IRAQ DAN LIBYA

IRAQ DITAKLUKI OLEH AMERIKA SYARIKAT DAN KUNCU-KUNCUNYA SETELAH BERLAKU PERGESIRAN ANTARA IRAQ DAN KUWAIT. IRAQ MENDUDUKI KUWAIT, DAN AMERIKA SYARIKAT DI UNDANG UNTUK MENGHAPUSKAN REGIM IRAQ, SADDAM HUSAIN. KINI LIBYA DI USAHAKAN OLEH AMERIKA SYARIKAT DAN KUNCU-KUNCUNYA JUGA UNTUK MENOLONG PEMBERONTAK LIBYA YANG INGIN MENGHAPUSKAN PEMERINTAHAN MUAMMAR GADAFI.

LIBYA MUNGKIN AKAN DITAKLUKI OLEH KUASA BARAT ITU, SAMA SEPERTI YANG DILAKUKAN TERHADAP IRAQ. KEDUA-DUA NEGARA, IRAQ DAN LIBYA, KAYA DENGAN MINYAK DAN GAS. NEGARA YANG KAYA AKAN SEGERA DITAKLUKI OLEH KUASA BARAT, WALAU PUN ALASAN YANG DIKEMUKAKAN AMAT BERBEZA, MALAH TIDAK SEDIKITPUN MENUNJUKKAN NIAT UNTUK MENGAUT KEKAYAAN NEGARA TERSEBUT.

TUNISIA DAN MESIR JUGA MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA, RAKYAT BANGUN MEMBERONTAK, DAN PEMERINTAH MEREKA JATUH, MAKA PIHAK KUASA BARAT TIDAK SEDIKIT PUN BERUSAHA UNTUK MASUK CAMPUR, KERANA KEDUA-DUA BUAH NEGARA ITU, BUKANLAH KAYA SEPERTI IRAQ DAN LIBYA.

YANG MALANGNYA IALAH RAKYAT KEDUA-DUA BUAH NEGARA TERSEBUT, IAITU RAKYA IRAQ DAN LIBYA. YANG MENYEBABKAN NASIB MALANG ITU PULA IALAH KERANA NEGARA-NEGARA ARAB SENDIRI YANG TIDAK MAMPU BERSATU UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA SENDIRI.

SAYA PERNAH BERADA DI MESIR BANYAK DEKAD YANG LALU, DAN PERNAH PERGI KE LIBYA JUGA BEBERAPA DEKAD YANG LALU. PADA MASA ITU RAKYAT ARAB RATA-RATANYA SEOLAH-OLAH MENYEMBAH KETUA NEGAR MEREKA, WALAU APA PUN NASIB YANG MEREKA ALAMI. KALAU SEORANG PRESIDEN ATAU KETUA NEGARA MEREKA MEMASUKI SATU MAJLIS RASMI ATAU TIDAK RASMI, SEMUA ORANG AKAN BAANGUN MENYAMBUTNYA, GEGAK GEMPITA DENGAN TEPUKAN TANGAN YANG MEMEKAKKAN TELING HAMPIR-HAMPIR 15 MINIT ATAU LEBEH, SELAGI PRESIDEN ATAU KETUA NEGARA ITU TIDAK DUDUK, ATAU MENYURUH ORANG RAMAI BERHENTI MENEPOK TANGAN, MAKA MEREKA TIDAK AKAN BERHENTI, DISAMBUT PULA DENGAN PEKIKAN SUARA-SUARA YANG AMAT NYARING "HIDUP PRESIDEN...! HIDUP TUAN ...! HIDUP..."

INILAH SIKAP DAN SAMBUTAN YANG DIBERIKAN KEPADA KETUA NEGARA MEREKA, SEOLAH-OLAH MENYAMBUT SEORANG NABI YANG DATANG DI UTUSKAN OLEH TUHAN ! SEBAB ITULAH RAJA, KETUA NEGARA ATAU PRESIDEN AKAN MERASA DIRINYA AMAT DISAYANGI DAN DISUKAI OLEH SEMUA RAKYAT JELATA, LALU DIA BOLEHLAH MEMERINTAH MENGIKUT KEHENDAKNYA, APA PUN YANG DILAKUKANNYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA PENGHORMATAN DAN SANJUNGAN RAKYAT KEPADANYA.

KINI SELEPAS BERDEKAD-DEKAD RAKYAT ARAB BERADA DALAM KEADAAN ITU, DAN SETELAH TERDAPAT SATU GELOMBANG BARU YANG MELANDA NEGARA ARAB, BARULAH RAKYAT MULAI SEDAR DAN MEMBUKA MATA, RUPA-RUPANYA MEREKA SELAMA INI HIDUP TIDAK SEPERTI RAKYAT DUNIA LAIN, MEREKA MENDERITA, TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN, UPAH DAN GAJI AMAT MURAH, TIDAK PUNYA BANYAK PELUANG PEKERJAAN, MISKIN DAN MUNDUR, WALAU PUN NEGARA MEREKA KAYA RAYA, MALAH KEKAYAAN ITU DIBOLOT OLEH BEBERAPA PIHAK YANG TERTENTU SAHAJA, ATAU DI BAWA KELUAR OLEH TUAN-TUAN MEREKA DARI LUAR, SEDANGKAN MEREKA, IAITU RAKYAT, TIDAK DAPAT MENEKMATI KEKAYAAN ITU. DAN YANG LEBEH TERUKNYA LAGI KETUA NEGARA MEREKA BERBELANJA DENGAN MEWAH, MUBAZIR, SALAH GUNA KEKAYAAN NEGARA UNTUK TUJUAN KEMEWAHAN DAN KEMEGAHAN ! NEGARA MEREKA TIDAK DIPERINTAHKAN MENGIKUT SISTEM DEMOKRASI, TIDAK ADA PILIHAN RAYA, TIDAK ADA PARTI POLITIK, TIDAK ADA KUASA RAKYAT UNTUK MEMILIH KERAJAAN...TIDAK ITU, DAN TIDAK INI!!

LALU APABILA MENYEDARI HAL INI DAN SEMANGAT KESEDARAN INI MULAI BERTIUP DI KALANGAN MEREKA, LALU MEREKA BARULAH MULAI BANGUN SEPERTI ORANG YANG BARU TERJAGA DARI TIDUR NYENYAK YANG LAMA, DAN BERLAKULAH PEMBERONTAKAN BESAR-BESARAN.

HUSNI MUBARAK (PRESIDEN MESIR) DAN ZAINAL ABIDIN (PRESIDEN TUNISIA) MENGAMBIL JALAN AMAN, MENARIK DIRI, MELAPASKAN TAMPUK PEMERINTAHAN KEPADA RAKYAT. TETAPI MUAMMAR GADAFI BUKAN BEGITU, DIA ORANG PERJUANGAN, KERAS DAN KUAT PENDIRIANNYA, LALU IA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMPERTAHANKAN PEMERINTAHANNYA SEHINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR !

RAKYA MEMBERONTAK, DIA MELAWAN, MATI SAMA MATI, BUNUH SAMA MEMBUNUH, LAWAN TETAP LAWAN, DAN PELUANG INILAH YANG DIAMBIL OLEH PIHAK OBAMA DENGAN KUNCU-KUNCUNYA, UNTUK MASIK CAMPUR ATAS NAMA KEMANUSIAAN, SAMA SEPERTI YANG DICANANG-CANANGKAN OLEH BUSH KETIKA MEMDUDUKI IRAQ DULU, IAITU UNTUK KESELAMATAN DUNIA DAN ANAK CUCU KITA YANG AKAN DATANG, UNTUK MENGHAPUSKAN SENJATA PEMUSNAH BESAR-BESARAN (WEAPONS OF MASS DESTRUCTION), MAKA HAL INI MENJUSTIFIKASIKAN CAMPUR TANGAN MEREKA.

BILA IRAQ JATUH KE TANGAN BARAT, HARTA KEKAYAANNYA DI KAUT OLEH PARA KONTRAKTOR BARAT, RAKYATNYA DIPECAH BELAHKAN, BERBUNUHAN, RASA TAKSUB DAN FANATIK KELOMPOK-KELOMPOK RAKYAT IRAQ SEMAIN MENJADI-JADI, AKIBATNYA SEHINGGA KE HARI INI, IRAQ MASIH KACAU BILAU. LIBYA JUGA APABILA DITAKLUKI KUASA BARAT, MAKA RAKYAT YANG MEMBERONTAK DAN RAKYAT YANG MEMPERTAHANKAN MUAMMAR GADAFI, TIDAK AKAN MENDAPAT KUASA ATAU KEKAYAAN, MALAH YANG AKAN MEMUNGUTNYA IALAH NEGARA BARAT, DAN AKHIRNYA PERSENGKETAAN DIANTARA RAKYAT AKAN BERTERUSAN BERLAKU, SAMA SEPERTI YANG BERLAKU DI IRAQ SELAMA INI.

PADA MASA ITU ARAB PUN TIDAK MENDAPAT SESUATU APA, MEREKA AKAN MENYEPIKAN DIRI, MENJAGA SEMPADAN DAN MINYAK MEREKA, ATAU KALAU BERSIDANG DALAM LIGA ARAB PUN MASING-MASING AKAN BERSYARAH BANYAK PENUH SEMANGAT DAN TEORI, TETAPI AKHIRNYA SEPI DAN BERDIAM DIRI TIDAK DAPAT BERTINDAK, KERANA MEREKA SENTIASA LEMAH DAN TIDAK MEMPUNYAI TARING UNTUK MELAWAN KUASA BARAT YANG GAGAH PERKASA ITU.

SAYA BOLEH BAYANGKAN DUA SIKAP EKSTREM YANG ADA DALAM DUNIA ARAB DULU DAN SEKARANG, DULU SEMBAH, SEKARANG SUMPAH DAN BUNUH, TIDAK ADA LANGSUNG SIKAP PERTENGAHAN DAN HIKMAH DALAM MASYARAKAT MEREKA SELAMA INI.

WALAU APA PUN YANG BERLAKU KITA AMAT BERHAARAP AGAR KEDUDUKAN MEREKA TIDAK MENCERMINKAN SIKAP DAN PENDIRIAN UMAT ISLAM YANG SEBENARNYA DI DUNIA INI, KERANA ARAB TIDAK SEMESTINYA MENCERMINKAN ISLAM YANG SEBENARNYA.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....