Dari Taipei ke Istanbul

Dalam jangka masa empat hari saya terpaksa menghadiri dua Persidangan antarabangsa di dua tempat yang amat berjauhan antara satu dengan yang lain. Pertama sekali saya berada di Taipei membentangkan kertas kerja saya pada 21 Februari, dan pada 22 Februari harus kembali ke KL jam 8 pagi kerana pada malamnya harus terbang pula ke Istanbul dengan pesawat MAS yang bertolak meninggalkan KLIA pada jam 12.30 selepas tenngah malam yang telah memasuki hari Rabu 23 Februari.

Persidangan antarabangsa di Teipei membicarakan tema A Common Human Value selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 Februari, dan Persidangan di Istanbul membicarakan tentang Global Movement For Justice, Peace and Dignity yang berlangsung pada 23 Februari.

Yang amat menarik perhatian dalam Persidangan di Taipei ialah tentang pandangan dari para pembentang kertas kerja yang terdiri daripada para pengikut kepelbagaian agama, Islam, Budha, Hindu, Taosime, Confisua dan lain-lain tentang nilai-nilai bersama dan kehidupan bersama antara umat manusia dalam aman damai yang terkandung dalam ajaran berbagai agama itu.

Persidangan di Istanbul, sungguh pun melibatkan semua pemidatonya yang terdiri daripada pemidato Islam, tetapi model negara-negara Islam itu agak berbeza, terutamanya dari segi pemerintahan dan politiknya.

Zeinab Badawi, personaliti saluran BBC yang terkenal dengan kepintarannya berhujah dengan penalis, telah menjadi moderator perbincangan yang dianggotai Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Bachan, Dr Anies Baswedan, Presiden Paramadina Universiti Indonesias, dan dua orang penalis lain.

Di Taipei, tanpa di jalankan sebarang kempen, dan tanpa sebarang pengaruh, banyak para peserta yang terdiri dari kepelbagaian pengikut agama, memandang tinggi terhadap peranan Islam dalam mewujudkan kesetabiulan dan keamanan serta kemakmuran negara Asia, termasuk peranan Malaysia yang dipandang sebagai sebuah negara yang amat unik dalam komposisi kepelbagaian etnik dan agamanya, tetapi telah mencapai kejayaan yang amat besar dalam kesetabuilan sosial, pencapaian ekonomi, pendidikan, teknoloji dan politiknya.

Dalam perbincangan penal yang di pengerusikan oleh Zeinab Badawi di Istanbul, beliau merujuk kepada Malaysia sebagai negara majoriti Islam dengan Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaannya, Turki sebagai negara sekular, dan Indonesia sebagai negara yang tidak menyatakan Islam sebagai agama pemerintahan, malah peserta dari Indonesia mengakui bahawa Islam tidak merupakan agama negara.

Banyak perkara yang ditimbulkan di dalam perbincangan penal di Istanbul ini, dan Perdana Menteri menunjukkan kepintarannya menjawab soalan-soalan yang cuba memerangkapnya, sama ada oleh Zeinab Badawi atau penalis dan peserta yang mengemukakan soalan tentang isu-isu agama yang diamalkan di Malaysia.

Sekali lagi saya melihat bahawa keunikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan aman damai, mendapat pengesahan dari para penalis dan peserta lain, iaitu bagaimana Malaysia sentiasa mengamalkan Islam dalam pentafsiran yang sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri dan tidak sama sekali mencampur adukkan amalan Islam dalam bentuk yang ekstrem dan melampau, atau mengadakan undang-undang yang bertentangan dengan prinsip ajaran Islam itu sendiri.

Perjalanan saya dari Taipei ke Istanbul dalam jangka masa yang singkat itu, mengambil masa yang panjang dalam penerbangannya, namun telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa saya bahawa orang luar yang terdiri dari para penganut Islam dan penganut agama lain merupakan diantara manusia yang amat menghargai pembangunan negara kita dalam bidang perindustrian, teknologi, ekonomi dan pendidikan, tanpa menghadapi halanag ekstemis agama, dan dalam masa yang sama menunjukkan contoh yang terbaik dalam perlaksanaan nilai-nilai Islam yang amat adil dan saksama kepada semua penganut agama di Malaysia,

Saya akan kembali menulis dengan lebeh jelas tentang hal ini, apabila saya cuba untuk tidur nyenyak ketika mengalami perubahan waktu yang ketara di antara Malaysia dan Turki, iaitu kita mendahului enam jam jarak masa dengan Turki.

Ketika saya baru hendak masuk tidur di hotel Conrad Istanbul pada jam 10 malam ini, di Malaysia semua orang telah pun nyenyak di buai mimpi yang indah, iaitu sudah pun jam 4 pagi.

Comments

  1. Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

    Lihatlah Blog Ar Rayah World News
    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    Untuk mengetahui perkembagan terkini kebangkitan KHILAFAH.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....