TAK PERLULAH GOPOH-GOPOH

Memang tidak dapat dinafikan apabila seorang wakil rakyat, DUN atau Parlimen, meninggal dunia, maka pilihanraya kecil akan diadakan dalam masa yang tertentu mengikut undang-undang yang diamalkan di negara kita.

Bagaimana pun sebaik-baiknya, pihak parti-parti politik bersabarlah sedikit apa bila mendengar sahaja kematian itu, iaitu tidaklah perlu bergopoh gapah membuat pengumuman untuk segera merebut kursi yang kosong itu.

Nampaknya yang berlaku sekarang ini ialah keghairahan jurucakap parti, atau para pengikut dan penyokongnya yang akan segera membuat kenyataan bahawa mereka akan merebut kekosongan itu, seolah-olah esok atau lusa akan diadakan pilihan raya kecil bagi menggantikan anggota yang meninggal itu.

Seelok-eloknya tunggulah sekejap, bersabarlah untuk merebut kekosongan yang ditinggalkan itu, kerana yang berlaku sekaang, nampaknya apa yang berlaku sekarang ini, ketika mayat masih berlum dikebumikan lagi, atau baru dikebumikan, seddangkan para keluarga si mati masih berdukacita, para ketua parti politik, telah pun berkira-kira strategi dan potensi calon dan partinya untuk memenangi kursi yang kosong itu.

Memang parti politik boleh bertindak demikian, boleh membuat apa-apa sahaja pengumuman untuk bertanding dan merebut kekosongan itu, tetapi dari segi moral dan akhlak, atau etika kemanusiaan, tindakan gopoh gapah ini menunjukkan sikap yang tidak sabar, dan seolah-olah tidak bersimpati dengan orang yang baru meninggal itu, dan tidak pula merasakan betapa sedih nya hati para ahli keluarga yang terbabit.

Comments

  1. Mungkin terlalu taksub dengan parti kerajaan Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim lupa dengan sirah kewfatan Nabi Mohammad SAW.

    Atas sebab itulah Prof Datuk Dr nasihat orang politik supaya jangan gopoh gapah dan ghairah sangat untuk angkat pemimpin baru.

    Memang baik nasihat jangan gopoh gapah itu, kerana gopoh gapah itu sifat syaitan iblis demikian juga ghairah.

    Apakah orang politik hari ini boleh dicop gopoh gapah dan ghairah apabila mati seseorang wakil rakyat.

    Mungkin mereka punya semangat yang lebih berdasarkan kewafatan Nabi Mohammad SAW yang mana sahabat sahabat dengan pantas mengadakan syura untuk mengganti khalifah baru.

    Gopoh gapah ke atau ghairah ke orang politik bersegera berbuat demikian sedangkan islam sendiri menggalakkan bersegera memilih pemimpin baru sepertimana yang dibenarkan Islam.

    ReplyDelete
  2. Saya memang sokong pandangan Abdullah Ngah kalau kita nak ikut tradisi ketika kewafatan Rasulullah SAW yang para sahabat segera mengadakan pertemuan untuk memilih penggantinya. Saya fikir hal ini semua orang tahu. Tetapi itu siapa? Khalifah, ketua negara, pengganti Rasulullah. Yang dimaksudkan penulis blog ini saya rasa ialah wakil rakyat yang meninggal, kenapakah harus tergopoh gapah nak tunjuk jaguh oleh parti-parti politik nak hebohkan sangat, bukankah negara kita ada undang2 bila nak adakan pilihan raya kecil, bila nak namakan calon dan sebagainya itulah maksud Dr. Ismail. Kenapakah ustaz Abdullah ni nak perangsangka sangat kepada Dr Ismail? Nampaknya macam dendam sehingga semua komennya terhadap Dr Ismail merupakan fitnah kosong? Tahukah Abdullah Ngah yang di Ismail rapat dengan semua orang, semua ketua parti politik, semua ahli parti, termasuk parti pembangkang. Tok Guru Nik Aziz mesra dengannya, Dr Harun Din kawannya, Nasaruddin Mat Isa bekas kawan satu universiti dengannya, Anwar Ibrahim kenal dia, Aabdul Fatah Harun abang iparnya? Kenapakah nak benci sangat kepadanya? Apakah dia pernah jadi wakil rakyat UMNO? Pernah jadi Menteri, atau ejen politik siapa2? Inilah namanya komen yang meruntuhkan akhlak dan moral umat. Kita mahu orang yang tahu agama, dan pada masa yang sama berakhlak serta bermoral tinggi. Komen Abdullah Ngah banyak sangat prajudis, macam orang yang tidak bertamadun. Saya tidak hendak bela sesiapa, tetapi saya nak bangunkan minda politik umat Islam yang sihat dan membina. Bersatu padu, bukan sentiasa hendak memecah belahkan umat kita. Saya harap tiada ada sesiapa yang akan melayan kerenah dan perangai buruk UstaZ besar kita yang bernama Abdullah Ngah ini. Dia tidak menghargai sesiapa pun selain dari dirinya sendiri. Dia baca yang negatif saja, tatapi tidak berusaha membaca yang positif kerana sifat dan sikap prasangkanya terhadap orang lain.

    ReplyDelete
  3. Adik ipar Fatah Harun??? Betulkah? Habis kenapa Abdullah Ngah tak tau?? Bukankah dia tahu semua politik negara dan semua orang di Malaysia ni??? Macam mana orang "taksub" UMNO boleh beripar orang PAS?

    ReplyDelete
  4. tersangat tidak betul mengatakan yang saya ini benci atau prejudis pada Prof DR Ismail Ibrahim.

    Saya berkata benar dan tulisan yang dipapar silap besar dan orang menyokong pun silap besar.

    menyelesaikan mayat juga hendak disegerakan tidak boleh dilengah lengahkan langsung.

    Ketika menurunkan mayat dari rumah anak atau adik atau abang si mata harus bertanya dengan berkata sesiapa yang ada hutang dengan simata sila beritahu.

    Hutang tak kira sama ada wang ke janji ke atau apa apa pun yang ada kaitan dengan si mata hendak disegera.

    Anak bertanggungjawab untuk membayarnya. Apa tah lagi wakil rakyat yang meninggal dunia. Mereka mungkin banyak hutang termasuk hutang janji dengan rakyat yang belum tertunai.

    Siapakah yang akan melunaskan hutang itu? pasti wakil rakyat yang akan dpilih nanti. Namun bersegera mengadakan pilihanraya kecil sangat dituntut.

    Soal ssiapa Prof Dr Ismail adik ipar ke abang ke menantu anak ke atau baik dengan Dr Harun Din ke atau baik dengan Nik Aziz tak boleh dijadikan hujah.

    Kerana sejarah telah membuktikan siapa abu lahad, siapa Abu jahal, siapa Abdul muttalib dengan Rasulullah SAW.

    Soal baik dengan puncuk kepimpinan janganlah dijadikan hujah kerana ia mengambarkan tak rasionalnya seseorang.

    Bagi saya yang betul ok dan yang salah tak ok. Tak kira siapa mereka. Ulamak ke. Kecuali Rasulullah SAW dia maksum yang tidak boleh kita buruk sangka dan kita kena baik sangka.

    Yang hitam tetap hitam yang putih tetap putih.

    ReplyDelete
  5. Saudara2, nasihat saya kepada semua tak usahlah bertikai, kerana kita semuanya bukan perfect, sempurna, semua orang melakukan kesalahan, berdosa, tetapi yang paling baik diantara orang yang membuat salah itu ialah yang bertaubat, tak ulang lagi perbuatan yang silap salah. Kita semua kepunyyan Allah, Islam adalah agama kita semua, bukan parti politik mana2 pun yang merupakan agama kita. Parti politik hanya merupakan kenderaan untuk kita tunggangi, naiklah kereta mana sekali pun, masing2 berhak pilih kereta apa yang dia suka. Masalah kita sekarang ni kita rasa yang kita punya itu saja yang baik dan sempurna, orang lain punya semua tak baik, inilah yang dapat saya hidu daripada para pengkeritik dan yang membuat komen dalam blog2 sekarang. Semua hendaklah insaf. Dr Ismail tulis apa2 yang dia fikirkan betul pada pandangan dia, dan dia pun dalam tulisan blog ini tak menujukan pandangannya itu kepada Pas, UMNO atau Keadilan, semuanya patut ambil iktibar, tapi Abdullah Ngah awal2 lagi kata sebab Dr Ismail taksublah, tak ada ilmulah, dan sebagainya yang hanya merupakan keritikan peribadi, bukan keritik yang membina tentang pandangan yang dilemparkan oleh Dr itu. Kenapakah kita harus mengkeritik dan menghentam peribadi orang? Tenguk kepada apa yang diperkatakan, jangan tenguk kepada siapa yang mengatakannya supaya kita menjadi lebeh objektif.Itulah saja yang saya nampak.

    ReplyDelete
  6. Abdullah Ngah cuba baca kembali betul2 apa yang ditulis. Dr Ismail hanya mengingatkan supaya semua orang dalam parti2 politik bersimpatilah sikit dengan keluarga yang kehilangan ahli keluarganya, adun atau mp. Nak selesaikan mayat, nak kembumikan cepat, nak tanya siapa2 ada hutang, nak buat apa pun kat mayat tu, buatlah. Hal itu tak disentuh pun, dan sengaja di ada2kan oleh Abdullah Ngah, ekoran dari sikap dan sifat prejudisnya. Dr Ismail pun kata, tidak menjadi kesalahan apa2 bagi apa yang nak dilakukan oleh parti2 politik tu, cuma dari sudut akhlak dan etika saja dia minta supaya kita tak usah gopoh gapah sangat nak buat pengumuman. Simpatilah sikit dengan keluarga si mati. Ini hanya pandangan peribadi, bukan hukum syarak. Disebutkan adik beradik, teman rapat, kawan2 semuanya itu untuk menunjukkan kepada Abdullah Ngah bahawa anggapannya bahawa Dr. Ismail taksub dengan parti Kerajaan itu adalah satu tohmahan dan tuduhan melulu yang mungkin mempunyai rasa dendam dan sakit hati sahaja. Itu saja yang diterangkan begitu, bukan sampai nak dibandingkan dengan Abu Lahab, Abu Jahal dan sebagainya. Ini sudah keterlaluan, jahil dan jahat namanya.

    ReplyDelete
  7. Suharni,

    Parti politik adalah hala tuju sesebuah negara. Dia "tredmarknya" jelas bukan macam memilih kenderaan yang dibuat berdasarkan citarasa isteri dan suami.

    Sangat malang jika kita pilih parti politik macam membeli kenderaan yang juga berdasarkan kepada kemampuan atau ukur baju dibadan sendiri.

    Jika parti itu parti yang bertredmark kominis juga boleh dipilih atau apalah sesiapa sahaja yang memerintah yang jelas menampakkan kita bodoh, jahil dan zalim.

    Atau dengan lain tak tahu yang mana kaca dan yang mana intan.memang tarlalu banyak manusia yang tak kena yang mana kaca dan yang intan.

    Yang peliknya ada antara kita tak tahu yang mana baik dan mana buruk. Yang buruk dikatakan baik yang baik dikata buruk.

    Saya sayang pada orang macam Prof Dr Ismail yang cari ilmu hingga mendapat PHD serta banyak ilmu dan pengalaman,tapi ilmunya tak kemana dan tak boleh dimanfaatkan.

    Bagi saya,yang boleh dikatakan banyak membaca tulisannya sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  8. Masya'Allah sdra Abdullah, masya'Allah sdra ustaz, masya'Allah sdra alim, masya'
    Allah sdra yang bijak pandai. Boleh kata sampai begitu??? Phd, ilmunya tak boleh dimanfaatkan? Tak taulah apa yang saya nak katakan lagi. Sdra jangan pandai2 nak menghukum orang, ilmu sdra letak di mana? Bermanfaat sangatkah? Sdra mengajar di Universiti mana? Berapa ramai anak murid dan pelajar sdra?Allah murka kepada orang maacam sdra, sombong bongkak, dan tak kenang ne'mat Allah. Saya tak fikir orang lain akan bersama sdra, akan sehaluan dan sependapat dengan sdra. Tak tau bila sdra nak minta maaf kepada orang2 yang sdra caci, hina dan pandang rendah selama ini. Inikah sifat seorang Muslim yang berakhlak?????????????????????? Malulah sikit

    ReplyDelete
  9. Tak usah gaduhlah Suharni. Allah ada, dan Allah saja yang menghukum, mana yang betul dan mana yang salah. Isunya kecil saja, tetapi dibesar2kan oleh kawan kita, Dolah ni, seolah2 dunia dah nak kiamat. Dr Ismail pun tak bagi hukum apa2, hanya bagi pandangan dengan menyerahkan kepada pembaca untuk berfikir sendiri. Betullah Dolah ni ada dendam kepada orang lain yang lebeh dri dia. Mari kita ramai2 tak usah layan dia, dia kalau boleh akan memusnahkan akal pemikiran orang lain yang lebeh membina dan dihormati orang ramai. biarkan dia seorang diri.

    ReplyDelete
  10. Ada yang tahu tapi buat tak tahu atau mungkin memang begitulah kehendak Allah kepada orang orang ada PHD.

    Saya masih belum lupa dengan Allahyarham Dr Faizal Othman. Ketika ada master (sarjana) Di UKM dulu pendapatnya sangat comel.

    Tetapi apabila ada PHD pendapatnya haru biru, termasuk mengenai hukum hakam Islam pun.

    Waktu Dr Yusof Nor Timbalan naib cancoler hal hal wal pelajar dan kawan rapatnya Dr Daim Sanusi. solat bersama, makan bersama. Sama sama ada PHD.

    nak cerita apabila terjun dalam politik kepartian dan masing masing berlainan pandangan.

    Demikian Dr Ismail Ibrahim tak terjun dalam politik tapi pendapatnya macam orang terjun dalam politik kepartian.

    Ilmu ada yang tak dapat dimanfaatkan dan ada yang dapat dimanfaatkan. Jangan keliru. Banyak ilmu tapi tak memberi manfaat macam pohon mangga yang subur dan tak berbuah.

    maaf ya

    ReplyDelete
  11. Isunya ada Phd ke? Atau terjun dalam parti politik ke? yang mana satu yang kata tak beri manfaat tu.Ini cakap berbalik-balik macam orang sasau. Kalau ada Phd semuanya jadi tak betul macam Allah Yarham Dr. Faisal (Dia dah meninggal, bila Ustaz nak minta maaf padanya??)jadi lebeh baik orang Islam semua tak usahlah ambil PhD, macam Dolah Ngah(?) Atau isunya kalau terjun dalam politik kepartian jadi tak baik, mengapa Dolah Ngah pun sebuk dengan parti pembangkang? Orang Islam tak payah masok parti lah kan, itukah maksudnya? Hai, inilah menunjukkan bahawa cakap orang tidak berilmu tak tentu arah dan tak boleh pakai langsung.

    ReplyDelete
  12. Sudahlah bincang yang terlalu jauh terkeluar dari tajuk kamu semua. Tulisan asal lain, yang dipertikaikan yang lain pula, sampai terbawa2 kepada hal peribadi orang, termasuk yang telah meninggal. Inilah sikap orang Islam, yang selama2nya akan ketinggalan dibelakang, dan tidak dapat masuk ke tengah2 arus perdana. Hentikan mentaliti yang sempit ni. Dr Ismail pun telah ubah tajuk perbincangan, kita masih cakap gila2 macam Dolah ni juga. Biarlah dia seorang yang merepet, tak usah hiraukan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....