MILITARY INTERVENTION or COUP D'ETA
Istilah intervention menjadi permainan pihak Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS). Ketika tentera Mesir bertindak merampas kuasa dari kerajaan Mesir yang sah, AS tidak mahu mentakrifkannya sebagai rampasan kuasa, tetapi menyebutnya sebagai military intervention, atau campur tangan tentera Mesir untuk menyelamatkan keadaan.
Sebenarnya tindakan yang dilakukan oleh tentera Mesir itu bolehlah dimasukkan ke dalam kategori coup d'etat, atau tindakan merampas kuasa atau menjatuhkan sebuah Kerajaan dengan secara kekerasan iaitu secara haram yang tidak dibenarkan oleh undang-undang (sudden overthrow of a government by force or illegal means).
Kini AS sedang berkira-kira untuk campur tangan di dalam negara Syria atas tuduhan untuk membawa keamanan dan menjatuhkan Kerajaan Syria yang didakwa telah menggunakan senjata kimia ke atas para pemberontak, dan untuk mengabui mata dunia dengan tindakannya yang haram itu, maka Presiden Obama menggunakan istilah intervention sekali lagi yang kononnya bertujuan untuk membawa keamanan ke dalam negara Syria dan menyelamatkan rakyat negara tersebut dari regim yang hendak dijatuhkannya itu.
Sebenarnya tindakan yang hendak dilakukan oleh Obama ke atas Syria ini samalah juga dengan tindakan menjatuhkan Kerajaan Saddam Husein di Iraq dalam tahun 2000 oleh Presiden Bush. Istilahnya sama juga iaitu military intervention untuk menyelamatkan rakyat dan orang awam dari senjata, yang di dakwa oleh Bush kononnya di Iraq pada ketika itu terdapat senjata pemusnah besar-besaran, weapon of mess destruction (WMD), yang seharusnya dimusnahkan. Bush berjaya mempengaruhi PBB untuk merestui AS bagi bertindak memusnahkan WMD itu, sedangkan senjata itu tidak pun wujud di Iraq.
Tindakan Obama nampaknya lebih mendahului Bush, kerana PBB sebenarnya baru sahaja mengutip bahan bukti dan sedang melakukan penyiasatan tentang bom kimia dan gas beracun yang dikatakan telah digunakan oleh Kerajaan Syria itu, tetapi Obama telah pun bersiap sedia untuk menyerang Syria, tanpa menunggu keputusan PBB dalam hal ini.
Negara Iraq kini kacau bilau setelah AS bertindak mengkucar kacirkan pentadbiran dan pemerintahannya. Setiap hari kita melihat pembunuhan secara besar-besaran oleh pengikut Syiah dan Sunni, kerana AS meninggalkan Iraq di tangan pemerintahan Syiah. Kini Syria bakal menghadapi hal yang sama, kerana kedua puak Syiah dan Sunni ini akan berhadapan sama sendiri sekali lagi, iaitu kejatuhan Presiden Bashar Al-Asad, bermakna kejatuhan kerajaan Syiah, maka peluang rakyat Sunni memegang kuasa mungkin akan terbuka, lalu akan membuka pintu kepada pengikut Syiah untuk bertindak membalas dendam terhadap puak Sunni.
Percaturan yang dimainkan oleh AS mungkin akan membawa mala petaka yang besar kepada dunia Islam umumnya, dan melegakan Israel yang akan bertindak sesuka hatinya di hadapan kuasa Arab yang lemah dan berpecah belah, malah berbunuhan sama sendiri.
Bagaimana pun sebagai umat Islam, kita seharusnya merasa dukacita dan amat bersalah, kerana perbuatan dan tindakan umat Islam serta Kerajaan negara Islam sendiri telah mengundang musuh untuk masuk campur bagi menjatuhkan kerajaan dan negara Islam itu sendiri.
Di Mesir pada hari ini pun telah kelihatan bunga-bunga api pengeboman dan percubaan membunuh katua-ketua Kerajaan yang dimusuhi oleh lawan politiknya. Kemusnahan harta benda dan nyawa sendiri bakal mengundang campur tangan pihak Barat lagi dalam urusan negara Islam, kerana negara Islam sendiri, tidak mempunyai hikmah untuk menyelesaikan masalah mereka sama sendiri.
Gambar-gambar hitam putih yang saya paparkan di atas telah diambil akhir-akhir tahun enam puluhan, kami nampak gembira dengan Allah Yarham Datuk Asri dan Ustaz Abu Bakar Hanzah, dan gambar dibawanya bersama Allah Yarham Tan Sri Khair Johari ketika mereka melawat kami di sana. Ketika mempunyai luang masa, kami bersiar-siar di Cairo, termasuk berjemur panas di tempat bersejarah, Ahram, semuanya nampak riang, tanpa stress dan tension...
Keadaan kini tentu amat banyak berbeza, kerana pelajar kita di sana mungkin tidak akan merasa gembira lagi disebabkan keadaan keamanan di sana akan menghalang mereka dari meneruskan pengajian mereka di Mesir untuk satu masa yang mungkin panjang.
Itulah bezanya dunia dulu dan sekarang, namun dunia Islam nampaknya semakin parah menghidapi penyakitnya. Lalu kita yang memilih negara tersebut untuk meneruskan pelajaran, nampaknya sama-sama terpalit dengan lumpur yang menghujani mereka itu.
Kita tunggu dan lihatlah apakah yang akan terjadi seterusnya..? Mungkinkah satu masa nanti "Dunia ini akan bebas dari Islam" (A World Without Islam) tulisan Graham E. Fuller, seperti tajuk buku yang saya paparkan disebelah ini...?

Comments
Post a Comment