HARI RAYA DI MESIR

MESIR BERHARI RAYA, HOSNI MUBARAK TELAH BERUNDUR, MUNGKIN TELAH PUN KELUAR NEGARA. ORANG MESIR PUN TAHU BAHAWA MEREKA BERAYA DULU SEKARANG INI, KERANA BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL, APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI? SIAPAKAH YANG AKAN MEMEGANG KUASA? APAKAH BENTUK PEMERINTAHAN SELEPAS INI? TETAPI PERSOALAN ITU MUNGKIN TIDAK MERISAUKAN SANGAT, KERANA YANG MEREKA MAHU SELAMA 18 HARI BERDEMONSTRASI INI TELAH PUN TERCAPAI. BERHARI RAYALAH DULU !

AMERIKA SYARIKAT TENTU SEDANG BERKIRA-KIRA APAKAH AGENDA SETERUSNYA UNTUK DILAKUKAN DI DALAM BIDANG DIPLOMASI, POLITIK DAN EKONOMI MEREKA DI MESIR. A.S. TENTULAH MERASA GELABAH TENTANG MASA DEPAN PERJANJIAN DAMAI DI ANTARA MESIR DAN ISRAEL.

BANYAK KETUA NEGARA ARAB LAIN JUGA SEDANG MERASA BAHANG KEPANASAN DAN DALAM GELABAH JUGA TAKUT API REVOLOSI MESIR INI MEREBAK KE NEGARA MEREKA.

DAN BANYAK PIHAK LAIN JUGA, TERUTAMANYA PIHAK AS DAN BARAT AKIBAT DARI PERSEPSI SALAH ISLAMIPHOBIA, MULAI MERASA TAKUT KALAU-KALAU NEGARA MESIR MENJADI NEGARA "ISLAM" YANG AKAN MELAKSANAKAN "SYARIAH" DAN "HUDUD". NEGARA FUNDEMENTALIS, DAN SEBAGAINYA.MEREKA TAKUT KALAU IKHWANUSL-MUSLIMIN YANG BERKUASA, SEDANGKAN MEREKA TIDAK PUN MENGETAHUI APAKAH SEBENARNYA BENTUK TEORI DAN DASAR IKHWANUL-MUSLIMIN, YANG SALAH SEORANG BEKAS KETUANYA PERNAH BEERKATA BAHAWA "YANG KAMI MAHU IALAH DEMOKRASI, MALAH SESIAPA SAHAJA, SAMA ADA YANG DATANG DARI MALAYSIA PUN MEMERINTAH MESIR DENGAN ADIL DAN BERBENTUK DEMOKRASI, KAMI AKAN MENERIMANYA" !

SELEPAS HARI RAYA INI, DUNIA TENTULAH SEMUANYA AKAN MELIHAT APAKAH YANG AKAN BERLAKU DI MESIR, MALAH DI DUNIA AARAB DAN KAWASAN TIMUR TENGAH INI SETERUSNYA. BUAT MASA INI KITA HANYA MENANTI.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....