POLARISASI AGAMA...
Kerisis Agama dan Politik
Pada umumnya kerisis yang berlaku di dunia pada hari ini mungkin tidak mempunyai kaitan dengan agama, sebagai satu kepercayaan manusia kepada Tuhan. Kerisis itu adalah merupakan satu penjelmaan terhadap kerisis politik dan budaya di antara pihak-pihak yang berkerisis.
Sekiranya kerisis di antara manusia adalah berlaku kerana agama, maka kerisis itu mungkin akan dapat di selesaikan oleh pihak-pihak yang berkerisis dengan agak mudah, kerana agama tidak memerlukan daerah, negeri, kuasa dan sebagainya. Malah sekiranya kerisis itu berlaku di antara sesama orang Islam, maka umatnya mengetahui bagaimanakah cara menyelesaikan masalah, mengetahui sempadan akidah dan syariahnya yang boleh berlaku kekhilafan, malah mengetahui batas-batas akhlak dalam Islam ketika berlaku perselisihan, dan bagaimanakah kerisis itu dapat diselesaikan dengan merujuk kepada ajaran agama Islam sendiri.
Masalahnya Islam telah menjelma di dalam berbagai-bagai wajah dan rupa di dalam masyarakat Islam, tegasnya Islam itu "banyak" bukan "satu" bergantung kepada cara hidup dan pentafsiran tentang Islam yang berdasarkan bangsa, negara, ilmu, adat, tradisi, budaya, dan sebagainya, malah berbeza diantara individu dengan individu yang lain.
Masing-masing komuniti atau kelompok Muslim akan mentafsirkan Islam mengikut cita rasanya sendiri, dan akan mengamalkannya mengikut kefahamannya itu, malah mengatakan bahawa kelompok Islam yang lain adalah salah. Malah Islam itu kadang-kadang adalah agama menurut apa-apa "yang difikirkan" oleh kelompok orang Islam itu sendiri.
Inilah sebenarnya Islam yang telah dipolitikkan oleh umat Islam sendiri, dan yang mahu diprojekkan oleh musuh Islam, agar Islam itu tidak akan merupakan agama "yang satu untuk seluruh umat Islam" buat selama-lamanya. Umat Islam berkerisis, berperang dan berbunuh-bunuhan bukan kerana "agama" malah tidak ada kena mengena dengan ajaran agama, tetapi kerana perebutan negeri, kuasa, harta benda, persaingan, permusuhan, cemburu, dengki khianat, dendam kesumat, fanati, taksub dan berbagai-bagai sifat buruk manusia, yang sebenarnya bukan dari ajaran agama itu sendiri.
Lihatlah contohnya yang banyak di sekeliling kita, di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara, malah di antara ketua-ketua negara Islam, di antara individu Muslim dalam satu negara dan daerah, kenapakah mereka berkerisis, adakah kerana agama, atau kerana kepentingan peribadi dan kelompok masing-masing yang tidak mempunyai kaitan dengan ajaran Islam.
Ajaran Islam kadang-kadang hanya diperalatkan untuk kepentingan kelompok dan peribadi sendiri. Dijadikan alasan untuk melepaskan kemarahan dan dendam kesumat sesama sendiri, dan untuk menuntut bela berasaskan hawa nafsu dan emosi jahat sesama sendiri, malah kerana jahi tentang konsep dan ajaran Islam itu sendiri. Itulah agama pada mereka.
Dengan itu ajaran Islam, dan Islam sebagai cara hidup yang sempurna dan lengkap hanya menjadi permainan bibir sahaja, sedangkan dalam realitinya "Islam" itu ialah apa-apa yang difahami oleh golongan yang tertentu, Islam itu hanya kepunyaan jemaah yang tertentu, Islam itu hanya betul mengikut tafsiran "orang" yang tertentu dan sebagainya.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabahnya, Islam itu hanya satu, kemudian pada zaman-zaman berikutnya Islam mulai berubah wajah dan bentuknya, malah sehingga kini Islam telah lahir di dalam kepelbagaian wajah dan rupanya, termasuk rohani dan jasmaninya, teori dan amalinya. akidah dan sistem keimanannya, malah nilai dan ukuran akhlaknya sendiri..
Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam zaman yang penuh dengan polarisasi ini, sehingga agama sendiri menjadi satu elemen polarisasi mengikut tempat, bangsa, kaum, dan peribadi umat Islam itu sendiri, iaitu seluruh umat Islam telah berpecah dalam situasi yang amat ekstrem dan bertentangan sesama sendiri.
Dinegara kita sendiri, tidak pernah berlaku polarisasi agama diantara umat Islam seperti yang berlaku sekarang, iaitu di dalam beberapa dekad terakhir ini, ketika umat Islam di Malaysia mulai terheret ke dalam kencah kerisis politik sempit dan taksub, yang menyingkarkan ilmu dan hikmah, aqli dan naqlinya, malah yang melupakan sama sekali etika dan akhlak Islamiah sebagai umat Islam.
Generasi baru tidak seharusnya dibiarkan mempelajari Islam dari pentas politik, ceramah dan kempen politik pilihan raya, penceramah bebas dan rasmi yang berat sebelah kerana kefahaman politik partisan atau kerana jahil akan ajaran agama yang sebenarnya.
Malah kewajipan umat Islam seluruhnya ialah menghayati dan mendominasikan Islam dalam kefahaman yang sebenarnya sebagai satu agama untuk semua, bukan satu agama mengikut fahaman individu atau kelompok yang tertentu.
Masanya telah tiba untuk kita memahami Islam itu sebagai "satu Islam" bukan Islam yang berbeza-beza...

Comments
Post a Comment