MARAH.....! MARAH LAGI.....! Kalau kita bertanya kepada sesiapa saja di sekeliling kita tentang MARAH, kebanyakan mereka akan berkata bahawa kita akan menjadi lebih baik sekiranya kita TIDAK MARAH. Namun begitu nampaknya masyarakat manusia pada hari ini kelihatan semakin dihinggapi penyakit marah, dan penyakit ini telah menular ke keseluruhan peringkat dan pangkat manusia, tanpa mengira umur, jentina, pendidikan, status dan sebagainya. Marah nampaknya menjadi sebagai satu industri besar pada hari ini, dan amat malang sekali bahawa perkembangan industri ini telah menjalar ke dalam masyarakat manusia kini sebagai satu punca kecelakaan dan kehancuran masyarakat manusia itu sendiri. Kita menemui orang2 yang marah di atas jalan raya ketika memandu kenderaan, suami isteri dan anak beranak bercakaran, marah2 dalam radio dan tv oleh artis dan juru acara, malah yang lebih serius lagi ialah kemarahan di antara "kita dan mereka", yang bermaksud bahawa "kit...
Posts
Showing posts from May, 2012
- Get link
- X
- Other Apps
WARGA MALAYSIA SEPERTI KANAK-KANAK !? Itulah komen Irshad Manji ketika ia mengeluarkan kenyataannya tentang tindakan Kerajaan Malaysia mengharamkan bukunya " Allah, Liberty and Love " , iaitu ketika ia menyatakan " Cencorship treats citizens like children. Cencorship denies human beings their free will to think for themselves" (Penapisan ini menjadikan warga (Malaysia) seperti kanak2. Penapisan ini juga menafikan hak mutlak manusia untuk berfikir mengikut kehendak mereka) - terjemahan bebas saya. Saya berharap kenyataannya ini tidak mempengaruhi pemikiran warga negara Malaysia, bahawa perlaksanaan peruntukan undang2 negara kita yang menuntut pengharaman penerbitan tertentu itu adalah merupakan tindakan yang memperkecil2kan pemikiran dan mentaliti semua warga negara kita, sehingga dengan itu semua warga negara kita akan merasakan bahawa mereka telah dilayan seperti kanak2 mentah yang tidak tahu berfikir. Bagi saya tidak semua perkara dalam dunia ini ...
- Get link
- X
- Other Apps
MUZAKARAH : ELOK BATALKAN ! Saya setuju dengan pendirian Presiden PAS bahawa muzakarah yang dibicarakan dengan heboh sekarang ini diantara PAS dan UMNO itu haruslah dibatalkan sahaja. Kalau diteruskan juga dalam segala prejudis dan keritikan yang tidak beretika sekarang ini, maka dengan sendirinya muzakarah itu tidak lagi bersifat keislaman dan amat menyimpang dari etika serta nilai akhlak Islam. 1. Islam di negara kita ini bukan HANYA kepunyaan UMNO atau PAS, tetapi kepunyaan semua umat Islam tanpa mengira keturunan dan fahaman politik masing2, oleh itu sebarang muzakarah, dialog, diskusi, seminar, persidangan, wacana, konvensyen dan namakan saja apa2 perbincangan lain tentang Islam, maka semua pihak berhak dan sepatutnya mengambil bahagian, bukan UMNO atau PAS sahaja. 2. Pendirian PAS yang menyatakan bahawa PAS hanya akan mengadakan muzakarah dengan NGO's memang boleh diterima, kerana hal itu adalah haknya, tetapi tidak membawa erti bahawa PAS ...
- Get link
- X
- Other Apps
IRSHAD MANJI Saya perhatikan bahawa dalam dunia Islam kini, sesiapa yang sering mengenengahkan slogan tentang perjuangannya untuk Islam sering mendapat sambutan, terutamanya apa bila slogan yang dikemukakan itu adalah merupakan slogan dan simbol bagi memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia dan sebagainya yang menjadi prinsip perjuangan semasa dunia pada zaman kini. Inilah rasanya yang berlaku ketika seorang "penegak keadilan" Muslim yang bernama Irshad Manji mengembara ke seluruh dunia untuk menyibarkan "dakwah"nya bagi menegakkan "keadilan" Islam dan misinya bagi "memperjuang"kan hak asasi manusia, menurut tafsirannya. Pengembaraannya kini telah sampai ke negara kita, yang juga tentunya membawa misi yang sama, iaitu untuk menegakkan keadilan di Malaysia, yang pada pandangannya sendiri mungkin Islam di sini telah disalah gunakan begitu rupa sehingga memerlukannya untuk datang bagi membetulkan keadaan di sini. Beliau menyebut d...
- Get link
- X
- Other Apps
Sempena menyambut Hari Guru: "GURU MANUSIA" DAN "GURU MAYA" Kita menyambut Hari Guru pada 16 Mei, tetapi tahukah kita bahawa dunia sekarang tidak hanya dipenuhi oleh guru dalam bentuk "manusia" malah terdapat sejenis "guru" bukan manusia, iaitu GURU MAYA di setiap rumah dan hampir di setiap bilik rumah, pejabat dan bangunan lain, malah disetiap sudut dunia yang terbentang luas ini. tak lain dan tak bukan ialah guru dalam bentuk ICT, bukan dalam bentuk manusia biasa. Guru bukan hanya human teachers , malah virtual teachers . Bagaimana? Ikutilah teori yang saya paparkan di bawah, dan teori ini bolehlah dikembangkan lagi, malahan boleh dijadikan projek penyelidikan oleh sesiapa yang berminat untuk menjalankan kajian lanjut dalam hal ini.. Dunia kita mengukir sejarah yang amat ajaib. Dalam masa 60 tahun, iaitu 50 tahun dari abad yang lalu dan 10 tahun dari abad 21 ini, satu perubahan mendadak dalam sejarah dunia dan manusia telah berla...
- Get link
- X
- Other Apps
APA BEZANYA "MAIN BOLA" DAN "MAIN POLITIK" ?? Seperti simbol TV Al-Hijrah yang berkata " Segala-galanya Bermula Di Sini" maka kita akan berkata " Segala-galanya bermula di sini, dalam pasukan bola sepak" iaitu apabila Man. City muncul juara dalam satu perjuangan "mustahil" dalam masa 5 minit untuk muncul juara ketika Man. United telah pun selesai bermain dan sedang merayakan "juara" liga Inggeris dengan gemuruhnya, dan dalam saat2 "kepanikan" inilah Man. City melakar kemenangan ke atas lawannya pada malam itu, dan terus menjadi juara ! Memanglah banyak perkara yang seharusnya kita pelajari dari permainan bola sepak yang penuh dramatik yang ditunjukkan oleh para pemain bola sepak Man. City, yang penuh azam, tektik, cekap, tidak mengenal putus asa, "team work" dan kepercayaan kepada diri yang tidak pernah luntur, maka dalam masa 5 minit, masa tambahan, yang penuh dengan debaran, ketika ramai peny...
- Get link
- X
- Other Apps
DEMONSTRASI DI MAKKAH DAN MADINAH Saya menulis tentang perkara ini dalam dua pengisian blog saya yang lalu bukanlah sebenarnya bertujuan untuk membuat apa2 kesimpulan, malah saya hanya mengandaikan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Saudi Arabia akibat dari demonstrasi di kedua2 tanah suci itu oleh segelintir warga kita yang membawa isu politik dalaman negara kita ke sana. Sepanjang ingatan dan pengalaman saya, demonstrasi dari rakyat negara kita ini merupakan demonstrasi yang kedua selepas demonstrasi yang dilakukan oleh warga Iran lama dulu. Yang berbeza demonstrasi warga Iran adalah besar dan dilakukan sebagai membantah beberapa kemelut politik antarabangsa, termasuk Saudi sendiri. Dan demonstrasi anjuran warga kita itu adalah kecil dan terhad. Namun begitu sebagai Kerajaan yang memelihara kesucian dua tanah suci, Makkah dan Madinah itu, Kerajaan Saudi tentulah melihat kepada kesan dan pengaruhnya kepada dunia luar dari k...
- Get link
- X
- Other Apps
EKORAN DEMONSTRASI DI TANAH SUCI Malam ini saya mendengar berita dari TV Malaysia yang agak mengganggu perasaan dan fikiran. Berita menyebut bahawa Kerajaan Saudi sedang menimbang akan mengenakan tindakan ke atas jemaah Malaysia akibat dari tindakan segelintir rakyat kita yang mengadakan perhimpunan di Makkah dan Madinah serentak dengan demonstrasi di negara kita Bersih 3.0 yang lalu. Kita tidak mengetahui apakah tindakan yang akan dikenakan, dan hal ini terpulanglah kepada negara tuan rumah yang memiliki dua Tanah Suci itu, sama ada akan mengenakan larangan dari menunaikan haji atau umrah bagi rakyat kita seluruhnya, atau mengurangkan kuota haji yang diberikan kepada kita selama ini, atau tindakan lain, wallahu a'lam. Namun begitu, apa2 tindakan yang diambil sekali pun, kita merasa amat sedih dan kesal, kerana masjid suci yang tinggal kepada kita orang Islam di dunia ini hanyalah dua buah itulah sahaja, Masjidul Haram di Makkah dan Masji Nabawi di Madinah. ...
- Get link
- X
- Other Apps
HUBUNGAN MALAYSIA DAN SAUDI: HARAP TIDAK TERJEJAS Saya berada di Saudi Arabia dari tahun 2005 hingga 2008 sebagai menjalankan tugas di sana menjadi Duta Malaysia. Perhubungan dan persefahaman di antara Malaysia dan Saudi adalah amat rapat sekali. Setiap kali bertemu Raja Abdullah, baginda menyebut dua perkara, pertama ialah tentang jemaah haji Malaysia yang beradab, berdisiplin dan berilmu. Baginda menjelaskan maksudnya, iaitu jemaah haji Malaysia, termasuk jemaah yang mengerjakan umrah, sentiasa menjaga adab sopan, menghormati peraturan syariah dan undang2, menunjukkan mentaliti yang bertamadun dan berilmu dalam menjalankan segala syi'ar agama dalam ibadat haji atau umrah. Kalau terdapat sesetengah jemaah negara lain sering menunjukkan kelakuan yang tidak sopan, tidak menghormati undang2 negara Saudi, tetapi jemaah Malaysia sentiasa menjaga adab tertib, tingkah laku dan tidak menyakitkan hati orang lain, apa lagi menyentuh kesucian tanah suci dengan tindakan mer...
- Get link
- X
- Other Apps
MANUSIA BUKAN MAKHLUK "PERFECT" Dalam semua situasi dan keadaan, manusia hendaklah mengakui hakikatnya bahawa manusia sebagai makhluk, bukanlah merupakan makhluk yang sempurna semuanya, yang "perfect" tidak ada cacat celanya. Yang sempurna hanyalah Tuhan, dan bagi kita orang Islam, yang perfect hanyalah Allah SWT. Manusia selagi bernama manusia, maka dia bukanlah makhluk yang bernama "malaikat" yang tidak punya nafsu, dan bukan pula haiwan yang tidak punya akal, tetapi manusia adalah gabungan dari unsur malaikat dan haiwan, ada jahat dan baiknya, ada akal dan nafsunya. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, manusia melakukan kebaikan dan kejahatan, manusia sering berfikir sebagai insan yang rasional dan ada kalanya tidak dapat berfikir dengan baik lalu mengikut hawa nafsunya sahaja. Jadi dalam tindakan menunjuk perasaan, membantah sesuatu yang dikatakan tidak adil dan saksama, ada golongan yang hanya mengikut kehendak hati yang mar...