PERSIDANGAN ISTANBUL BBC WORLD DEBATE

(Catatan saya ketika BBC mengadakan rakaman World Debate yang disertai oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak)

Suhu sejuk di luar kurang dari 10 darjah celcius tidak dirasakan di dalam dewan hotel Conrad Istanbul yang menjadi tempat persidangan antara bangsa Global Movement For Justice, Peace and Dignity pada 23 Februari 2011 anjuran bersama Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Malaysia (ISIS), Universiti Bahcesehir Civilization Center Turki (MEDAM) dan International Movement For A Just World (JUST)
Dewan persidangan hotel tersebut menyaksikan kehadiran peserta yang berjumlah ratusan orang memenuhi ruangnya, kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda Turki, pada sidang kemuncaknya yang dipengerusikan oleh personaliti intelek BBC, Zeinab Badawi, jurnalis British keturunan Arab Sudan.
Nama Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Babacan, Mufti besar Syria, Sheikh Ahmad Badr Al-Din Hassoun dan dua orang peserta lain yang mengambil bahagian dalam perbincangan penalis ini tentunya menarik perhatian para peserta yang kelihatan memenuhi setiap inci dewan persidangan yang dapat memuatkan hampir 300 orang.
Zeinab Badawi seperti biasa dalam ruangan BBC Hard Talk sering cuba memerangkap penalis dengan soalan-soalan kritikalnya yang memerlukan pemikiran cepat dan tepat penalis untuk menjawab dan menangkis kepetahannya, dan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib nampaknya dapat menyaingi setiap langkah silat yang dibuka oleh Zeinab Badawi dan mematahkan kembali hujah jurnalis wanita ini.
Zeinab Badawi memulakan perbincangan, yang dirakam oleh BBC untuk disiarkan dalam programnya BBC World Debate, dengan mengemukakan persoalan apakah peranan yang seharusnya dimainkan oleh negara-negara Islam dalam menghadapi kerisis dunia ketika ini. Beliau tentunya telah mengkaji terlebeh dahulu tema dan pokok perbincangan serta objektif Persidangan ini yang merujuk kepada seruan Perdana Menteri kita di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu dalam bulan September 2010 ketika beliau menyeru gerakan moderat antarabangsa dari semua agama dan kepercayaan bagi mengambil aleh dan menentang pemikiran dan tindakan golongan ekstremis dan pelampau dari semua agama yang kelihatan menerajui pentas dunia sekarang.
Zeinab Badawi memperkenalkan penalis dengan merujuk kepada Malaysia sebagai negara majoriti Muslim dengan Islam sebagai agama rasminya yang termaktub dalam Perlembagaan negara, Turki sebagai negara sekular, tetapi menghormati dan memberi kebebasan kepada semua agama, dan Indonesia sebagai negara Islam terbesar dari segi jumlah penduduk Muslimnya, tetapi tidak memerintah berasaskan agama, yang kemudiannya di sifatkan oleh penalis Indonesia dalam perbincangan ini sebagai negara berlandaskan Pancasila.
Ketika Perdana Menteri Najib menjelaskan tentang dasar Islam yang diamalkan di Malaysia yang berdasarkan prinsip global dan universal Islam yang tidak terkeluar dari fundemental Islam yang sebenar, Zeinab Badawi segera mencelah tentang kekecohan yang berlaku di Malaysia pada hari Valentine lalu, ketika banyak pihak telah bertindak sebagai polis adab menangkap muda mudi yang merayakannya, bagaimana kah hal ini boleh berlaku dalam negara yang moderat seperti Malaysia?
Perdana Menteri segera menjelaskannya bahawa Malaysia mempunyai undang-undang Islamnya yang unik untuk memastikan bahawa orang Islam mengamalkan ajaran agamanya dengan betul berdasarkan prinsip-prinsip syariahnya dan sistem nilai akhlaknya yang betul untuk mencegah kemungkaran yang boleh membawa kepada kerisis moral yang mungkin menjejaskan negara keseluruhannya, sebab itulah terdapat undang-undang anti khalwat seperti ini. Menurut Undang-undang syariah yang diamalkan di Malaysia, pasangan yang tidak berkahwin, yang berada di dalam restoran, makan bersama dengan orang ramai, atau berada di tempat terbuka yang tidak termasuk dalam definisi khalwat, mereka tidak akan ditangkap atau didakwa. Orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang keluarga dan jenayah syariah.
Zeinab Badawi segera mencelah kalau begitu kita semua dalam persidangan ini juga berkhalwat kerana bercampur lelaki perempaun, termasuk dirinya dan Dato Seri Najib? Perdana Menteri menjawab tidak, kita bukan berkhalwat, kecuali kalau beliau dengan Zeinab berada dalam bilik hotel berdua-duan, maka ketika itu barulah mereka akan ditangkap kerana berkhalwat, gurau Perdana Menteri, dengan disambut gelak ketawa yang gempita dari para hadirin.
Perdana Menteri juga menjelaskan bahawa di Malaysia, Kerajaan lebeh mementingkan dasar tarbiah, untuk mendidik orang Islam supaya beramal dengan ajaran Islam yang betul bagi jangka pendek dan jangka panjangnya, umpamanya pada zaman dahulu ramai orang Islam yang melakukan maksiat seperti meminum arak umpamanya kerana pengaruh budaya yang dibawa oleh penjajahan Barat yang masih memuncak, tetapi dengan pendidikan yang dilancarkan Kerajaan, maka sekarang hal itu berkurangan dan hampir tidak terdapat orang Islam yang melakukannya, itulah jangka panjang Kerajaan untuk mendidik orang Islam memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan penuh disiplin, terbit dari kesedarannya sendiri, bukan dipaksa dari luar. Malah Kerajaan tidak menghidangkan minuman keras di dalam jamuan-jamuan rasminya.
Ketika Zeinab Badawi menimbulkan amalan Islam di beberapa buah negara Islam yang mengharamkan poligami, dan mengharuskan perbuatan menggugurkan bayi umpamanya kerana menghormati hak asasi manusia, Perdana Menteri menjelaskan bahawa Malaysia tidak mengharamkan sesuatu yang diharuskan oleh agama seperti poligami. Tetapi Malaysia, mungkin satu-satunya negara Islam, yang mempunyai prosuder tertentu dalam isu poligami umpamanya, yang bertujuan melindungi wanita supaya tidak dizalimi, iaitu peraturan yang memastikan suami yang hendak berpoligami mendapatkan kebenaran isterinya yang ada dan mendapatkan kebenaran hakim mahkamah syariah yang menjustifikasikan tindakannya untuk berpoligami, dan banyak lagi prosedur lain dalam undang-undang keluarga Islam yang bertujuan memberikan hak yang adil kepada wanita dan isteri.
Zeinab Badawi cuba memerangkap Perdana Menteri lagi dengan soalannya apakah Malaysia boleh dinamakan negara Islam tanpa melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya? Perdana Menteri segera menjawab bahawa tanpa perlaksanaan undang-undang syariah sepenuhnya di Malaysia tidak berarti bahawa Malaysia tidak cukup Islam. Atau kurang keislamannya. Islam bagi Malaysia adalah sistem keagamaan yang menjamin keadilan masyarakat manusia, demokrasi yang disepadukan dengan sistem nilai Islam sendiri. Malaysia tidak merupakan negara yang dicemari dengan keganasan dan gerakan militen, kebangkitan Islam yang di salah tafsirkan sebagai gerakan reformasi melampau dengan gerakan jihad yang disalah mengertikan untuk menentang agama lain tidaklah merupakan pentafsiran Islam yang sebenarnya di Malaysia.
Banyak provokasi Zeinab Badawi yang ditangkis oleh Perdana Menteri dengan berhikmah dan bijaksana, malah peserta rata-ratanya saya rasa memahami provokasi Zeinab Badawi itu hanya untuk menimbulkan pemikiran dan bahan perbincangan yang penuh dengan kebijaksanaan dan intelek, bukan bererti bahawa dia tidak memahami hakikatnya.
Di akhir sesi soal jawab seorang peserta wanita Turki bertanya Perdana Menteri, apakah rahsianya Malaysia amat berjaya menyadu padukan rakyatnya yang terdiri daripada kepelbagaian etnik dan agama dalam satu kehidupan yang aman damai selama ini? Perdana Menteri menjawab ringkas sahaja : hormat menghormati dan berlaku adil kepada semua. Perkara-perkara yang mudah seperti peraturan memakai tudung bagi wanita pun, Malaysia tidak pernah mengalami dilema. Dulu anggota wanita dalam tentera dan polis tidak dibenarkan menutup kepalanya, tetapi sekarang diberikan kebebasan, malah para pengikut agama Sikh yang jumlahnya amat keccil itu pun dibenarkan memakai serban sebagai simbol agamanya ketika menunggang motosikal tanpa perlu memakai topi keledar yang diwajibkan kepada penganut agama lain.
Saya rasa para peserta perbincangan ini benar-benar dapat memahami strategi dan agenda negara kita dalam menjalankan dasar-dasra Islam yang betul, yang menjadi rahsia kekuatan umat Islam Malaysia, dan persefahaman yang diberikan oleh penganut agama lain di negara kita terhadap dasar kesederhanaan, tanpa ekstrem dan radikal agama, yang diserukan oleh Perdana Menteri, dan yang mendapat perhatian seluruh dunia, dalam ucapannya di Perhimpunan Agong Bangsa-bangsa Bersatu dalam

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....