GEMPA PRU...GUNUNG MERAPI?
...DARI BEKAS GUNUNG MERAPI KE GEMPA NEGARA SENDIRI...
Alhamdulillah balik ke negara sendiri itulah yang paling terbaik. Di negara orang, memang terdapat banyak contoh baik, terutamanya tentang orang-orangnya yang mesra dan berbudaya agak tinggi, melayan orang, bertegur sapa, bersopan di jalan raya, di kedai, kaunter, ketika menyambut tetamu di hotel, ketika menolong membuka pintu teksi yang kita tumpangi, dan sebagainya. Tetapi balik ke rumah itulah saat yang amat menggembirakan, "home sweet home", walau pun nampak tempat gunung merapi yang telah lama berhenti ledakannya, yang masih menggelegak dengan air dan wap panasnya, tetapi halnya berbeza di rumah, negara sendiri.
Api gelgak di negara sendiri nampaknya tidak mahu di padam-padamkan oleh beberapa pihak yang tertentu, tunjuk perasaan dalam himpunan yang tidak di luluskan oleh Polis, masih diteruskan, dan akan diteruskan atas nama apa-apa saja, asalkan dapat berkumpul, mengajak pemuda-pemuda dan orang-orang muda yang suka berpesta, tanpa mempunyai niat dan kesedaran untuk apa mereka berkumpul, namun segala-segalanya itu hendak diteruskan, walau pun juga terpaksa bertentang dengan Polis, agensi-agensi pemerintah dan sebagainya, namun mereka akan teruskan, mara, ayuh mara ke hadapan..
Tetapi nampaknya kawan-kawan kita yang bersemangat Islam, Nik Ammar, Mustafa Ali dan beberapa orang lain lagi yang sehaluan dengan mereka, termasuk MB Kelantan yang baru, nampaknya mulai berlembut, balik kepada Takdir Allah SWT, sabar dan syukur menerima keputusan PRU, seperti yang pernah diungkapkan juga oleh Presiden PAS, maka hal ini telah muncul sebagai penawar kepada kehangatan suasana dan latar belakang politik keras yang menakutkan majoriti orang ramai, dan diharapkan semuanya ini akan terus menerus berlaku untuk kita kembali semula kepada elemen-elemen demokrasi yang kita sendiri juga mematuhinya dalam negara kita ini.
Harap Presiden PAS, Setiausahanya, MB Kelantan dan saudara kita Nik Ammar, akan cuba sedikit mengawal teman-teman mereka dari bersuara lantang mengikut arus dan ombak yang ditiupkan oleh rakan-rakan mereka dalam PR, termasuk sama-sama memberikan racun dan ledakan roket yang tajam di dalam perhimpunan haram mengikut lenggang lengguk penceramah dari parti-parti rakan mereka dalam PR.
Telah terdapat suara untuk mengubah itu dan ini, termasuk mengubah Perlembagaan dan sebagainya, yang semuanya ini bukan menggembirakan majoriti rakyat berbagai kaum di Malaysia, malah menakutkan orang ramai, membimbangkan kita semua, terutamanya apa bila istilah SPRING yang digunakan di negara Arab sebagai Arab Spring (sebenarnya bukan Arab Spring, tetapi "keganasan" Arab) mulai dicanangkan di negara kita sebagai Malaysia Spring, amat menggerunkan, iaitu apabila kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana Mesir, Tunisia, dan Syria kini masih bertelagah dengan kegawatan politik kekerasan, kejatuhan ekonomi, larinya para pelancong dan pelaburan modal asing, dan berbagai-bagai kerisis lagi, yang hanya merugikan rakyat dan negara sendiri, lihat saja hingga kini kemusnahan berlaku dengan banyaknya, rumah dan bangunan runtuh tersungkur ke bumi, nyawa ribuan yang tercabut akibat pembunughan sama sendiri, pelarian berjuta orang yang mencari perlindungan di luar, dan berbagai-bagai kerisis kemanusiaan dan harta benada yang berlaku, semuanya ini merupakan mala petaka yang ditempa sendiri, dan hal inilah rupanya yang hendak dibawa masuk ke dalam negara kita.
Saya berharap hal ini akan lenyap segera. Negara kita mempunyai undang-undang, Parlimen, Mahkamah dan sebagainya. Ikutlah saluran yang tamadun dan demokrasi.
Ramai orang yang terbunuh di jalan raya, yang meragut beg dan telefon bimbit orang, yang obesiti, yang mundur dalam pendidikan, yang berpenyakit jiwa sehingga sanggup membunuh ibu bapa sendiri, yang menyeludup dadah dari luar negara, yang lupa budaya dan agama, yang berhempas pulas untuk mendapatkan sesuap nasi, sedangkan ramai pula yang memeras, yang membolot peluang perniagaan mewah di dalam sektor industri dan ekonomi, yang menidakkan usaha untuk meningkatkan agama dan kerukunan hidup, yang membenci dan menjauhkan taksub kaum dan agama, ....maka semuanya ini tidak dibicarakan...semuanya ini seolah-olah bukan merupakan masalah rakyat, bukan isu-isu masyrakat yang sepatutnya disedari oleh semua oprang, yang seharusnya diperbaiki dan dan diperjuangkan...
Yang diperjuangkan ialah kuasa dan benda, kekuatan suara rebolosi yang tidak kena pada tempatnya, menawan tempat yang tidak diberikan Allah, termasuk mara ke Putrajaya secara kekerasan....dan berbagai-bagai rasa tamak dan haloba mengikut nafsu ammarah saja..
Inilah rupa-rupanya sejarah baru negara kita...Sedih dan insaf...Lebih baik rasanya berada dalam lembah gunung merapi yang telah padam,...bekas letusan gunung merapi itu....Tetapi hati ini tidak rela berada di negara orang, malah negara sendiri itulah yang lebih baik sekali...Jadi mahu tak mahu, haruslah berada dan berjuang dalam negara sendiri, untuk semua...
Comments
Post a Comment