APA YANG NAK DIHARAPKAN DARI DUNIA ISLAM?
Dunia Islam Bergolak. Ribuan pelajar kita yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir, sedang terkapai-kapai untuk menentukan kesinambungan pelajaran mereka di sana yang amat tidak menentu. Mungkin ramai yang terpaksa mengurbankan masa belajar, turun ke peringkat yang lebih rendah dalam tahun pengajiannya sekiranya bertukar universiti, balik meneruskan pengajian di negara kita, atau meneruskan pengajian di negara lain.. Malah ramai pula yang hanya akan kembali ke Mesir dan akan menunggu bilakah sebenarnya pengajian mereka akan dimulai secara teratur semula. Bagaimana pun pelajar-pelajar kita bernasib baik kerana telah diberikan perhatian serius tentang nasib mereka oleh kerajaan kita, iaitu untuk menjamin tempat pengajian mereka seterusnya sekiranya mahu kembali ke negara sendiri. Namun kanak-kanak sekolah dan para pelajar universiti yang tinggal di dalam negara masing-masing yang sedang bergolak, seperti Mesir, Syria, Iraq, Libya, Afghanistan, Somalia, Nigeria dan lain-...