BACALAH...DENGAN NAMA TUHAN MU YANG MENCIPTA...
Mungkin dalam dunia ini orang yang membaca lebeh banyak dari orang yang menulis. Sebab itulah agama kita menerangkan tentang risalah utama Islam, iaitu "baca", kerana membaca pada pandangan saya mungkin lebeh mudah daripada menulis. Untuk mencipta generasi membaca, tentulah kita memerlukan pelajaran, dan pelajaran itu pula mestilah meluas, iaitu dengan harapan bahawa setiap orang manusia yang dilahirkan di dalam sebuah masyarakat itu, akan dapat belajar membaca dan menulis.
Dalam hal inilah agaknya, dari kajian yang dijalankan selama ini, nampaknya peratusan orang yang boleh membaca di dalam negara-negara membangun, termasuk di dalam dunia Islam, adalah masih rendah kerana pengajaran dan pendidikan belum meluas di kalangan masyarakat itu disebabkan beberapa faktor yang tertentu seperti kemiskinan, kedudukan penempatan penduduk yang berada di pendalaman, kekurangan sekolah, kekurangan guru dan sebagainya.
Dalam masyarakat Islam, iaitu masyarakat yang benar-benar menghayati ajaran Islam, sepatutnya tidak ada orang yang buta huruf di dalam masyarakat Islam itu, kerana ajaran pertama yang kita terima ialah suruhan atau perentah membaca, dan umat Islam seharusnya mestilah berusaha melaksanakan perentah Allah ini sama seperti kita menunaikan kewajipan agama yang lainnya.
Al-Quran juga sebenarnya menekankan tentang kebolehan manulis. Segala perjanjian, termasuk antara orang yang menjalankan urusan hutang piutang, maka perjanjian haruslah dibuat dalam bentuk bertulis.
Pendeknya kita sebagai orang Islam, haruslah menguasai ilmu dan kemampuan menulis dan membaca, sungguh pun kita akui bahawa bukan semua orang yang pandai berbicara, atau bersyarah itu mempunyai bakat menulis.
Dunia maya atau dunia ICT pada hari ini benar-benar membuka peluang mendapatkan ilmu bagi orang yang mahu membaca dan menulis. Cuma tulisan maya, blog, email dan sebagainya kadang-kadang dimasuki oleh orang-orang yang tidak berilmu, atau yang cetek ilmu, yang tidak beretika dan bermoral, yang emosional dan sebagainya, maka tulisan dalam wadah teknologi moden ini pun sering disalah gunakan, penuh dengan sampah sarap, dendam kesumat, fitnah, hasutan dan sebagainya yang amat tidak bermoral.
Oleh itu membaca apa-apa saja seperti buku, akhbar, web, blog dan sebagainya, bukanlah hanya sekadar membaca, malah membaca haruslah tunduk kepada prinsip-prinsip akhlak dan moral, nilai-nilai yang baik dan penuh panduan syariah, akidah dan peradaban serta tamadun.
Sebab itulah ketika Allah SWT menghantar Jibril untuk menyampaikan wahyu pertama kepada utusan-Nya Muhammad SAW, maka ayat pertama yang diturunkan bukan hanya sekadar "Iqra' – Bacalah" malah diteruskan dengan pengertian dan konsep membaca itu, iaitu seperti yang diterangkan oleh ayat ini seterusnya "Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekelian makhlok)......dan seterusnya "dengan nama Tuhan yang mengajar melalui pena dan tulisan....."
Peringatan ini seharusnya menjadi panduan untuk kita yang membaca apa saja, termasuk membaca blog yang ditulis oleh segala macam pemikiran dan mata hati manusia, haruslah berhati-hati...
Saya menulis juga di dalam majalah Al-Islam setiap bulan, majalah Dakwah yang baru diterbitkan semula oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, dan dalam beberapa majalah DBP, serta laman web yang tertentu, termasuk blog saya ini. Saya tidak mendakwa bahawa apa yang saya tulis itu semuanya betul dan baik, kerana saya hanya menulis mengikut apa yang saya fikirkan betul mengikut kemampuan ilmu dan pengalaman saya. Namun bagaimana sekali pun tanggapan para pembaca, saya mengucapkan selamat membaca !
Memang Prof seorang penulis yang amat seimbang, tidak berat sebelah dan menghasilkan tulisan berilmiah. Tetapi saya "miss" kolum Prof, kerana nampaknya akhbar tidak lagi menyiarkan tulisan Prof. Saya harap Prof terus menyambung kolum itu untuk tatapan banyak orang yang meminati tulisan Prof. Wassalam
ReplyDeleteTidak dinafikan membaca itu asas segala galanya, tetapi ada yang membaca tidak dengan nama Allah (perintah Allah).
ReplyDeleteDemikian juga dengan menulis. Ada orang yang menulis sembunyikan ayat ayat Allah termasuk tidak patuh perintah Allah.
Atas sebab itu, ada orang yang banyak membaca tapi tidak tahu yang mana kaca dan yang mana intan atau dengan kata lain yang baik dikata taksub dan jahat dipuji.
Memang manusia begitulah, bukan semuanya betul dan perfect. Yang menjadi masalah dalam kalangan kita ini, ada orang yang merasa dirinya betul semua, dan orang lain semuanya tak betul, inilah puncanya kita berpecah belah sesama Islam, dan orang lain bersorak melihat kita.
ReplyDeleteModerate Muslim,
ReplyDeleteAda dua perkara yang nak saya cakapkan disini.
Pertama mengenai ada orang yang merasa dirinya betul semua dan orang lain semuanya tak betul.
Siapa mereka ini? tak lain dan tak bukan ialah orang umno.
Mengapa saya cap orang Umno? mereka berkata, orang lain tak layak memerintah negara ini dan dia saja yang layak.
Kedua, mengapa kita berpecah sesama Islam? tidak lain dan tidak bukan adanya orang Melayu menjadi tali barut penjajah.
Selepas merdeka, orang umno halalkan judi. Lebih parah lagi orang Umno tak kasih pada orang yang tidak menyokong partinya.
Tiada kasih sayang antara orang Umno dengan orang yang menyokong parti selain daripada Umno.
Bukan setakat tiada kasih sayang antara mereka malahan orang Umno tergamak melakukan kezaliman, termasuk tidak memberi bantuan kepada yang kurang bernasib baik yang tidak sokong umno.
Yang paling zalim sekali menarik balik royalti minyak 5 peratus yang diberi kepada negeri Terengganu apabila Terengganu diperintah oleh PAS.
inilah punca orang melayu/Islam berpecah dan tak mustahil akan berpadu balik jika berlandaskan Islam yang syumul.
Kita kena ingat percahan Orang China lebih buruk dan busuk berbanding dengan orang Melayu, tetapi perpecahannya menjadi rahmat dan jalan mudah untuk memerintah negara Malaysia ini.
China Malaysia ada MCA, ada Gerkan ada DAP dan ada parti china yang baru ditubuhkan sebagai trategi serampang sepuluh mata disamping 900 NGO yang menjurus hala tuju untuk merampas negara ini dari tangan orang Melayu.