HEROK PEKOK PRU 13
TERLEPAS DARI HEROK PEKOK PASCA PRU 13
Saya bertolak ke New Zealand 11 Mei dan balik 19 Mei, jauhakan diri sikit dari herok pekok yang agak ribut selepas PRU 13. PAS dengan Husam, PKR dengan Azmin, UMNO dengan beberapa isu perlantikan, MCA dengan kerisis kemuniti Cina, DAP pula dengan ciri-ciri angkuh dan sebagainya.
Semuanya ini menggambarkan masyarakat manusia. Manusia ini apa saja pegangan agama dan budayanya sering mengalami kelemahan diri, terutamanya dalam persaingan politik negara untuk merebut kuasa dan nama, wang dan pangkat, tak kira dari parti mana, manusia tetaplah manusia.
Cuma pemergian saya, hati saya agak tersangkut di hospital Pulau Pinang, di mana kawan baik saya dari Maahad Mahmud, ketika di Mesir dan kemudiannya sama-sama mengajar di UKM, dan setelah beliau menjadi MB Kedah hingga PRU 13, kami bersama-sama dalam Lembaga INSANIAH Maka pemergian saya keluar negara, dan setelah menziarahinya di hospital Pulau Pinang Khamis lalu, saya merasa hati dan perasaan saya bersama dengannya ketika akan menaiki pesawat di KLIA hari ini.....tambahan pula membayangkan kedua belah kakinya terpaksa dikorbankan untuk kesihatan badannya....
Saya harap dia akan sembuh puleh sedia kala, tabah dan berani menghadapi hidup seterusnya....Insya'Allah.
Amin Amin, Ya Rabbal 'Alamin.
Comments
Post a Comment