Catatan Dalam Penerbangan: PROTES !!

Tahun 2011 menghampiri penghujungnya. Tahun ini akan melabuhkan tirainya untuk digantikan dengan tahun baru 2012, dan umur dunia serta umur kita sendiri turut meningkat setahun lagi. Kita mengingati pepatah Melayu yang berkata: sekali air bah, sekali pasir berubah, maka demikianlah juga dengan dunia kita, sekali bergerak melangkah ke hadapan , maka sekali lagi perubahan berlaku, kerana segala2nya bergerak dengan peredaran zaman.

Tahun 2010, bergerak dalam pelbagai peristiwa, dan tahun 2011 memasuki pusingannya, juga dengan segala perubahan yang berlaku, perubahan kepada manusia dan segala macam tindakannya, sama ada manusia ini menuju kearah yang lebeh bertamadun atau semakin menurun ke peringkat alam haiwan yang buas.


Tahun 2011 juga menyaksikan bencana alam dan tragedi yang dibawanya, rekaan teknologi moden yang menyaksikan peningkatan ilmu manusia yang begitu canggih, terutamanya dalam bidang sains komputar dan komunikasi.
Itulah perkembangan positif dan negatif yang dibawa oleh perubahan alam tahun demi tahun, peningkatan dan penurunan akal budi dan akhlak serta perilaku manusia, atau peningkatan ilmu dan hikmah manusia yang mencipta sejarah baru dalam kapasitinya sebagai makhlok yang diberikan Allah akal dan fikiran. Kita menunggu dan menanti apakah pula kejutan perisitiwa dan perubahan alam serta manusia yang bakal berlaku dalam tahun baru, tahun 2012.

Dari satu sudut perkembangan yang menarik perhatian kita sebagai manusia biasa, ialah kehadiran manusia dan alam dalam bentuk yang di namakan “PROTES”. Di Barat dan di Timur di Utara dan di Selatan, orang berarak dan berkumpul dengan segala macam kain rentang, sorak sorai dan lakonan kepelbagaian watak untuk memperotes, penuh emosi dan sentimen, marah dan memberontak, tidak kira apa2 pun sekali motifnya, malah kadang2 memberontak dan memprotes hanya untuk memberontak dan memperotes, tanpa diketahui motifnya, atau hanya melakukan tindakan itu semata2 kerana meniru orang lain, orang buat, kita pun buat juga!


Dunia dan alam ini pun kelihatan seperti memberontak dan melakukan “Protes” dalam tahun 2011. Gunung berapi memuntahkan laharnya yang panas turun seperti air terjun menghambat manusia yang terpaksa lari lintang pukang berbatu2 jauhnya untuk menyelamatkan diri, tetapi ramai yang terkorban, terperangkap dalam lahar panas. Seorang Pak Dukun yang selama ini mendakwa dirinya sebagai penjaga gunung merapi Jogja dan telah beberapa kali memujuk gunung merapi itu agar tidak memberontak, tetapi pada tahun 2011 akhirnya menyerah kalah kepada “protes” anak didiknya ini dan dia meninggal sedang bersujud, mungkin sedang berdoa memujuk gunug merapi itu supaya tidak meneruskan "protes"nya. Gunung berapi yang melakukan “protes” nya di Iceland, mengeluarkan lahar dan asap hitam pekatnya yang luar biasa, telah berjaya menghalang penerbangan pesawat dari melintasi kawasan pemberontakannya, terpaksa menyerah kalah dan tunduk kepada “protes”nya.

Lautan yang menghantarkan ombak besarnya sebagai tanda “Protes” yang di alami di Acheh, dan kawasan lain, pada hari Krismas 2004, dengan “pemberontakan” dan “protes” ombak raksaksanya menghambat manusia puluhan kilometer ke atas daratan, berjaya memerangkap manusia “durjana” itu, membunuh ratusan ribu mangsa yang terpaksa menyerah kalah kepada “pemberontakan” alam yang “marah” dan mungkin sekali gus ingin “menuntut bela” di atas segala kebuasan makhlok dunia yang bernama “manusia” itu,

(Catatan ini di buat dalam penerbangan. Perlu di sambung lagi kemudian)

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....