Catatan Dalam Penerbangan: PROTES !!
Tahun 2011 menghampiri penghujungnya. Tahun ini akan melabuhkan tirainya untuk digantikan dengan tahun baru 2012, dan umur dunia serta umur kita sendiri turut meningkat setahun lagi. Kita mengingati pepatah Melayu yang berkata: sekali air bah, sekali pasir berubah, maka demikianlah juga dengan dunia kita, sekali bergerak melangkah ke hadapan , maka sekali lagi perubahan berlaku, kerana segala2nya bergerak dengan peredaran zaman. Tahun 2010, bergerak dalam pelbagai peristiwa, dan tahun 2011 memasuki pusingannya, juga dengan segala perubahan yang berlaku, perubahan kepada manusia dan segala macam tindakannya, sama ada manusia ini menuju kearah yang lebeh bertamadun atau semakin menurun ke peringkat alam haiwan yang buas. Tahun 2011 juga menyaksikan bencana alam dan tragedi yang dibawanya, rekaan teknologi moden yang menyaksikan peningkatan ilmu manusia yang begitu canggih, terutamanya dalam bidang sains komputar dan komunikasi. Itulah perkembangan positif dan negatif yang dibawa oleh per...