PENGANUT KRISTIAN DAN BAHASA MELAYU


Apa pun motifnya, hasrat penganut Kristian menghormati bahasa Melayu, kerana mempertahankan Bible dalam bahasa Melayu, patutlah kita berikan penghormatan. Memanglah bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang seharusnya diletakkan pada KEDUDUKAN DAN MARTABAT YANG SELAYAK BAGINYA.

Hakikat yang kita saksikan sekarang, hampir semua tokoh perniagaan, perbankan. korporat, intelektual, perundangan, malah sesetengah peniaga yang menjalankan perniagaan di pasar, menggunakan bahasa Inggeris, dan hampir tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Media penyiaraan yang sering menemu bual orang-orang di tepi jalan pun kadang-kadang mendapati orang-orang itu tidak dapat menjawab soalan dalam bahasa Melayu, malah lebeh suka dan selesa berbahasa Inggeris.

Dalam hampir semua perjumpaan dan perhimpunan politik parti bukan Melayu, mungkin tidak banyak yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dalam perjumpaan itu, kerana semua ahli yang hadir adalah terdiri dari etnik yang satu, maka bahasa ibunda etnik itulah yang digunakan, atau menggunakan bahasa Inggeris,bukan bahasa kebangsaan.

Hal ini berterusan berlaku selama lebeh 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, dan anehnya tidak banyak rakyat Malaysia yang pernah menyuarakan tentang kedaulatan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu, yang seharusnya di gunakan dalam semua bidang kehidupan rakyat negara tercinta ini.

Sebab itulah kita tentu merasa BANGGA dan AMAT TERHORMAT apabila masyarakat Kristian menjunjung bahasa kebangsaan ketika menuntut supaya Bible dalam bahasa Melayu itu dibenarkan untuk di pakai di Malaysia berdasarkan jaminan perlembagaan tentang bahasa Melayu, yang seharusnya di gunakan oleh semua rakyat, termasuk dalam buku agama Kristian !

Syabas kepada penganut Kristian, dan syabas juga kepada dua atau tiga kumpulan politik Melayu, yang bersepakat mengatakan bahawa penggunaan Bible dalam bahasa Melayu adalah sesuatu yang selayaknya dibenarkan dalam masyarakat berbilang kaum ini.

Inilah semangat patriotik kita sebagai orang-orang yang sebenar-benarnya taat setia kepada negara dan perlembagaan, termasuk kepada peruntukan tentang bahasa kebangsaan.
Semoga hal ini merupakan sesuatu yang konsistan, bukan trend, bermusim, atau kerana kepentingan yang tertentu semata-mata !!

Kerana dalam hal ini saya sendiri sekurang-kurangnya dapat mencium sesuatu yang tersirat di sebalik kenyataan ini, dan dapat melihat tindakan ini yang juga merupakan tektik kotor mereka yang terukir dengan bunga ros merah untuk mengabui mata orang ramai, terutamanya orang Melayu sendiri.
Tak tahulah saya...

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....