MODERATION : Memang kalau semua orang bersikap pertengahan dan moderat, alam ini tentulah menjadi aman damai. Sebab orang bersikap ekstrem dan melampau itulah yang menyebabkan alam ini kacau bilau, berlaku peperangan, pertumpahan darah, pembunuhan dan seribu satu keganasan lain lagi. Akhir-akhir ini pun kita lihat di dalam negara kita, para pelampau kaum, agama dan sebagainya mulai menimbulkan rasa perkauman dan “racial” serta sentimen keagamaan yang melampau di dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan ketegangan yang tidak seharusnya berlaku. Saya melihat hal ini sering dimulakan oleh ahli-ahli politik dan pemimpin NGO yang melampau dan bersifat perkauman yang melulu. Nampaknya aliran pelampau dan ekstrem ini, di kalangan segelintir golongan kaum dan politik, mulai mengambil jalan berat sebelah, iaitu sekiranya dibangkitkan satu isu yang menimbulkan rasa perkauman terhadap orang Melayu dan bumiputra, nampaknya hal ini tidak sangat menjadi masalah, tetapi sedikit sahaja dibangkitkan rasa perkauman terhadap bukan Melayu dan bukan bumiputra, maka habis satu negara riuh rendah. Demikian juga sekiranya ditimbulkan isu yang menentang Kerajaan dan agensi atau institusi Kerajaan (terutamanya dari pihak Pembangkang) maka nampaknya tidak banyak sangat timbul rasa gelisah di dalam masyarakat kita. Tetapi apabila ditimbulkan sesuatu mengenai pembangkang umpamanya, maka hal ini menjadi isu besar. Inilah trend yang berlaku di dalam masyarakat kita pada masa kini, yang saya rasa amat strategik untuk menimbulkan kegelisahan dan ketegangan di dalam perhubungan kaum, atau pertentangan ideologi politik partisan yang melulu sehingga membawa kepada perpecahan rakyat umumnya, khususnya yang sering bersikap sederhana, yang ingin berada di pertengahan, ingin melihat kepada perkembangan politik dengan pandangan yang objektif dan seimbang, bukan partisan melulu dan bukan perkauman yang amat fanatik. Oleh itu seruan Perdana Menteri kepada dunia antarabangsa supaya kita dapat mewujudkan golongan sederhana, golongan moderat di dalam dunia pada hari ini amatlah tepat pada masanya. Tetapi sebelum itu, seruan ini haruslah kita laksanakan di negara kita terlebeh dahulu dalam kegawatan sosial dan politik yang sedang bergolak sekarang ini. Saya rasa semua pihak, termasuk ahli-ahli politik, aktivis sosial, pemimpin NGO, pemimpin kaum, dan lain-lain haruslah berhenti dari kempen-kempen perkauman dan politik partisan sempit ini. Wujudkan masa bertenang, dan bekukan sebarang usaha menghasut dan membangkitkan isu-isu provokotif yang boleh menyalakan api perkauman dan agama, serta yang boleh menimbulkan ketegangan tanpa sebab di kalangan rakyat yang majoritinya inginkan perdamaian. Saya cadangkan di adakan majlis dialog secara tertutup diantara Kerajaan dan pembangkang, diantara NGO yang mewakili kaum dan agama, diantara ketua-ketua komuniti pelbagai kaum, dibincangkan dengan penuh ikhlas apakah isunya yang menjadi isu sebenar negara pada masa kini. Semua yang mengambil bahagian mestilah ikhlas dan berhikmah, bincang secara yang bertamadun, letakkan kepentingan negara di atas segala-segalanya, letakkan kepentingan politik negara yang sihat di atas politik partisan yang sempit. Wujudkan “cooling off period” ini sekarang, dan jauhkan dari lapuran tidak bertanggung jawab sama ada oleh media utama atau media alternatif. Semua rakyat cubalah tunjukkan sifat ikhlas dan jujur, sebelum kita menjadi terlalu lambat, dan semua pihak haruslah menyahut cadangan PM itu di dalam rumah tangga kita sendiri, sebelum menceritakan hal orang lain. Imej keamanan negara kita yang sekian lama menjadi model kepada dunia luar, kini nampaknya mulai terhakis, mulai tercemar, oleh perbuatan kita sendiri, oleh orang-orang yang hanya mementingkan diri atau kelompoknya. Eloklah kita segera tengadah sebelum terantuk. Segera kita mengambil tindakan sebelum nasi menjadi bubur. Selamatkan negara dan bangsa kita.

Mem

Comments

  1. Prof:

    Tun Mahahtir Mohamad berkata "nasi sudah jadi bubur"

    Tun Nampak, tapi Prof: tak nampak nasi sudah jadi bubur.

    Saya setuju dengan pendapat Tun Mahathir. Sangat tidak setuju dengan pendapat Prof yang masih tak puashati dengan orang politik pembangkang.

    Yang peliknya sangat setuju dan puashati dengan orang politik kerajaan yang terang terang tiada niat hendak melaksanakan Islam.

    ReplyDelete
  2. Hai, dunia, apa nak jadi, ada orang yang tak faham langsung tulisan Prof ini tapi nak komen. Nonsense ! Mana ada faktanya tentang para akhir komen Dolah Ngah ni? Kenapa nak heret semua orang ke dalam politik kerajaan atau pembangkang? Tak ada benda lain kah dalam dunia Malaysia ni selain dari politik kepartian yang sempit dan angkuh tu? Bacalah balik, faham betul-betul, ingat Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, hendaklah dia berkata sesuatu yang baik, atau diam sahaja"....Aapa agaknya nak jadi kepada para pengikut pembangkang totok ni...???????

    ReplyDelete
  3. Sokong Anamin, tapi bagi peluanglah kepada Abdullah Anagh ustaz hebat kita mengeluarkan pandangan, sungguh pun nampaknya dia tak faham sangat apa yang Dr Ismail tulis, kan kita negara demokrasi, biarlah dia buat kenyataan yang saya rasa bukan ditujukan kepada penulis blog, tapi umum untuk musuh2 politiknya, tambahan pula dia penyokong Tun Mahathir !! Ini dah hebat, dan berani.

    ReplyDelete
  4. anamin dan moderate muslim,

    Perangai orang duduk dalam kerajaan memang begitu.

    Begitulah apa yang berlaku. Berada dalam kerajaan atau parti umno ke,mca, ke mic ke jahat dikatakan baik.

    Duduk dalam parti pembangkang dalam pas ke dalam PKR ke baik dikatakan jahat.

    Semua orang boleh bercakap, tapi cakap biarlah rasional jangan sekali mengikut "citarasa" kerana citarasa itu ikut hawa nafsu.

    Saidina Umar RA pernah berkata yang bermaksud: suatu hari nanti ulamak juga, akan bercakap ikut hawa nafsu.

    Itu ulamak. Apalah sangat dengan orang awam yang kebanyakannya ingkar dengan perintah Allah, termasuk takwil itu dan takwil ini sehingga jadi haru biru dan mengelirukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....