Mesir Di Ambang Kehancuran

Manusia yang paling risau sekali pada masa kini bagi kita rakyat Malaysia ialah ibu bapa yang anak-anak mereka berada di Mesir pada ketika ini, iaitu ketika Mesir sedang menghadapi berbagai-bagai kerisis kemanusian, ekonomi, politik dan kehidupan keseluruhannya, termasuk kehancuran dan kemusnahan infrastruktur, kelaparan dan 1001 masalah kemanusian yang sedang berlaku di sana. Pihak penunjuk perasaan berkeras supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan SEKARANG juga, mengikut jejak Presiden Tunisia yang telah pun meninggalkan negaranya, tetapi pihak Presiden Mubarak mahu menunggu sehingga pilihan raya baru pada bulan September akan datang.
Kalau kedua-dua pihak berkeras, maka kerisis ini akan berlanjutan dan tiada siapa pun yang akan menanggung akibat buruknya kecuali rakyat Mesir secara langsung. Wang berbilion yang berada di Mesir telah pun di bawa keluar, bank dan mesin ATM di tutup, barang-barang makanan mulai kehabisan, penyakit tentulah mulai berlaku kerana hospital juga mengalami kerisis , industri dan kilang di tutup yang menyebabkan barang-barang dan produk negara tidak dapat di ekspot lagi.
Yang tinggl hanyalah Terusan Suez yang masih menerima kapal untuk belayar, tetapi mungkin kebebasan Terusan ini hanya menanti saat untuk juga tertutup.
Secara tidak langsungnya, kerisis ini meerebak ke luar negara Mesir sendiri. Negara-negara Aarab lain sedang menerima tempiasnya, para ketua negara Timur Tengah tentu berada dalam kebimbangan dan mengalami suhu badan yang tinggi, takut penyakit yang melanda Mesir itu akan berjangkit kepada negara-negara mereka.
Para penghuni dunia mengalami kerisis ekonomi, kerana harga minyak mentah mulai naik menjulang, akibat dari kebimbangan kerisis minyak, takut kapal tangki tidak dapat melintasi Terusan Suez, dan kerisis lain lagi.
Dalam menguruskan politik negara dalam keadaan inilah rakyat dan pemerintah Mesir itu memerlukan kebijaksanaan yang lebeh berhikmah, daripada menegangkan suasana dan meningkatkan lagi kerisis yang penuh emosi dan sentimen, dendam, marah dan sebagainya. Kita tidak tahu bagaimana kah hal ini akan berlaku di dalam sebuah negara yang telah lama memendam rasa ini, dan dalam negara yang rakyatnya sering terpengaruh dengan sentimen dan emosi yang meluap-luap, tanpa berdisiplin lagi.
Rakyat Mesir membawa sepanduk yang mengatakan bahawa mereka tidak mahu Amerika Syarikat menentukan siapakah pemimpin mereka. Sepanduk ini mungkin menterjemahkan meseg Clinton dan Obama yang menyeru kepada perpindahan kuasa yang licin, aman dan teratur. Terjemahannya mungkin mengatakan bahawa "enough is enough" janganlah pihak Amerika Syarikat mahu mempertahankan Presiden Mubarak yang terkenal sebagai penyokong kuat Amerika Syarikat itu.
Itulah sepintas lalu gambaran yang dapat kita lihat dari jauh ini.
Para pelajar dan rakyat Malaysia di sana tentulah mengalami mimpi ngeeri yang amat menakutkan sekali.
Namun ibu bapa mungkin merasa agak lega apabila Perdana Menteri memberi jaminan akan menyelamatkan para pelajar itu dengan menggunakan kapal TUDM, yang sebelum ini manangkap lanun Somalia, untuk membawa keluar para pelajar kita dari dunia yang bergolak dan sedang terbakar itu.
Saya harap semua rakyat Malaysia dan para pelajar kita telah mendaftar diri selengkapnya dengan Kedutaan kita di Mesir. Semasa saya di Kedutaan Malaysia Arab Saudi, apabila kita membuat aarahan supaya rakyat Malaysia mendaftar di Kedutaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, terdapat segelintir manusia anak Malaysia yang enggan berbuat demikian, atas alasan apa perlunya berbuat demikian, negara Saudi aman damai, dan terdapat segelintir yang menakut-nakutkan kawan-kawan mereka supaya jangan mendaftar dengan kedutaan "tkut apabila ada undi pos Pilihanraya, nama-nama mereka akan di gunakan" !!(Saudi mana ada undi Pos ??)
Saya harap di Mesir semuanya telah mendaftarkan diri, agar dapat di hubungi, di angkut ke tempat selamat, dan kalau perlu dibawa mereka balik ke pangkuan ibu bapa dan keluarga mereka dengan selamat, insya'Allah

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....