RIBUT TAUFAN DUNIA ISLAM
Saya rasa setiap orang dari umat Islam yang berada dalam dunia pada hari ini, harus merasa sedih dan dukacita, serta merasa bimbang dengan keadaan bergelora yang sedang melanda keseluruhan dunia Islam akhir-akhir ini.
Ribut taufan yang melanda dunia Islam selama ini, iaitu yang berlaku sebelum tercetusnya peristiwa revolosi di rantau Asia Barat dan Afrika Utara baru-baru ini, maka kerisis yang berlaku itu pada umumnya tidak sangat disedari, dan agak terpencil di dalam kawasan dan rantau tertentu, yang tidak merebak dengan penuh gelora dan gelombang yang besar seperti yang berlaku pada hari ini.
Dimulai dengan peristiwa yang berlaku di Tunisia, kemudian diikuti di Mesir yang berjaya menyingkirkan kedua-dua ketua negara tersebut, maka kini kehangatan gelombang itu mulai terasa amat memuncak di Libya, di samping Bahrain, Yemen, Jordan, Moroko, Moritania, dan tentunya agak memuncak di negara yang sememangnya menunggu curahan minyak di atas bara api sahaja, iaitu di Iraq.
Kebanyakan negara yang tersebut menyaksikan kemarahan rakyat yang kelihatan amat memuncak, penuh emosi, semangat dan perasaan yang tidak dapat di kawal lagi, kerana suara mereka selama ini tidak pernah terkeluar, tidak pernah dipedulikan, dan mereka selama ini hanya tahu membisu, dan majoriti rakyat lebeh suka memilih pendirian berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu yang hanya rakya negara itu sahaja yang mengetahui perinciannya.
Tetapi setelah suara dan kehendak rakyat itu berjaya di cetuskan di Tunisia dan Mesir, maka rakyat yang selama ini merasa tertindas dan di perlakukan sebagai hamba abdi, mulai berani bangun bersuara, membuka mulut, memekik memecahkan kebisuan mereka selama ini, tanpa sebarang rasa takut, walau pun nyawa mereka sendiri dalam bahaya.
Kita tidak menafikan hak mereka, kerana kebanyakan negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara, diperentah dengan kuasa yang berpusat di tangan ketua negara itu sahaja, dan ketua kerajaan itu boleh mengekalkan kuasa mereka seberapa lama yang mereka mahu, atau kemudiannya menurunkan kuasa itu kepada anaknya sendiri tanpa dapat di buat apa-apa oleh rakyat umum.
Kuasa tentulah merupakan jalan untuk mendapatkan harta dan wang, mengawal kekayaan negara, yang sememangnya kebanyakan negara itu kaya dengan minyak dan gas, yang setiap hari meningkat harganya, maka rakyat yang selama ini memerhati, sekarang akan mengungkit perbuatan sikap monopoli ketua negara mereka itu terhadap harta kekayaan negara yang dibolotnya.
Kita memang seharusnya merasa bimbang dengan keadaan dunia Islam ini. Kesannya tidak hanya dalam politik pemerintahan negara, tetapi rakyat sendiri akan menderita dengan perubahan mendadak yang tidak menentu ini. Perubahan mendadak tidaklah seperti perubahan mengikut sistem demokrasi berparlimen yang mempunyai perlembaagaan dan kuasa undang-undang, dengan pilihan raya umum dan sebagainya, yang tentunya dapat dirancangkan pemerintahannya mengikut struktur yang tercatat di dalam perlembagaan. Tetapi perubahan mendadak dalam negara tersebut tentunya akan meninggalkan ruang kosong dalam pemerintahan negara, yang seharusnya dipenuhi dengan segeera dengan sebaik-baiknya. Maka dalam masa kekosongan inilah banyak kesan negatif yang mungkin berlaku kepadaa rakyat negara yang memberontak itu.
Perkembangan yang merbahaya ini haruslah dikaji dengan teliti, dan difahami dengan mendalam oleh rakyat negara kita sendiri, yang selama ini mempunyai pemerintahan yang di dokong oleh rakyat melalui sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, pilihan raya, sistem membesmikan kemiskinan dan kejahilan, berkongsi kuasa di antara kepelbagaian etnik dan keturunan rakyat, supaya kita yang mempunyai perlembagaan dan peraturan undang-undang tidak turut terperangkap dalam keadaan yang sama-samar dan tidak menentu ini.
Kita hanya merupakan sebuah negara Islam yang kecil, tetapi mungkin kitalah yang merupakan satu-satunya negara Islam yang masih setabil ekonomi, politik dan sosialnya, satu hakikat yang tidak mungkin membawa rakyat dan negara kita ke kancah kerisis dan ribut taufan yang sedang melanda negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara sekarang ini.

1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah
ReplyDeleteNegara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.
Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/
Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.