HARI KEKASIH !
Mungkin kalau hanya hari 14 Februari di namakan Hari Kekasih sahaja, maka tak banyaklah kontraversi yang timbul, mungkinlah !. Tetapi apabila di sebut Valentine >Day maka gambaran dan kefahaman yang timbul dari istilah itu menyebabkan ramai orang gelabah, keliru dan samar-samar.
(1) Orang menjadi keliru, terutamanya di kalangan orang Islam ialah kerana hari tersebut dalam istilah Valentine Day sering dihubungkan dengan ritual dan akidah Keristian, jadi orang Islam haruslah menjauhinya dan tidak seharusnya merayakan hari tersebut takut mencemarkan akidah.
(2) Kekeliruan juga timbul apabila hari tersebut sering dihubungkan dengan perayaan muda mudi yang tidak berkahwin, maka mereka merasa pada hari inilah mereka seharusnya keluar bersama, memadu cinta asmara, dan melakukan sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan oleh orang yang belum berkahwin. Maka dari sudut ini, orang Islam janganlah merayakannya, kerana agama Islam melarang keras perbuatan itu.
Itulah rasanya dua persoalan dan isu yang menimbulkan "hukuman" yang sering dijatuhkan ke atas hari perayaan Valentine itu.
Oleh itu saya rasa para ulamak Islam, cendekiawannya dan para pengkaji Islam, haruslah membuat kajian yang menyeluruh, apakah hari perayaan itu mempunyai hubungan dengan akidah Kristian? Apakah perayaan hari tersebut dilakukan atas nama agama, seperti yang dilakukan oleh para penganut Keristian di dalam gereja setiap hari Ahad, dan beriktikad bahawa Tuhan itu adalah dalam konsep God dalam bentuk Triniti?
Mengenai perkara yang kedua, iaitu ditakuti para anak muda Islam menjadikan hari perayaan ini sebagai lesen untuk mereka melakukan maksiat yang ditegah oleh agama, maka haruslah juga di fokuskan kepada isu perlanggaran ajaran Islam ini, adakah mereka hanya mengambil kesempatan perayaan Hari Valentine ini untuk melakukan dosa sedangkan pada waktu lain mereka amat taat dan patuh kepada ajaran agama?
Tentang perkara pertama, menurut beberapa kenyataan yang dibuat oleh ketua dan pengikut agama Keristian bahawa perayaan ini tidak kena mengena lagi dengan agama Keristian, bukan perayaan agama, tetapi perayaan budaya dan sekular sahaja.
Sekiranya hal ini dapat dipastikan oleh semua orang, termasuk penganut agama Islam sendiri, maka nampaknya segala kontraversi dan salah faham yang ditimbulkan tentang hubungan perayaan ini dengan keagamaan dan boleh mencemarkan akidah mungkinlah tidak timbul. Maknanya perayaan ini samalah dengan perayaan lain yang sekiranya mahu dikongsikan bersama dengan segala keterbatasan yang tertentu, tidaklah menjadi persoalan akidah.
Tentang perkara yang kedua, iaitu Valentine Day sebagai lesen membuat maksiat, maka hal ini adalah merupakan isu akhlak dan nilai kerohanian Islam, yang sememangnya merupakan isu yang besar dalam agama Islam, iaitu isu maksiat dan perbuatan haram, yang semestinya diperangi berhabis-habisan sepanjang masa dan setiap detik dalam kehidupan kita ini. Maknanya kita tidaklah hanya memfokuskan ketika musim hari Valentine, apa lagi menyalahkannya, sehingga dengan itu kita menghukum bahawa orang Islam tidak seharusnya turut dalam masyarakat umum yang menyatakan cinta kasih sayang sesama sendiri pada hari perayaan ini.
Apakah yang akan kita katakan sekiranya sempena Hari Kekasih ini para suami memberikan hadiah kepada isteri mereka, bapa memberi hadiah kepada anak-anak dan ibunya? Apa salahnya pada hari tersebut si suami mengajak isterinya ke hotel, menyewa bilik bersunyi-sunyian berdua-duan sahaja?
Saya tidak memberikan hukum yang tertentu dalam hal ini. Saya hanya cuba untuk melihat pokok persoalan dan memahmi isu yang menyebabkan kontraversi dalam menyambut hari tersebut. Saya tidak bermaksud untuk menghalalkan sesuatu yang haram, atau menyalahkan sesiapa. Saya hanya mahu memahami persoalan ini secara yang berhikmah dan bijaksana.
Saya sedar bahawa hari perayaan ini bukanlah berasal dari masyarakat kita. Sama juga dengan perayaan menyambut Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Jururawat, dan berbagai-bagai hari lain lagi, yang dirayakan di peringkat dunia, untuk dijadikan satu sempena bgi meraikan beberapa kumpulan yang tertentu dalam masyarakat pada hari tersebut. Pada Hari Guru, murid membawa hadiah kepada gurunya, demikian juga hari bapa, anak2 membelanjakan bapa keluar makan atau bercuti umpamanya, demikian juga dengan hari Ibu dan lain2.
Jadi Hari Kekasih juga mungkin boleh dirayakan oleh orang Islam, tetapi mestilah berada dalam batasan yang tertentu, menjaga agama dan nilai akhlaknya, menjaga akidah dan syariahnya. Jangan menghukum hari itu dengan hukuman yang mungkin mengelirukan semua orang dan menyentuh pula perasaan penganut agama lain.
Inilah pandangan peribadi saya. Kalau silap marilah kita sama-sama betulkan.
Assalamualaikum Dr. Berdasarkan pandangan Dr, kelihatan berberapa persoalan yang timbul yakni Dr juga tidak berapa pasti sama ada ianya boleh atau tidak di sambut. Para ulamak dan juga cendikiawan islam tidak akan mengeluarkan fatwa dan juga pandangan mereka sekiranya belum ada pengkajian dan juga tidak berlandaskan Al-Quran.
ReplyDeleteDan harapnya Dr. dapat juga turut serta dalam mengkaji isu ini dengan lebih mendalam sebelum mengeluarkan sebarang pendapat yang boleh menyebabkan akidah anak muda mudi terpesong.
Berlandaskan ayat-ayat suci Al-Quran"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya."( Al-Isra: 36.)
Hope Dr. lagi memahami. Dr boleh melawati laman ini dengan hati terbuka dan jelas dengan pengkajian beberapa cendikiawan Islam :http://yaayyuhalwalad.blogspot.com/2010/02/hari-valentine-memesong-aqidah-remaja.html
Terimakasih. Pandangan2 beginilah yang saya perlukan, sebab semalam saya tenguk pihak TV 9 memohon maaf kepada penganut Kristian sebab Ustazah Bahyah sebut sesuatu dua tahun dulu tentang orang Kristian, seolah-olah kita selalu berada dalam keadaan yang salah. Oleh itu kita perlukan pandangan yang sepakat. Insya'Allah akan saya lawati blog itu. Jazakallahu khairan. Wassalam
ReplyDelete