KALAU FATIMAH SEKALI PUN MENCURI..NISCAYA AKAN AKU POTONG TANGANNYA
Hinggakan Rasulullah SAW sendiri tidak segera mengambil kesimpulan atau keputusan tentang orang yang bersalah atau tidak, sebelum menjatuhkan hukuman, tetapi kita pada hari ini nampaknya segera menyatakan orang itu tidak bersalah kerana dia kawan kita, atau mengatakan dia bersalah kerana dia musuh kita, sebelum lagi ternyata salah benarnya ! Kalau hal itu dijadikan ukuran, maka Rasulullah SAW tidak akan bersabda beitu, iaitu baginda perlu menyemak dan menentukan dulu, sebelum menjatuhkan hukuman, dan contoh yang diberikan di dalam hadith ini ialah bahawa sekiranya puteri baginda sendiri, Fatimah, dituduh mencuri, dan telah melalui proses penghakiman, akhirnya ternyata bersalah, maka baginda akan tetap menjalankan hukuman yang telah ditetapkan dengan seadil-adilnya, walau pun terhadap anaknya sendiri.
Kalau mengambil kira hukuman yang diputuskan oleh kita kerana dia kawan atau lawan, maka apa lagi kalau yang dituduh itu adalah anak kita sendiri, tentulah awal-awal lagi kita akan berkata "Oh, dia tak salah, ini hanya fitnah, konspirasi..." dan sebagainya.
Dalam konteks Video, yang tersibar cerita panasnya terakhir ini, saya rasa banyak orang yang mengambil kesimpulan yang terlalu awal, yang berdasarkan sentimen dan emosi, atau persepsi semata-mata, seolah-olah manusia ini adalah malaikat, kenapa nak tuduh begitu begini.
Kalau mengikut undang-undang dunia pun perkara yang bersangkut dengan undang-undang, sekiranya telah ada tuduhan dan yang menuduh serta orang yang kena tuduh, tidak sepatutnya sesiapa pun segera mengambil keputusan membuat hukumannya, sebelum disabitkan salah benarnya oleh mahkaman. Yang pelik lagi di negara kita ini keputusan itu sering dibuat berdasarkan politiking sempit, taksub dan fanatik, bermusuhan dan konfrantasi, bukan berdasarkan rasional dan peraturan serta undang-undang lagi. Lalu tersebarlah spekulasi dengan amat meluas sehingga mengelirukan orang awam.
Saya kagum dengan pandaangan MB Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak, yang mengikut akhbar Utusan Malaysia hari ini, Khamis 24 Mac 2011, yang mengeluarkan kenyataan yang berhati-hati dan berdasarkan fakta undang-undang iaitu dengan katanya " "Ada orang kata macam Anwar tapi (perkataan) macam itu maknanya bukan betul-betul Anwar. Jadi saya tidak kata yes atau no tetapi saya percaya kebenaran akan timbul juga satu hari nanti" Tetapi YAB teman-teman kita se AZHAR kita juga ada yang telah pun mengatakan NO, atau YES, bagaimana ni??
Kenyataan YAB ini amat berhati-hati, beralas dan cermat serta berhikmah. Tetapi sayang, banyak kawan beliau yang tidak mempunyai visi begitu, termasuk yang berilmu pengetahuan agama dan mengetahui lebeh banyak tentang hal ini, termasuk kenyataan baginda Rasulullah SAW seperti yang saya sebutkan di atas.
Dunia Islam akan terus meneruslah berada dalam masalah kalau kita semua masih begini, bermentaliti sempit dan tidak lagi mementingkan ilmu dan intelek, malah hanya mendakwa bahawa kita mengikut Al-Quran dan Sunnah.
Mohon Allah SWT lindung kita semua dari segala huru hara dan haru biru yang sedang melanda hampir keseluruhan negara Islam pada hari ini.

Comments
Post a Comment