MALAPETAKA DI JEPUN

Hari Jumaat 11 Mac 2011 Jepun mengalami tragedi besar yang amat ganas dan ngeri, menempa sejarah yang tidak mungkin dilupakan dalam sejarah hitam dunia. Demikianlah ketika Allah SWT memerintahkan alam "Kun, Fa Yakun" : jadilah,berlakulah, maka iapun terjadi...."Wahai bumi bergegarlah kamu, maka berlakulah gegaran gempa,wahai lautan,bergolonglah omabak besarmu melanda daratan, maka berlakulah tsunami besar, menghanyutkan manusia, kapal, bangunan yang kecil dan besar".

Inilah keyakinan kita terhadap kuasa Allah SWT, kekuasaan yang tidak mungkin dapat dicegah dengan segala kekuatan dan kapandian manusia.

Jepun merupakan negara maju, kuat dan gagah dalam teknologi, segala pesiapan amaran awal tsunami dan persediaan bangunan yang dapat menahan gempa bumi, telah dilakukan,tetapi kejadian terbaru telah mengatasi kepandaian dan ilmu manusia itu.

Ini merupakan tanda kekuasaan Tuhan yang mengatasi kekuatan manusia dan makhluk-Nya.

Tetapi keyakinan ini tidak semestinya menjadikan manusia hanya berserah dan berdiam diri, kerana usaha dan ikhtiar mestilah dilakukan manusia, bukan untuk melawan kuasa Allah,tetapi untuk meminumkan kecalakaan yang boleh menimpa manusia, termasuk kejadian bencana alam yang berlaku dari suratan sunnatullah ini.

Mungkin juga kalau Jepun tidak punya persiapan awal, lebeh besar mala petaka yang akan berlaku kepada mereka, mungkin juga. Tetapi apabila berlaku sesuatu yang mengatasi kuasa manusia, maka di sinilah datangnya keyakinan kita bahawa di atas segala kekuasaan manusia itu, terdapa kekuasaan yang lebeh besdar, iaitu kekuasaan Tuhan semesta alam, yang berlaku mengikut undang-undang alam, sunnatullah.

Lihatlah gambar kejadian tssunami yang terbaru, kekayaan ekonomi dalam bentuk komoditi, kenderaan baru yang siap untuk di ekspot, bangunan yang kukuh yang telah sedia dihuni sekian lama oleh ribuan manusia, kilang dan industri, loji nukldear, dan lain-lain, hampir keseluruhannya di sapu bersih, ketika kereta-kereta baru, berselerak dan hanyut seperti kereta mainan kanak-kanak yang di hanyutkan dalam air, ketika bangunan runtuh di landa banjir besar, ketika manusia bergelimpangan menjadi mayat yang tidak bernyawa.

Amat layak sekali hal ini menjadi renungan hati nurani kita, dihubungkan dengan iman dan keyakinan kita kepada Allah SWT, agarkita memahami sesuatu, bahawa di atas yang berilmu itu, ada ilmu Allah yang lebeh tinggi, di atas kesamaran kepercayaan kita kepada alam ghaib itu, sememangnya ada kuasa ghaib yang jelas, iaitu kekuasaan Tuhan.

Namun apakah pelajaran ini akan menjadi iktibar manusia sejagat? Itulah pesoalan yang harus kita pecahkan. Bagaimana? Terserahlah kepada manusia senddiri untuk memikirkannya, kerana manusia diberikan Allah akal dan fikiran. usaha dan ikhtiar. "Apakah di dalam dirimu tidak kamu lihat (fikir dan tadbirkan)" ? Allah bertanya.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....