APA NAK JADI ? TANYA S.M SALEM. APA NAK JADI DENGAN UMAT ISLAM? KITA BERTANYA

SATU PERKARA YANG MENGEJUTKAN IALAH TINDAKAN ARAB LEAGUE MEMPEROTES SERANGAN AMERIKA SYARIKAT DAN BEBERAPA BUAH NEGARA EROPAH TERHADAP LIBYA ! SEBELUM NI LIGA ARAB ITU TIDAK BERSUARA DENGN BERSUNGGUH-SUNGGUH BAGAIMANAKAH IA DAPAT MENOLONG MENYELESAIKAN KERISIS DI LIBYA. MALAH LIGA ITU JUGA YANG BERSETUJU DENGAN KEPUTUSAN PBB MENGENAKAN NO FLY ZONE DI LIBYA, TANPA MENYELAMI APAKAH RAHSIA PIHAK BARAT, KHUSUSNYA, A.S DALAM MENGIMPLIMENTASIKAN KEPUTUSAN INI TERHADAP NEGARA LIBYA YANG TERLALU KAYA DENGAN MINYAK DAN GAS ITU, DAN TELAH LAMA INGIN MENGHAPUSKAN MUAMMAR GADHAFI. TIBA-TIBA BILA A.S MENYERANG LIBYA, MEMBUNUH RAKYAT ARAB, DAN TELAH TERNAMPAK DASAR A.S DAN KUNCU-KUNCUNYA ITU YANG INGIN MENGUASAI MINYAK DAN KEKAYAAN LIBYA, SEPERTI YANG TELAH DIKUASAINYA SEBELUM INI DI IRAQ, BARULAH ARAB-ARAB ITU TERGESA-GESA NAK DUDUK SEMEJA DAN BERPEKIK MELOLONG DENGAN SEGALA MACAM UCAPAN SUPAYA LIBYA TIDAK DI SERANG.

HAL ITU MEMANG TELAH TERLAMBAT DAN MEMALUKAN ARAB SAHAJA, KERISIS DI KALANGAN SESAMA BANGSA DAN DAERAH SENDIRI PUN TIDAK TAHU BAGAIMANAKAH HENDAK DITANGANI. MASALAHNYA ARAB TIDAK DAPAT BERSATU PANDANGAN, TIDAK MEMPUNYAI VISI UNTUK MENCARI KEBAIKAN BERSAMA, SEBAB ITULAH TELAH BANYAK NEGARA ARAB YANG DITIMPA BERBAGAI KERISIS, IRAQ, PALESTIN, SUDAN, MESIR, YAMAN, BAHRAIN DAN HAMPIR SEMUA DUNIA ARAB MENGHADAPI MASALAH, TETAPI DALAM MASA YANG SAMA, MASING-MASING HANYA MENJAGA TEPI KAIN SENDIRI.

SEKARANG SIAPAKAH YANG RUGI? MUAMMAR ATAU RAKYAT LIBYA, ARAB ATAU PENJAJAH A.S DAN EROPAH? MUAMMAR TENTULAH TIDAK DAPAT BERTAHAN, RAKYAT LIBYA YANG MEMBERONTAK ATAU YANG MEMPERTAHANKAN MUAMMAR JUGA TIDAK AKAN MENDAPAT APA-APA, RAKYAT DAN NEGARA ARAB PUN TIDAK MENDAPAT KEUNTUNGAN, TETAPI YANG MENANG IALAH AMERIKA SYARIKAT DAN EROPAH, YANG DULUNYA MENJATUHKAN SADDAM DAN MENDUDUKI NEGARA KAYA IRAQ ITU, KEMUDIAN MENINGGALKAN SERIBU SATU MASALAH DALAM IRAQ, MAKA SEKARANG AKAN MENJATUHKAN PULA MUAMMAR, DAN MENAKLUKI LIBYA, KEMUDIAN MENGHISAP SETIAP TITIK MINYAK LIBYA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA.

APAKAH YANG UMAT ISLAM AKAN DAPAT? TAK ADA APA-APA, MALAH AKAN BERTAMBAH RUMIT MASALAH UMAT ISLAM DI ASIA BARAT DAN AFRIKA UTARA, IAITU DIJAJAHI SEMULA OLEH BARAT.

INILAH NASIBNYA UMAT YANG KUCAR KACIR INI, DAN AKIBATNYA AGAMA ISLAM SENDIRI AKAN MERASAKAN PADAHNYA, KERANA AGAMA INI AKAN DILIHAT SEPERTI AGAMA YANG LESU DAN KETINGGALAN ZAMAN, APA TIDAKNYA? BUKANKAH PARA PENDODKONGNYA, TERUTAMANYA DI BUMI PARA NABI DAN RASULULLAH INI, LEMAH DAN MUNDUR, BERSENGKITA TAK HABIS-HABIS, BERPECAH BELAH SELAMA-LAMANYA, APAKAH INI TIDAK MENGGAMBARKAN ISLAM ITU SEBAGAI AGAMA YANG MUNDUR DAN TIDAK TERURUS? PERSEPSI INI AKAN MEREKA CANANG-CANANGKAN KE SELURUH DUNIA DENGAN NYARINGNYA, SEHINGGA PERSEPSI INI AKAN MENJADI PANDANGAN UMUM YANG BETUL DAN SAH.

KITA DI NEGARA INI PUN MUNGKIN BERADA DALAM KEADAAN YANG SAMA. AKHIR-AKHIR INI SETELAH TIDAK ADA LAGI MASALAH LAIN, TIMBUL PULA "FATWA" MENIKAH DI MASJID ! DULU DAH BANYAK ISU DITIMBULKAN, ISU TAHLIL, BACA YASIN MALAM JUMAAT, BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG, TERLALU MENYANJUNG NABI MUHAMMAD SAW, DAN BERATUS ISU LAGI DITIMBULKAN, SEOLAH-OLAH UMAT ISLAM INI DALAM SEHARI SEMALAM DUDUK DALAM NEGARA INI TAK ADA APA YANG HENDAK DIBUAT UNTUK KEBAIKAN DAN KESEJAHTERAAN SERTA PERPADUAN NYA DAN PEMBANGUNAN UMAT DAN NEGARANYA YANG JUGA AMAN SEJAHTERA SELAIN DARIPADA HANYA ASYIK MENGHUKUM ORANG LAIN, ORANG ITU SALAH, ORANG ITU MENGAMALKAN BIDA'AH, MASUK NERAKA, BACA QUNUT DALAM SEMBAHYANG SUBUH BUAT APA? CONTOHNYA.

DALAM KEKECOHAN ITU ORANG LAIN MENGINTAI PELUANG UNTUK MEMECAH BELAHKAN KITA MENJADI SEMAKIN PARAH DAN TERUK, MERACUNI AKAL FIKIRAN KITA MENJADI SEPERTI ORANG NYANYUK, MENYUNTIK KEPALA DAN OTAK KITA SUPAYA MEMBICARAKAN ISU-ISU YANG REMEH TEMEH, LALU LUPAKANLAH ISU KEKAYAAN NEGARA YANG SEDANG DI KAUT OLEH ORANG LAIN, ISU TEKNOLOGI YANG SEMAKIN CANGGIH YANG TIDAK MAMPU DIKUASAI OLEH UMAT ISLAM, DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DENGAN PS 2, 3 NYA YANG SEMAKIN MERACUNI AKAL FIKIRAN ANAK CUCU KITA. KITA PEDULIKAN ITU SEMUA, ITU BUKAN URUSAN KITA, BUKA AGENDA KITA, AGENDA KITA MENGHARAMKAN ORANG MENIKAH ANAK DI DALAM MASJID, ORANG MELAWAT MAYAT DENGAN BERTAHLIL DAN MEMBACA YASIN, BUAT APA BACA YASIN, TAK SAMPAI KEPADA MAYAT?? LEBEH BAIK DUDUK SEMBANG-SEMBANG !

INILAH JUGA YANG BERLAKU DI DUNIA ISLAM SELURUHNYA ! KITA MUNGKIN SELAMA-LAMANYA AKAN MENGELUH, MERUNGUT DAN MENCERITAKAN KISAH-KISAH INI, TETAPI AMAT SUKAR UNTUK MENGENALI KAEDAH PENYELESAIANNYA, KERANA TAK BANYAK ORANG YANG BERFIKIR UNTUK MENGATASI MASALAH INI, SEPERTI BEGITU BANYAK SEKALI BILANGAN ORANG YANG HANYA HENDAK MENCARI MASALAH KHILAFIAH !!

INI BELUM LAGI MASUK SOAL POLITIK DAN AHLI POLITIK ISLAM! KALAU MASUK BAB TU, AKAN BERTAMBAH KUSUTLAH PEMIKIRAN KITA, SOAL SIAPA MAU ISLAM DAN SIAPA YANG TIDAK MAU ISLAM, SIAPA YANG IKUT NABI DAN SIAPA YANG JAHILIAH, SIAPA SEKULAR DAN SIAPA YANG TIDAK SEKULAR, MACAM-MACAM LAGI YANG TIMBUL, MAKA AKAN BERTAMBAHLAH MASALAH DI KALANGAN KITA.

MUNGKINKAH KITA AKAN TERUS BERSENGKETA SEHINGGA KE HARI KIAMAT?? WALLAH A'LAM !!

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....