SEHARI SEBELUM MENGUNDI PRU
PENGUNDI YANG BERKUASA
Hanya tinggal esok saja para pengundi punya waktu untuk membuat keputusan apakah
bentuk dan arah pemerintah yang mereka mahu untuk negara ini. Silap-silap pilih
maka mereka sendiri yang akan merasa padahnya.
Selama ini,pengundi umumnya sering menolak parti yang ekstrem dan radikal dan memilih parti yang moderat,maka adalah diharapkan bahawa Pru 13 akan menyaksikan majoriti pengundi yang lebih besarmengambil sikap yang rasional dalam pemilihan mereka, tidak berbentuk emosional dan taksub melampau.
Bagi orang Islam, pertimbangan awal yang seharusnya diberikan perhatian ialah memilih perwakilan yang dapat menjaga kepentingan agama sebagai satu sistem menyeluruh yang bersifat global dan holistik,yang dapat diterima oleh komponan parti tanpa mempunyai sebarang reservation atau berdolak dalik lagi yang dengan sendirinya membuktikan bahhawa pakatan mereka untuk bergabung hanyala pakatan politik untuk pilihan raya semata-mata.
Percaturan dunia politik negara Islam sering membuktikan bahawa kuasa penjajah luar seing menggunakan tektik penjajahan mereka untuk memecahbelahkan umat Islam dan akibtnya umat Islam di dalam sebuah negara akan berpecah belah,malah kadang-kadang akan membawa kepada krisis minda dan pemikiran atau pertumpahan darah sesama sendiri, akhirnya umat dan agama sendiri yang mengalami kehancuran.
Oleh itu pengundi yang rasional dan berhemah saja yang dapat menggunakan kuasa mereka untuk kebaikan pada masa hadapan, kerana mereka sajalah yang berkuasa.
Comments
Post a Comment