LAMBANG ISLAM
Tuanku Sultan Kedah buat kali kedua ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong, dan perlantikan ini menempa sejarahnya yang tersendiri bagi negara kita, iaitu buat pertama kalinya dalam sejarah kesultanan moden dinegara kita ini, seorang Sultan berpeluang mengambil gilirannya sebagai Yang Di Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia.
Melihat segala adat istiadat pemasyuran dan upacara mengangkat sumpah baginda yang berwarna warni, gilang gemilang, pada 13 Disember 2011 di Istana Negara yang serba baru, maka hati kita merasa amat tenteram dan penuh khusyuk dengan pergerakan yang beradat dan beradab, pengucapan sumpah yang penuh bermakna, serta iringan doa restu yang menunjukkan segala penyerahan diri kepada Yang Maha Kuasa.
Amat bererti sekali, segala lafaz sumpah Baginda, yang di antara lainnya, ketika dengan segala ikhlas dan penuh azam menyatakan bahawa Baginda akan sentiasa memelihara agama Islam di negara kita, yang melambangkan ikrar yang tulen bahawa negara kita akan tetap terus menerus mengekalkan kedudukannya yang kuat di bumi ini sebagai negara yang akan mempertahankan Islam sebagai agama negaranya.
Hal inilah yang seharusnya difahami, dipertahan dan di mahkotakan oleh seluruh rakyat, generasi demi generasi, untuk melambang dan merealisasikan bahawa negara ini akan tetap mempertahankan Islam, mengatasi segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya.
Titik sejarah keberangkataan Baginda Yang Di Pertuan Agong yang ke-14 dari Alor Star ke Kuala Lumpur ini biarlah kita rayakan bukan hanya dengan istiadat dan upacara , tetapi dalam makna dan ruhnya yang tinggi untuk kedaulatan agama kita sendiri.
Selamat bersemayam dan selamat menjalani amanah sebagai penjaga agama Islam Tuanku. Mudah-mudahan Baginda sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT dan keberkatan-Nya.

Comments
Post a Comment