Sempena menyambut Hari Guru:
"GURU MANUSIA" DAN "GURU MAYA"
Kita menyambut Hari Guru pada 16 Mei, tetapi tahukah kita bahawa dunia sekarang tidak hanya dipenuhi oleh guru dalam bentuk "manusia" malah terdapat sejenis "guru" bukan manusia, iaitu GURU MAYA di setiap rumah dan hampir di setiap bilik rumah, pejabat dan bangunan lain, malah disetiap sudut dunia yang terbentang luas ini. tak lain dan tak bukan ialah guru dalam bentuk ICT, bukan dalam bentuk manusia biasa. Guru bukan hanya human teachers, malah virtual teachers. Bagaimana? Ikutilah teori yang saya paparkan di bawah, dan teori ini bolehlah dikembangkan lagi, malahan boleh dijadikan projek penyelidikan oleh sesiapa yang berminat untuk menjalankan kajian lanjut dalam hal ini..
Dunia kita mengukir sejarah yang amat ajaib. Dalam masa 60 tahun, iaitu 50 tahun dari abad yang lalu dan 10 tahun dari abad 21 ini, satu perubahan mendadak dalam sejarah dunia dan manusia telah berlaku, iaitu pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Tachnology -ICT) yang telah mencorak pemikiran manusia dan mengubah minda serta gaya hidup manusia seluruhnya.
Dalam masa enam puluh tahun terakhir inilah kita mulai mengenal komputer, telefon bimbit, dan akhirnya smart phone, i-pad, serta alat komunikasi lain, termasuk internet, facebook, Play Station, U Tiub dan ..seterusnya yang lain2. Generasi 60 tahun terakhir ini, termasuk kanak2 dan orang dewasa dari segala peringkat umur dididik dan dibesarkan dalam alat teknologi baru ini, malah kanak2 yang berumur 2 - 3 tahun kelihatan amat mahir bermain dengan alat teknologi yang canggih ini, sementara bapa dan neneknya yang berumur lanjut, amat bergantung kepada anak cucunya untuk mengajar mereka menggunakan alat teknologi ini, seolah2 para pencipta alat ini amat mengetahui akan perkembangan pemikiran dan sistem berfikir serta perkembangan minda generasi baru dan cara berfikir mereka, serta dapat menggunakan teknik yang tertentu untuk melaksanakan operasi alat teknologi maklumat ini.
ICT memberikan maklumat yang banyak, memberikan berbagai macam ilmu pengetahuan dengan sekali dua klik saja, menghiburkan dengan berbagai macam permainan, menayangkan kepelbagaian gambar bergerak, filem, derama dan lakonan yang memberi pelajaran yang amat berguna, atau mencemarkan minda dan pemikiran mereka, mepraktikkan segala macam penyelewengan moral dan adab sopan, bergantung kepada pendekatan dan cara mereka mencari maklumat dan menerimanya dari ICT.
Sejarah pembangunan manusia membuktikan bahawa teknologi juga yang membawa kemajuan kepada sektor pertanian dan perindustrian dunia ini. Namun teknologi pertanian telah mengambil masa ribuan tahun untuk sampai ke tahap kemajuan sekarang, malah masih membangun untuk lebeh maju. Teknologi sektor perindustrian telah mengambil masa ratusan tahun untuk sampai ke kemuncak kemajuan sekarang ini.
Namun pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi ICT hanya mengambil masa lebeh kurang 60 tahun untuk sampai ke kemuncak kemajuannya yang amat mengajaibkan sekarang ini, yang menjadi guru dan mentor, pensyarah dan profesor, pembimbing atau pemusnah kepada kita semua.
ICT daalam bentuk guru maya ini lahir dalam berbagai2 alat teknologi seperti yang telah saya sebutkan di atas, mendidik pemikiran dan minda juga dalam beberapa aspeknya. Lahir dalam bentuk maya, internet dan portal, akhbar dan majalah letronik, gergasi atau hantu maya, syaikh atau ulamak maya, malah politik dan sukan maya, TV, Radio, chat, perhubungan, semuanya melalui alat letronik yang amat mudah di buka, di baca dan di dengar, di bawa ke mana2, dalam bas, kereta, toilet, restoran, malah dalam bilik tidur secara senyap2.
SMS sering digunakan dalam satu rumah untuk berhubung diantara ahli keluarga, diantara bilik dengan bilik, diantara bilik air dan dapur, mak ayah dan adik beradik tanpa perlu bersemuka. E-mail dan FB berperanan besar dalam urusan surat menyurat dan sembang2 kosong atau berisi. Portal internet, akhbar atau majalah, tersibar di seluruh dunia dalam masa beberapa saat, tanpa diketahui siapakan sumber surat atau kenyataan, komen, maki hamun, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan sebagainya, kerana nama sendiri boleh direka, disembunyikan, malah lahir dalam bentuk nama yang tidak dapat dibezakan lagi sama ada lelaki atau perempuan, budak kecil atau orang tua bangka, semuanya sama saja.
Inilah gurunya yang mendidik anak2 dan orang dewasa serta warga emas kita pada hari ini. Maka isu akhlak, moral, adab sopan, agama, tidak sangat menjadi isu utama, kerana semua orang mempunyai ruang angkasa dan maya yang sama, semua orang lahir dalam personaliti yang tidak diketahui siapakah orangnya (kalau dia mahu) dan pada masa ini semua orang mempunyai hak yang sama dalam dunia global yang amat mementingkan "human rights" "freedom for all" ...
Kalau kita memberi masa sedikit untuk menatap portal berita dan akhbar, terutamanya portal politik kini, kita dapat melihat berbagai2 komen yang keseluruhannya amat negatif, penuh dengan celaan dan hentaman kepada orang lain, maki hamun, umpatan yang tidak terbatas, maka di paparkan penulisnya dalam nama2 samaran dan nama pena yang berbagai2, kadang2 mungkin seorang penulis boleh menulis ratusan komen dengan nama yang berbeza2 seolah ratusan orang yang mempunyai pandangan yang sama, sedangkan yang menulis hanya seorang saja. Bukankah ini membawa kepada persepsi yang amat mengelirukan dalam masyarakat kita kan?
Maka GURU Maya dalam bentuk ICT inilah yang sepatutnya kita berikan perhatian sekarang, supaya ianya mempunyai keseimbangan dengan guru biasa yang bernama manusia di sekolah, kolej, Universiti dan pusat2 pengajian kita, terutamanya dari segi membangunkan insan yang berakhlak, berbudi pekerti, bertamadun dan berpegang teguh kepada agama dan budaya serta nilai2 murni kita.
Sambutlah Hari Guru untuk semua guru kita yang penuh dengan bakti dan jasa, dan dalam masa yang sama, sambutlah hari guru dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang satu lagi jenis guru yang bermaharajalela di dalam masyarakat kita sekarang ini, iaitu guru ICT, yang amat sukar untuk dibentuk dan dididik, kerana ianya bukan manusia yang mempunyai jasad dan ruh, jasmani dan rohani, iman dan amal, tetapi makhluk misteri yang tidak diketahui asal usulnya untuk dibentuk dan diasuh, akhirnya maka generasi baru kita juga akan lahir dalam bentuk manusia yang mistri, minda kacau, jiwa serabut, tak punya tujuan dan matlamat dalam hidup, tidak ada akal budi dan celik akal, kerana bergurukan ICT secara keseluruhannya tanpa panduan dan bimbingan...tanpa sempadan dan had...
Oleh itu dalam menyambut hari guru ini, kita semua haruslah sedar bahawa ada sejenis guru yang mendidik anak2 kita yang harus kita berikan perhatian serius untuk mengawal dan membentuknya, iaitu Guru Maya dalam bentuk ICT itu, dan guru2 manusia juga haruslah sedar bahawa mereka mempunyai persaingan hebat yang sentiasa akan mengurbankan ajaran baik mereka iaitu persaingan dari guru maya ini.
Mnusia dan guru (dalam bentuk manusia) haruslah mempelajari kesan positif dan negatif guru maya ini, kemudian berusaha memberikan sokongan kepada eleman positif guru maya, dan berusaha mengurangkan kesan negatif yang begitu banyak dalam pengajaran dan pendidikan guru maya itu.
Selamat menyambut Hari Guru, ...eh eh, Guru Manusia dan Guru Maya...!

Comments
Post a Comment