Posts

Showing posts from May, 2013

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MEMPERGUNAKAN GENERASI Y ! Mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh banyak pihak, Generasi yang dikenali dengan  nama Generasi Y itu, ialah golongan anak-anak muda yang lahir diantara tahun 1977 hingga 1997 (berumur 16 - 36 tahun sekarang). Generasi Z ialah generasi yang lahir dari tahun 1998 hingga kini (berumur 15 tahun ke bawah). Pihak Jabatan Perangkaan Malaysia pernah menjalankan kajian tentang jumlah penduduk Malaysia dalam kalangan Generasi Y ini, iaitu kira-kira 21% dari keseluruhan penduduk Malaysia, berbanding dengan Generasi Z, yang menjangkau 38%. Ertinya peratusan kumpulan generasi Y agak tinggi, sama dengan generasi X (lahir antara 1965 - 1976) iaitu 21% juga, manakala Generasi Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya) 4%, Generasi The Baby Boom (lahir 1946 - 1964) 16%. Generasi X dan Y iaitu yang berumur diantara 13 hingga 46 tahun merupakan jumlah terbesar penduduk kita (42%) dan kumpulan inilah yang amat aktif dalam masyarakat kita dari...

GEMPA PRU...GUNUNG MERAPI?

...DARI BEKAS GUNUNG MERAPI KE GEMPA NEGARA SENDIRI... Alhamdulillah balik ke negara sendiri itulah yang paling terbaik. Di negara orang, memang terdapat banyak contoh baik, terutamanya tentang orang-orangnya yang mesra dan berbudaya agak tinggi, melayan orang, bertegur sapa, bersopan di jalan raya, di kedai, kaunter, ketika menyambut tetamu di hotel, ketika menolong membuka pintu teksi yang kita tumpangi, dan sebagainya. Tetapi balik ke rumah itulah saat yang amat menggembirakan, "home sweet home", walau pun nampak tempat gunung merapi yang telah lama berhenti ledakannya, yang masih menggelegak dengan air dan wap panasnya, tetapi halnya berbeza di rumah, negara sendiri. Api gelgak di negara sendiri nampaknya tidak mahu di padam-padamkan oleh beberapa pihak yang tertentu,  tunjuk perasaan dalam himpunan yang tidak di luluskan oleh Polis, masih diteruskan, dan akan diteruskan atas nama apa-apa saja, asalkan dapat berkumpul, mengajak pemuda-pemuda dan orang-orang ...

HEROK PEKOK PRU 13

TERLEPAS DARI HEROK PEKOK PASCA PRU 13 Saya bertolak ke New Zealand 11 Mei dan balik 19 Mei, jauhakan diri sikit dari herok pekok yang agak ribut selepas PRU 13. PAS dengan Husam, PKR dengan Azmin, UMNO dengan beberapa isu perlantikan, MCA dengan kerisis kemuniti Cina, DAP pula dengan ciri-ciri angkuh dan sebagainya.  Semuanya ini menggambarkan masyarakat manusia. Manusia ini apa saja pegangan agama dan budayanya sering mengalami kelemahan diri, terutamanya dalam persaingan politik negara untuk merebut kuasa dan nama, wang dan pangkat, tak kira dari parti mana, manusia tetaplah manusia. Cuma pemergian saya, hati saya agak tersangkut di hospital Pulau Pinang, di mana kawan baik saya dari Maahad Mahmud, ketika di Mesir dan kemudiannya sama-sama mengajar di UKM, dan setelah beliau menjadi MB Kedah hingga PRU 13, kami bersama-sama dalam Lembaga INSANIAH Maka pemergian saya keluar negara, dan setelah menziarahinya di hospital Pulau Pinang Khamis lalu,  saya merasa ha...

PEMBEDAHAN USTAZ AZIZAN MB KEDAH: TIDAK ADA PILIHAN

USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK: TIDAK ADA PILIHAN Saya baru balik dari menziarahi sdra Dato' Seri Di Raja Ustaz Azizan  Abdul Razak , bekas MB Kedah, di hospital Pulau Pinang hari ini.. Saya masuk ke biliknya di Unit Rawatan Rapi kira-kira jam 2 petang. Dia terlentang di atas katil, mungkin tidur, kerana ditidurkan oleh ubat pemberian doktor, lalu saya tidak dapat menegur atau memberi apa-apa isyarat kepadanya, sebaliknya saya hanya berdoa dan memberikan salam kepadanya dalam senyap.. Saya keluar duduk di luar wad, dan melihat ramai sekali sahabat handai yang menunggu untuk masuk menjenguknya. Semua wajah kelihatan muram, tidak dapat mengukir senyuman seperti biasa ketika teman dan taulan bertemu beramai-ramai. Semuanya mungkin hanya dapat membayangkan di dalam kepala masing-masing betapa Azizan, yang semasa sehatnya amat periang, suka berjenaka, berseloroh, tetapi kini terlentang dalam sepi, tidak menyedari segala-segalanya yang berlaku di sekelilingnya. Saya mendapat ...

PRU 13 DAN TSUNAMI POLITIK. BETULKAH?

PRU KE-13: SATU LAGI TSUNAMI POLITIK? Terdapat media massa yang melebalkan Pru 13 sebagai satu lagi Pru yang membawa tsunami politik, tetapi tsunami kali ini bukanlah kerana kehakisan sokongan kepada BN, malah kerana polarisasi kaum yang amat ketara, iaitu yang dialami oleh kaum Cina, sebagai "Chinese Pol arization". Polarisasi perkauman yang dil abelkan kepada kaum Cina itu ialah setelah calon-calon DAP mendapat banyak undi dari kaum Cina, yang diandaikan juga undi dari kaum Cina dari parti lain, seperti MCA. Mereka memberikan contoh tentang hal ini dengan kemenangan besar yang didapati oleh calon-cal on DAP di bandar-bandar, sehingga calon-calon itu berjaya mengalahkan calon yang membawa nama-nama besar dan berjasa kepada negara yang digandingkan dengan calon-calon DAP itu. Bagaimana pun penemuan dan kesimpulan ini sebenarnya memerlukan pemeriksaan dan kajian yang mendalam dari kalangan yang tertentu, kerana dapatan ini merupakan dapatan rambang dari keput...

MAKNA UNDI PADA RAKYAT MESIR...

HARI PERHITUNGAN....... Salah satu alasan yang diberikan oleh rakyat Mesir untuk mengadakan demonstrasi membantah Presiden Mesir Morsi ialah kerana Presiden tersebut hanya dilantik dengan undi dalam 7 0 peratus atau kurang sedikit sahaja. Oleh itu rakyat yang tidak mengundinya, iaitu kira-kira 30 p eratus lagi adalah berhak untuk membantah dan mengadakan tunjuk perasaan menentangnya. Demonstrasi inilah yang berlaku secara berlarutan sehingga akhir-akhir ini, dan memakan korban man usia. Hal ini berbeza dari kita di sini, kerana kita benar-benar menerima keputusan undi rakyat , Kalau seorang calon yang bertanding pilihan raya dan mendapat majoriti dua tiga, atau sepuluh dua puluh pun, maka kita tetap menerimanya, kerana rakyat telah membuat pilihan. Cuma jika terdapat sebarang keraguan dan sesuatu yang tidak memuaskan hati, maka bantahan bolehlah dibawa ke mahkamah, kemudian apa-apa yang diputuskan oleh Mahkamah, kita mestilah akur dan menerimanya. Di sinilah letak...

SEHARI SEBELUM MENGUNDI PRU

PENGUNDI YANG BERKUASA Hanya tinggal esok saja para pengundi punya waktu untuk membuat keputusan apakah bentuk dan arah pemerintah yang mereka mahu untuk negara ini. Silap-silap pilih maka mereka sendiri yang akan merasa padahnya. Selama ini,pengundi umumnya sering menolak parti yang ekstrem dan radikal dan memilih parti yang moderat,maka adalah diharapkan bahawa Pru 13 akan menyaksikan majoriti pengundi yang lebih besarmengambil sikap yang rasional dalam pemilihan mereka, tidak berbentuk emosional dan taksub melampau. Bagi orang Islam, pertimbangan awal yang seharusnya diberikan perhatian ialah memilih perwakilan yang dapat menjaga kepentingan agama sebagai satu sistem menyeluruh yang bersifat global dan holistik,yang dapat diterima oleh komponan parti tanpa mempunyai sebarang reservation atau berdolak dalik lagi yang dengan sendirinya membuktikan bahhawa pakatan mereka untuk bergabung hanyala pakatan politik untuk pilihan raya semata-mata. Percaturan dunia politik negara Isla...

KEMPEN PRU: UGUTAN DAN ANCAMAN

KEMPEN ANCAMAN DAN UGUTAN Menjelang minggu kedua kempen PRU 13, perkembangan terbaru yang amat membimbangkan kita ialah kempen yang berbentuk ugut mengugut. Saya pernah mencatatkan di sini ungkapan dan makna kenyataan Lim Guan Eng ketika permulaan jangka waktu kempen, iaitu ketika beliau mengatakan bahawa pada malam perisytiran kemenangan PRU ke 13, sekiranya PR berjaya menjadi Kerajaan maka PM baru mereka akan mengeluarkan perintah supaya semua lapangan terbang di tutup agar tidak ada "orang-orang yang mencuri harta rakyat dapat meninggalkan negara dengan jet persendirian mereka, ertinya mereka itu akan ditangkap. Baru-baru ini pula Karpal Singh juga mengeluarkan amaran akan menangkap Tun Dr Mahathir kerana mengeluarkan kenyataan tentang Lim Kit Siang yang dikatakan bersifat perkauman. Kelmarin, Anwar Ibrahim juga mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan ke atas Tun Daim yang telah mencuri harta rakyat selama ini. Kenyataan-kenyataan ini ternyata merupaka...