ANWAR lawan SAIFUL

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, bahawa tuala kecil, berus gigi dan botol air mineral, tidak boleh diterima sebagai barang bukti dalam perbicaraan kes Anwar lawan Saiful memberikan beberapa bahan bukti tentang hal-hal yang berikut :

1. Sistem kehakiman dan sikap hakim Malaysia adalah amat telus dan tidak berat sebelah. Hakim ini yang kerana beberapa perkara tertentu yang diminta oleh pihak peguam Anwar supaya menarik diri dari perbicaraan kes ini, maka hakim yang sama ini juga yang bertindak sebaliknya, dengan menolak barang bukti itu, yang memihak kepada Anwar.

2. Berdasarkan perkara di atas, maka amtlah silap sekiranya terdapat pihak yang sering menuduh hakim berat sebelah dan tidak adil ketika keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, malah sebaliknya akan mengatakan bahawa hakim itu adil sekiranya keputusan mahkamah memihak kepadanya. Hal ini merupakan andaian sahaja berdasarkan perasaan sendiri.

3 Keputusan hakim menolak atau menerima bahan bukti tidak semestinya menunjukkan bahawa sesuatu pihak itu tidak bersalah, kerana hakim sering berpegang kepada hujah peguam yang berusaha untuk melepaskan anak guamnya dari kesalahan dengan menggunakan alasan yang boleh diterima dari segi point of law, dan alasan teknikal.

4. Maka dalam hal ini, semua pihak haruslah menerima keputusan hakim dan mahkamah, yang tidak seharusnya dipertikaikan, dan tidak pula terus membuat kesimpulan bahawa si polan itu tidak bersalah, dan si polan itu bersalah.

5. Sepatutnya kes bersalah atau tidak, terutamanya dalam kes yang sulit seperti zina, liwat dan sebagainya, tidak sesiapa pun yang dapat membuat keputusan sendiri, sama ada berdasarkan politik, rasuah, dan sebagainya, kerana akhirnya orang-orang yang terlibat itu sahaja yang tahu hakikatnya, dan hal ini merupakan hakikat sama ada bersalah atau tidak, yang hanya diketahui oleh orang itu, dan ia akan merasa hakikat ini jauh di dalam hatinya sendiri, terutamanya kepada orang Islam yang bertanggung jawab secara langsung kepada Allah SWT.

6. Sebab itulah orang ramai tidak segera mengambil kesimpulan, mengadakan perbicaraan sesama sendiri, untuk menjatuhkan hukuman sama ada orang itu bersalah atau tidak, kerana kes-kes seperti ini, kadang-kadang walau pun kita membuat hukumannya sendiri, tetapi Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Manusia hanya berusaha mencari bukti dan dalil, yang kadang-kadang dalil itu tidak diperakui oleh mahkamah dunia ini.

7. Keputusan mahkamah dunia boleh dirayu sehingga ke beberapa peringkat. Tetapi keputusan muktamadnya ialah keputusan mahkamah akhirat, orang yang bersalah haruslah mengaku kesalahannya kepada Allah, merasa sesal yang amat sangat dan tidak akan mengulangi lagi kesalahannya itu, kemudian bertaubatlah kepada Allah SWT.

Inilah sebenarnya perbicaraan akhirat, yang tidak sama dengan perbicaraan di dunia.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....