SEMANGAT PATROITIK - ALANGKAH BAIKNYA

Para ahli sukan kita yang mengambil bahagian di Sukan Komanwel di India seharusnya mendapat penghargaan yang tinggi dari seluruh masyarakat Malaysia. Pertama kerana mereka telah meraih kemenangan yang membanggakan, 12 pingat emas, yang kedua kerana mereka telah berjaya menunjukkan contoh terbaik kepada dunia tentang kesepaduan bangsa Malaysia, walau pun nama-nama mereka menunjukkan keturunan etnik mereka masing-masing, tetapi mereka tetap mewakili negara sebagai rakyat dan bagsa Malaysia.

Mereka semuanya menunjukkan semangat patriotik dan perjuangan yang kental untuk negara. Paling membanggakan ialah ketika lagu kebangsaan Negaraku dimainkan, serentak dengan menjulangnya Jalur Gemilang setiap kali mereka memenangi pingat emas, maka pemenang yang berdiri megah di atas pentas dengan kialuan pingat masnya, akan dengan sepontan turut melagukan lagu kebangsaan itu, dengan gerak geri bibirnya melafazkan setiap patah perkataan yang menjadi lirik lagu kebangsaan, yang penuh maknanya itu.

Inilah sebenarnya gambaran hakikat rakyat Malaysia berbilang kaum dan etnik, yang penuh dengan taat setia kepada negara, yang amat mesra sesama sendiri dan yang dengan ikhlasnya berusaha mengharumkan nama negara, bukan hanya dengan pencapaian di gelanggang sukan, tetapi dalam menggambarkan imej negara dan rakyatnya sebagai satu masyarakat yang aman damai, berpadu dan bermesra, hormat menghormati, dan kepelbagaian gambaran positif lainnya yang menunjukkana semangat setia kawan dan patriotik yang amat tinggi di depan mata dunia itu.

Alangkah baiknya sekiranya kita dapat melihat semangat kemesraan dan kesepaduan ini di dalam masyarakat kita keseluruhannya, terutamanya di kalangan para pemimpin dan pengikut parti-parti politik kita keseluruhannya, khususnya pada akhir-akhir ini, ketika kita sering menyaksikan segelintir rakyat dan para pemimpin politik membangkitkan gejala perkauman dan sentimen agama yang melulu, yang mewujudkan ketegangan di dalam negara, yang seolah-olah menyiram minyak petrol ke atas bara api yang sedang dihidupkan oleh orang-orang tertentu.

Malah dalam masa yang sama, imej negara kita juga sering dimomok-momokkan di luar, diburuk-burukkan di kalangan masyarakat dunia lain, khususnya oleh orang-orang yang berkepentingan, orangg-orang kita sendiri, dengan tujuan yang hanya diketahui oleh Allah dan orang itu sendiri sahaja.

Alangkah baiknya kalau pemimpin-peminpin kita dapat mempelajari dari ahli-ahli sukan kita untuk menjelma menjadi rakyat yang ikhlas, bersepadu dan bersemangat patriotik seperti mereka. Alangkah baiknya .......Alangkah baiknya...........

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....