TAK BOLEHKAH TAK BERPOLITIK SEMPIT?
Tak bolehkah kita orang Melayu jika tidak berpolitik sempit, atau tidak mempolitikkan semua hal secara yang amat dangkal dan tidak bertamadun sekali?
Isu pelajar-pelajar kita yang terperangkap di Mesir itu pun hendak dipolitikkan. Ada yang menuduh Kerajaan lemah dan sengaja tidak bertindak untuk menyelamatkan pelajar-pelajar kita itu. Ada pula yang berkata Kerajaan patut padankan muka pembangkang dengan memberikan keutamaan usaha menyelamatkan itu untuk pelajar-pelajar yang hanya menyokong Kerajaan terlebeh dulu.
Kedua-dua pandangan ini amat mendukacitakan majoriti rakyat Malaysia, yang waras dan rasional pemikirannya.
Setiap orang boleh bayangkan bahawa bilangan pelajar kita di Mesir itu berapa ribu orang? Hampir 11,000 atau lebeh. Apakah mungkin bilangan pelajar yang ramai dan berselerak di merata negara Mesir itu dapat diselamatkan dalam masa sehari dua? Bolehkah negara dan Kerajaannya yang sedang menghadapi kerisis yang besar itu akan kita uruskan hanya untuk kita sahaja bagi usaha mendapatkan hak pendaratan kapal terbang, hak mengangkut para pelajar itu ke lapangan terbang dari merata ceruk Mesir, kemudian bolehkah sesiapa memberitahu bagaimanakah para pelajar itu harus di bawa keluar dari Mesir, nak tuju ke mana dengan beberapa buah pesawat sahaja?
Usaha menyelamatkan para pelajar kita itu telah dimulakan, dan semalam saya mendapat tahu dari seorang waris di Kelantan bahawa pada hari pertama usaha menyelamatkan pelajar kita dari Cairo itu telah dilakukan di Rumah kediaman para pelajar Kelantan (!!) Ada politik dalam hal ini??
Saya rasa wajar sekali Kerajaan menyelamatkan rakyatnya dari segenap pelusuk Mesir tanpa mengira aliran politik para pelajar itu, kerana usaha ini adalah usaha ikhlas untuk menyelamatkan nyawa, apakah dalam menyelamatkan nyawa itu masih ada nyawa UMNO, nyawa PAS atau lain-lain?
Sebab itulah saya bertanya di atas tak bolehkah kita hidup tanpa politiking sempit dan bebal seperti sekarang ini? Apakah semuanya harus dilihat dari sudut pandangan sempit politik yang taksub dan fanatik?
Alhamdulillah nampaknya usaha menyelamatkan pelajar kita telah berjalan dengan amat baik dan lancar sekali, malah semua pihak negara yang bertanggung jawab yang terlibat dengan urusan ini telah memberikan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia. Tahukah kita betapa sukarnya untuk berurusan dengan pihak Kerajaan Saudi untuk memberikan visa secara berkelompok kepada sesiapa pun? Tetapi kepada Malaysia semuanya ini telah diuruskan dengan amat mudah dan penuh mesra sekali.
Apakah masih terdapat orang yang tidak beretika yang masih mahu mempolitikkan hal ini? Harap insfaflah diri dan akhirnya bersyukurlah kepada Allah SWT.

assalamualaikum...
ReplyDeletesuka membaca tulisan2 Dr. berkaitan isu kegawatan politik Mesir.
Orang Melayu hari ni, semua perkara hendak di politikkan mereka. Saya fikir, politik melayu kian sempit dan sering dipengaruhi oleh sentimen yang akhirnya memecahbelahkan masyarakat.
Negara kita bukanlah besar sangat..sewajarnya kita bersatu. Menyokong usaha yang baik tidak kira sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang...Kita juga perlu saling menegur dan memperbaiki keadaan..
Demikianlah patutnya umat Islam, ibarat batu bata yang menguatkan satu sama lain untuk membina kekuatan bersama.
wassalam.
p/s : terima kasih kerana Dr. sudi berbual seketika petang tadi walaupun dalam kesibukan melayan cucu-cucu. Moga mereka menyambung perjuangan..:)
Terimakasih banyak. Dalam alam sisa2 kehidupan ini, kanak2, terutamanya yang mempunyai hubungan darah sendiri, adalah manusia bersih, suci dan penghibut yang utama.
ReplyDeleteWassalam