi di rantau Asia Barat dan Afrika Utara baru-baru ini, maka kerisis yang berlaku itu pada umumnya tidak sangat disedari, dan agak terpencil di dalam kawasan dan rantau tertentu, yang tidak merebak dengan penuh gelora dan gelombang yang besar seperti yang berlaku pada hari ini. Dimulai dengan peristiwa yang berlaku di Tunisia, kemudian diikuti di Mesir yang berjaya menyingkirkan kedua-dua ketua negara tersebut, maka kini kehangatan gelombang itu mulai terasa amat memuncak di Libya, di samping Bahrain, Yemen, Jordan, Moroko, Moritania, dan tentunya agak memuncak di negara yang sememangnya menunggu curahan minyak di atas bara api sahaja, iaitu di Iraq. Kebanyakan negara...