APAKAH ISU YANG SEBENARNYA?

PERSOALAN TENTANG VIDEO YANG PANAS DIBICARAKAN SEKARANG INI IALAH BETULKAH PELAKONYA ITU MERUPAKAN ORANG POLITIK YANG DIKATAKAN ITU, ATAU ORANG LAIN ? SETELAH DAPAT DIPASTIKAN HAL INI MAKA BARULAH DAPAT DICARIKAN PUNCANYA LAGI : SIAPAKAH YANG MENGELUARKANNYA.
INILAH DUA PERKARA POKOK YANG SEHARUSNYA DITENTUKAN DULU, SEBELUM DARIPADA MENGHERET ISU-ISU LAIN SEPERTI MENGATAKAN ORANG YANG MENERBITKAN VIDEO ITU DAN MENUNJUKKANNYA KEPADA MEDIA SEBAGAI ORANG YANG TIDAK BERMORAL, BERDOSA DAN SEBAGAINYA, ATAU MENUDING JARI KEPADA PIHAK MUSUH POLITIK BAHAWA HAL INI ADALAH MERUPAKAN KONSPIRASI POLITIK DAN SEBAGAINYA.
ISU-ISU LAIN MERUPAKAN HAL SAMPINGAN YANG MUNGKIN SENGAJA DIBANGKITKAN SUPAYA PERHATIAN ORANG RAMAI BERALIH KEPADA ISU SAMPINGAN, BUKAN ISU POKOK.
DALAM PERBICARAAN KES ROGOL DAN BUNUH UMPAMANYA, BANYAK PERKARA LUCAH YANG DIBERITAKAN OLEH MEDIA, SEPERTI KEHADIRAN AIR MANI DI DALAM KEMALUAN PEREMPUAN YANG TERTENTU, ATAU GAMBARAN LAIN YANG MENCERITAKAN HAL SULIT DIANTARA LELAKI DAN WANITA, ATAU DIANTARA LELAKI DAN LELAKI, YANG KADANG-KADANG MEMBAWA KEPADA PERTUDUHAN BUNUH DAN SEBAGAINYA, TETAPI GAMBARAN MEDIA ITU TIDAK LAH MERUPAKAN SESUATU YANG LUCAH KERANA HAL ITU ADALAH MERUPAKAN LAPORAN YANG DIDENGAR DI DALAM MAHKAMAH, DAN OLEH KERANA MAHKAMAH MENGAMALKAN DASAR KETELUSAN, MAKA SEGALA-GALANYA HARUS DIBICARAKAN DIDEPAN AWAM DAN HAL INILAH YANG DILAPURKAN OLEH MEDIA, WALAU PUN LAPORAN ITU AMAT JIJIK DAN MEMALUKAN.
HAL INI PADA PANDANGAN SAYA TIDAKLAH MERUPAKAN GAMBARAN LUCAH YANG SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG.
BAGAIMANA PUN HAL INI TENTU MENJADI BERBEZA SEKIRANYA GAMBARAN LUCAH DAN SEKS ITU DIGAMBARKAN OLEH SEORANG PENULIS NOVEL UMAPAMNYA MENGIKUT IMAGINASINYA SENDIRI DI DALAM TULISANNYA, MAKA NOVEL ATAU APA-APA KARYANYA ITU ADALAH DIANGGAP LUCAH DAN SEPATUTNYA DIHARAMKAN.
DEMIKIAN JUGA PERLAKUAN DALAM VIDEO PANAS POLITIK YANG TERRBARU INI, PADA PANDANGAN SAYA, TAYANGANNYA HANYA UNTUK PIHAK TERTENTU DAN TUJUANNYA IALAH UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA PIHAK TERSEBUT TENTANG TUDUHAN YANG DIKATAKAN TELAH DILAKUKAN OLEH TOKOH POLITIK YANG TERTENTU.
SEPERTI KATA KETUA POLIS NEGARA, TUGAS POLIS YANG PERTAMA IALAH MENENTUKAN KESASIHAN ORANG DAN SEMUA YANG BERLAKU DI DALAM VIDEO INI, KEMUDIAN MENYAISAT SIAPAKAH YANG MENERBITKANNYA.
PENYELESAIANNYA AGAK MUDAH, WALAU PUN TENTUNYA AKAN MENGAMBIL MASA. TETAPI ISU LAIN TENTANG DESAKAN SUPAYA MENAHAN ORANG YANG MENDEDAHKAN HAL INI, BUKANLAH ISU POKOK, IA HANYA SOAL PROSEDUR UNTUK MENGETAHUI LEBEH LANJUT LAGI TENTANG VIDEO TERSEBUT.
OLEH ITU PERKARA YANG DI HEBOH-HEBOHKAN TENTANG PENGELUARAN VIDEO INI OLEH ORANG-ORANG YANG TIDAK PUN MENONTONNYA, DAN TIDAK PUN MENGETAHUI HUJUNG PAANGKAL DAN MOTIFNYA, ADALAH MERUPAKAN SPEKULASI DAN PREJUDIS YANG BERTUJUAN MENGALIH PERHATIAN ORANG RAMAI KEPADA PERKARA LAIN DARI PERKARA POKOK.
ADAKAH ADIL SEKIRANYA SEORANG ITU TELAH DIROGOL, LALU KITA MENYALAHKAN ORANG YANG MEMBUAT LAPORAN KEPADA POLIS DAN MENCERITAKAN KEPADA ORANG LAIN, SEDANGKAN PERKARA YANG SEPATUTNYA DICARIKAN PENYELESAIANNYA IALAH SIAPAKAH PEROGOL ITU?
INILAH BENTUKNYA KITA BERFIKIR, TIDAK FOKUS DAN TIDAK BERUSAHA MENCARI PUNCA PENYAKITNYA. KALAU SEORANG ITU SAKIT TENAT SELALUNYA KITA HANYA NAMPAK SIMPTOM ATAU TANDA PENYAKITNYA SAJA, KEMUDIAN KITA MENCARI PENADOL UNTUK MENGUBAT PENYAKIT ITU, SEDANGKAN PENYAKIT ITU TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN SEPENUHNYA DENGN PENADOL. PENADOL HANYA UNTUK MENGUBAT TANDA PENYAKIT SEPERTI DEMAM YANG BERPANJANGAN, SEDANGKAN PENYAKIT SEBENARNYA MUNGKIN KANSER, BUAH PINGGANG DAN SEBAGAINYA.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....