Posts

Showing posts from October, 2010
    KEPELBAGAIAN FATWA ULAMAK : MENGELIRUKAN   The Star pada 1 Julai 2010 yang lalu telah menyiarkan satu berita, yang dipetik dari sumber berita AFP, tentang kuasa mengeluarkan fatwa di Saudi Arabia yang menjadi rebutan para ulamak yang tertentu, sehingga terdapat fatwa yang dikeluarkan amat ganjil dan memeranjatkan. Para ulamak nampaknya bertelingkah tentang siapakah yang berhak mengeluarkan fatwa, dan hal ini saya rasa, merupakan ekoran dari perkembangan yang berlaku di dalam dunia Islam sejak satu dua dekad yang lalu iaitu yang menjadikan fatwa sebagai monopoli golongan yang tertentu, terutamanya golongan radikal yang mengeluarkan fatwa yang berbentuk agak keras, seperti mengharuskan tindakan membunuh orang bukan Islam atas nama "jihad" dan termasuklah tindakan "pengebom berani mati" yang meletupkan dirinya untuk membunuh orang lain yang dianggap musuhnya. Golongan inilah juga yang mengeluarkan fatwa supaya dijatuhkan Kerajaan yang mengikut takrifan mereka ...
        CABARAN TERHADAP ISLAM : APAKAH REAKSI KITA   Penentangan terhadap Islam dan pertembungan Barat dan Islam dari segi agama dan politik, sebenarnya telah lama berlaku, yang dapat ditafsirkan sebagai pertembunga n diantara ideologi sekularisme dan Islam, atau, dalam beberapa segi, pertembungan diantara Kristian dan Islam.   Telah banyak berlaku peristiwa dan gerakan asing yang menunjukkan penentangan terhadap Islam dan para penganutnya yang berlaku selama ini, terutamanya dari dunia Barat, atas nama agama atau politik.   Peristiwa terbaru ialah larangan Kerajaan Switzerland terhadap pembinaan menara bagi bangunan masjid di sana. Sebelum ini banyak cabaran dan penentangan lain yang berlaku, umpamanya dalam tahun 2004, Perancis melarang para pelajar Islam memakai tudung sebagai mematuhi ajaran Islam untuk menutup aurat.   Setelah itu berlaku peristiwa lain, yang bukan hanya merupakan cabaran, malah telah menunjukkan penghinaan terhadap Islam, termasuk penghinaan kepada peri...
AMANAH MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU   Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu tidak lama dulu mengingatkan rakyat tentang keluhuran Perlembagaan negara yang seharusnya dipertahankan demi menjaga keharmonian dan perpaduan, merupakan satu sejarah tersendiri yang luar biasa, kerana hal-hal begini biasanya dibicara dan dikeluarkan oleh kuasa politik yang memerentah negara. Majlis Raja-Raja mungkin merasakan perlu ketika menghadapi kegawatan suasana negara sekarang ini untuk mengeluarkan titah bagi rakyat memahami bahawa Raja-Raja Melayu merupakan tumang pemerentahan negara yang seharusnya dihormati oleh semua lapisan rakyat, terutamanya ketika kuasa politik negara dihujani dengan kepelbagaian cabaran dalaman dan luaran yang menggugat kesetabilan negara. Maka titah Majlis Raja-Raja adalah merupakan sesuatu yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh rakyat dan Kerajaan.   Sejarah negara kita mengemukakan banyak fakta dan peristiwa yang memugkinkan pihak Raja-Raja Melayu mengi...
1MALAYSIA DAN 1UMAT: SERASIKAH KEDUA-DUANYA ? Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, kadang-kadang terfikir saya, apakah relevennya konsep 1 Malaysia untuk menyatu padukan semua keturunan rakyat Malaysia, sedangkan umat Islam dan umat Melayu di negara sendiri berkerisis dan bercakaran? Relevenkah kita membicarakan konsep 1 Malaysia, sedangkan kita sendiri sesama umat dan kaum tidak mengamalkan konsep satu ummah dan satu kaum itu? Kita beccakaran kerana perbezaan ideologi politik dalam isu yang remeh temeh dan isu-isu sampingan yang tidak kena mengena dengan isu dasar dan perssoalan pokok mati hidupnya kita sebagai bangsa dan umat yang mempunyai satu agama? Cukuplah fahaman politik kepartian yang selama ini telah menjadi pendorong kepada perpecahan dan pertelegahan umat kita sehingga kadang-kadang menimbulkan perilaku tuduh menuduh yang bukan-bukan kepada orang lain yang dianggap musuh politik kerana perbezaan parti politik yang disertainya, iaitu tuduhan kafir, murtad, sekular, dan ...
    DALAM PERJALANAN   SEPANJANG PERJALANAN DISTINASI HIDUP TIDAK KETAHUAN APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN ESOK DAN DIBUMI MANAKAH INSAN AKAN BERPERGIAN? KEPERGIAN BUAT SELAMA-LAMANYA (2) MANUSIA MERANCANA UNTUK ESOK SEGALA PERSIAPAN TELAH DIPASTIKAN SEGALA PERSEDIAAN TELAH TERATUR ESOK TIBA DIA TERSEKAT UZUR MENDATANG TIDAK DIDUGA ATAU TERSADAI DI TENGAH PERJALANAN KENDERAAN BERHENTI KEROSAKAN PERANCANGAN TINGGAL RENCANA TERABAI TIDAK TERLAKSANA. INAI DAN CELAK DIPAKAI PENGANTIN BAJU SUTERA BERKERAWANG TERPASANG INDAH DI BADAN ADA KALANYA TIDAK MENJADI PENGANTIN HANYA MENUNGGU KESEORANGAN   (3) PERJALANAN INI AMAT LUAS DAERAHNYA PANJANG LIKU-LIKUNYA PELUSUK BUMI TIDAK BERSEMPADAN HUTAN RIMBA GURUN PADANG PASIR LAUTAN LUAS GUNUNG GANANG MELONJAK MEMBELAH AWAN DAN ANGKASA SERBA LEPAS DI MANAKAH MANUSIA BERADA KETIKA KEMATIANNYA TIDAK ADA YANG MENGETAHUI HANYALAH ALLAH YANG MENENTUKAN (4) MANUSIA DALAM PERJALANAN YANG PANJANG ATAU HANYA SELANGKAH PENDEK MERENCANA DAN MERANCANG BERIKHTIAR...
SEMANGAT PATROITIK - ALANGKAH BAIKNYA Para ahli sukan kita yang mengambil bahagian di Sukan Komanwel di India seharusnya mendapat penghargaan yang tinggi dari seluruh masyarakat Malaysia. Pertama kerana mereka telah meraih kemenangan yang membanggakan, 12 pingat emas, yang kedua kerana mereka telah berjaya menunjukkan contoh terbaik kepada dunia tentang kesepaduan bangsa Malaysia, walau pun nama-nama mereka menunjukkan keturunan etnik mereka masing-masing, tetapi mereka tetap mewakili negara sebagai rakyat dan bagsa Malaysia. Mereka semuanya menunjukkan semangat patriotik dan perjuangan yang kental untuk negara. Paling membanggakan ialah ketika lagu kebangsaan Negaraku dimainkan, serentak dengan menjulangnya Jalur Gemilang setiap kali mereka memenangi pingat emas, maka pemenang yang berdiri megah di atas pentas dengan kialuan pingat masnya, akan dengan sepontan turut melagukan lagu kebangsaan itu, dengan gerak geri bibirnya melafazkan setiap patah perkataan yang menjadi lirik l...
KEPANDAIAN MANUSIA Tak kira bangsa dan agama apa, manusia amat pintar dan berjaya sekiranya mahu menggunakan akal kurniaan Allah SWT. 33 orang yang terperangkap di lombong bawah tanah, amat dalam ke bawah, sehingga ke saat ini beberapa orang di antaranya telah berjaya diselamatkan setelah berada di bawah sana selama 69 hari. 69 hari bukanlah masa yang singkat untuk seorang manusia hidup dalam suasana dan "dunia" begitu, yang terasing, terkurung, tanpa "tamadun" tanpa udara bersih, tanpa minuman dan makanan yang sama dengan makanan biasa bagi manusia dan haiwan memakannya dengan mewah seperti di "dunia" biasa, tambahan pula mereka jauh terpisah dari sanak saudara, orang tersayang, dan masyarakat manusia lain seperti yang sering di temui saban hari dalam dunia biasa. Tetapi manusia di luar, masih dapat memikirkan sesuatu usaha untuk mereka merasakan bahawa "dunia" ini masih ada untuk mereka, meskipun mereka sebenarnya hidup seperti dalam dunia ...
KEMALANGAN BAS YANG MENGERIKAN... Mengikut berita akhbar, 12 nyawa telah terkorban dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan 2 buah bas dan beberapa buah kereta semalam. Bas itu dikatakan dipandu laju, cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi tidak berjaya, lalu meluncur dengan terhoyong hayang, melanggar pembahagi lebuh raya, dan melambung ke langit, lalu jatuh di atas lebuh raya yang bertentangan, menghempap kenderaan lain, dan akibatnya 12 orang terkorban, dan banyak lagi yang cedera, sesetenghnya tenat. Perkara ini berlaku dengan kehendak Allah, yang meninggal sudahlah ajal, yang cedera dan selamat juga adalah kehendak Allah. Hal ini haruslah diterima. Tetapi manusia diberikan Allah SWT akal fikiran, ikhtiar dan usaha untuk mengelakkan balak bencana, bukan hanya berserah bulat-bulat tanpa ikhtiar dan usaha dengan akal fikiran dan kekuatan yang juga dikurniakan Allah kepada manusia itu. Kalau kita tidak mahu lemas ketika jatuh di dalam laut, kita hendaklah belajar berenang, supaya k...
TAK PERLULAH GOPOH-GOPOH Memang tidak dapat dinafikan apabila seorang wakil rakyat, DUN atau Parlimen, meninggal dunia, maka pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa yang tertentu mengikut undang-undang yang diamalkan di negara kita. Bagaimana pun sebaik-baiknya, pihak parti-parti politik bersabarlah sedikit apa bila mendengar sahaja kematian itu, iaitu tidaklah perlu bergopoh gapah membuat pengumuman untuk segera merebut kursi yang kosong itu. Nampaknya yang berlaku sekarang ini ialah keghairahan jurucakap parti, atau para pengikut dan penyokongnya yang akan segera membuat kenyataan bahawa mereka akan merebut kekosongan itu, seolah-olah esok atau lusa akan diadakan pilihan raya kecil bagi menggantikan anggota yang meninggal itu. Seelok-eloknya tunggulah sekejap, bersabarlah untuk merebut kekosongan yang ditinggalkan itu, kerana yang berlaku sekaang, nampaknya apa yang berlaku sekarang ini, ketika mayat masih berlum dikebumikan lagi, atau baru dikebumikan, seddangkan para keluarga si...

MODERATION : Memang kalau semua orang bersikap pertengahan dan moderat, alam ini tentulah menjadi aman damai. Sebab orang bersikap ekstrem dan melampau itulah yang menyebabkan alam ini kacau bilau, berlaku peperangan, pertumpahan darah, pembunuhan dan seribu satu keganasan lain lagi. Akhir-akhir ini pun kita lihat di dalam negara kita, para pelampau kaum, agama dan sebagainya mulai menimbulkan rasa perkauman dan “racial” serta sentimen keagamaan yang melampau di dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan ketegangan yang tidak seharusnya berlaku. Saya melihat hal ini sering dimulakan oleh ahli-ahli politik dan pemimpin NGO yang melampau dan bersifat perkauman yang melulu. Nampaknya aliran pelampau dan ekstrem ini, di kalangan segelintir golongan kaum dan politik, mulai mengambil jalan berat sebelah, iaitu sekiranya dibangkitkan satu isu yang menimbulkan rasa perkauman terhadap orang Melayu dan bumiputra, nampaknya hal ini tidak sangat menjadi masalah, tetapi sedikit sahaja dibangkitkan rasa perkauman terhadap bukan Melayu dan bukan bumiputra, maka habis satu negara riuh rendah. Demikian juga sekiranya ditimbulkan isu yang menentang Kerajaan dan agensi atau institusi Kerajaan (terutamanya dari pihak Pembangkang) maka nampaknya tidak banyak sangat timbul rasa gelisah di dalam masyarakat kita. Tetapi apabila ditimbulkan sesuatu mengenai pembangkang umpamanya, maka hal ini menjadi isu besar. Inilah trend yang berlaku di dalam masyarakat kita pada masa kini, yang saya rasa amat strategik untuk menimbulkan kegelisahan dan ketegangan di dalam perhubungan kaum, atau pertentangan ideologi politik partisan yang melulu sehingga membawa kepada perpecahan rakyat umumnya, khususnya yang sering bersikap sederhana, yang ingin berada di pertengahan, ingin melihat kepada perkembangan politik dengan pandangan yang objektif dan seimbang, bukan partisan melulu dan bukan perkauman yang amat fanatik. Oleh itu seruan Perdana Menteri kepada dunia antarabangsa supaya kita dapat mewujudkan golongan sederhana, golongan moderat di dalam dunia pada hari ini amatlah tepat pada masanya. Tetapi sebelum itu, seruan ini haruslah kita laksanakan di negara kita terlebeh dahulu dalam kegawatan sosial dan politik yang sedang bergolak sekarang ini. Saya rasa semua pihak, termasuk ahli-ahli politik, aktivis sosial, pemimpin NGO, pemimpin kaum, dan lain-lain haruslah berhenti dari kempen-kempen perkauman dan politik partisan sempit ini. Wujudkan masa bertenang, dan bekukan sebarang usaha menghasut dan membangkitkan isu-isu provokotif yang boleh menyalakan api perkauman dan agama, serta yang boleh menimbulkan ketegangan tanpa sebab di kalangan rakyat yang majoritinya inginkan perdamaian. Saya cadangkan di adakan majlis dialog secara tertutup diantara Kerajaan dan pembangkang, diantara NGO yang mewakili kaum dan agama, diantara ketua-ketua komuniti pelbagai kaum, dibincangkan dengan penuh ikhlas apakah isunya yang menjadi isu sebenar negara pada masa kini. Semua yang mengambil bahagian mestilah ikhlas dan berhikmah, bincang secara yang bertamadun, letakkan kepentingan negara di atas segala-segalanya, letakkan kepentingan politik negara yang sihat di atas politik partisan yang sempit. Wujudkan “cooling off period” ini sekarang, dan jauhkan dari lapuran tidak bertanggung jawab sama ada oleh media utama atau media alternatif. Semua rakyat cubalah tunjukkan sifat ikhlas dan jujur, sebelum kita menjadi terlalu lambat, dan semua pihak haruslah menyahut cadangan PM itu di dalam rumah tangga kita sendiri, sebelum menceritakan hal orang lain. Imej keamanan negara kita yang sekian lama menjadi model kepada dunia luar, kini nampaknya mulai terhakis, mulai tercemar, oleh perbuatan kita sendiri, oleh orang-orang yang hanya mementingkan diri atau kelompoknya. Eloklah kita segera tengadah sebelum terantuk. Segera kita mengambil tindakan sebelum nasi menjadi bubur. Selamatkan negara dan bangsa kita.

Mem
    Apa Bezanya Antara Orang Mengutuk Kita Dan Kita Mengutuk Sesama Sendiri ??   Ketika kita membicarakan tentang penghinaan yang kita rasakan, iaitu penghinaan terhadap kita umat Islam dan agama kita, ketika musuh atau orang bukan Islam menghina, mengata nista dan memfitnahkan kita, maka apakah bezanya ketika kita sendiri mengutuk sesama Islam, mengata nista kepada saudara-saudara kita orang Islam, malah dengan itu menghina Islam dan penganutnya. Apakah bezanya? Apakah bezanya penghinaan yang dilemparkan kepada kita dengan penghinaan yang kita lemparkan sesama sendiri, sesama agama, dan sesama umat? Apakah bezanya? Apakah bezanya kesakitan rasa dan hati kita ketika orang lain menghina kita, dengan kesakitn dan kepedihan hati kita kita dihina dan dinista sesama sendiri?? Tentulah tidak ada bezanya orang luar atau orang bukan Islam menghina Islam sebagai agama kolot dan kuno dengan tuduhan kita kepada sesama kita sebagai orang Islam yang tidak beraga...
BACALAH...DENGAN NAMA TUHAN MU YANG MENCIPTA... Mungkin dalam dunia ini orang yang membaca lebeh banyak dari orang yang menulis. Sebab itulah agama kita menerangkan tentang risalah utama Islam, iaitu "baca", kerana membaca pada pandangan saya mungkin lebeh mudah daripada menulis. Untuk mencipta generasi membaca, tentulah kita memerlukan pelajaran, dan pelajaran itu pula mestilah meluas, iaitu dengan harapan bahawa setiap orang manusia yang dilahirkan di dalam sebuah masyarakat itu, akan dapat belajar membaca dan menulis. Dalam hal inilah agaknya, dari kajian yang dijalankan selama ini, nampaknya peratusan orang yang boleh membaca di dalam negara-negara membangun, termasuk di dalam dunia Islam, adalah masih rendah kerana pengajaran dan pendidikan belum meluas di kalangan masyarakat itu disebabkan beberapa faktor yang tertentu seperti kemiskinan, kedudukan penempatan penduduk yang berada di pendalaman, kekurangan sekolah, kekurangan guru dan sebagainya. Dalam masyarakat Islam,...