UCAPAN NEGARAWAN
Dato' Seri Najib Tun Razak ketika berucap sebagai Presiden UMNO dalam perhimpunan partinya pada 1 Disember 2011 tidaklah hanya lahir sebagai Presiden Parti, tetapi juga sebagai negarawan yang berpandangan jauh dan berhikmah. Ucapannya amat informatif dan bernas, mengenang kembali sejarah perjuangan negara di bawah kepimpinan negarawan yang lalu yang membawa Malaysia ke persada dunia,bukan hanya sebagai sebuah negara maju dalam industri dan teknologi, tetapi sebagai sebuah negara bermaruah, beragama, beretika dan berpadu dalam kepelbagaian kaum dan budaya.
Banyak perkara positif yang disebutkannya sebagai membuktikan bahawa arus perjuangan negara berada dalam landasan yang betul, tetapi, menurut beliau, malangnya hal ini telah dinafikan tanpa bukti oleh perjuangan partisan melulu oleh musuh2 politiknya yang berusaha mencari keuntungan peribadi atau kelompok tertentu.
Dalam hal ini,saya rasa, kita amat memerlukan rakyat yang berfikiran rasional, menggunakan logik, dan berasaskan fakta dan sejarah pembangunan bangsa dan negara kita, sekiranya kita mahu memastikan kelangsungan perjuangan yang disebutkan oleh YAB PM itu, iaitu rakyat haruslah sedar akan sejarah perjuangannya, satu hakikat yang sering tercemar dalam kebanyakan negara membangun, termasuk negara2 Islam yang menghadapi kerisis politik dan ekonomi yang berpanjangan pada ketika ini, yang menjejaskan keamanan, kesetabilan ekonomi dan sosial, melakukan pertumpahan darah dan sebagainya, yang tidak membawa negara2 itu ke mana2 pun, kecuali kehancuran dan kemusnahan.
Memang ketua2 parti politik akan sering mengecam parti lawan dan ketua2nya di dalam ucapan mereka, tetapi hal ini adalah merupakan satu perkara biasa di dalam mana2 perhimpunan, muktamar dan persidangan parti2 politik. Dato' Seri Najib juga mengambil kesempatan dalam ucapannya bagi mengecam parti lawan, tetapi pendekatannya agak bermoral kerana beliau terpaksa menjawab segala kecaman dan tuduhan terhadapnya dan terhadap parti UMNO yang dilemparkan selama ini, yang pada beliau amatlah tidak berasas dan menafikan sama sekali segala sesuatu yang positif dalam perjuangan UMNO dan orang Melayu, juga yang ingin melenyapkan segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan selama ini oleh UMNO.
Oleh itu kecaman politik dalam sebarang perhimpunan dan persidangan mereka haruslah dilihat dalam konteks nya yang holistik dan menyeluruh, iaitu apabila terdapat aksi yang hebat menyerangnya, maka akan timbullah reaksinya yang agak keras.
Malangnya dalam hal ini banyak orang, termasuk portal dan media baru, yang mengambil hujah politik di luar konteks dan sebab musabab yang menimbulkan komen atau jawapan tertentu dalam ucapan para pemimpin dan ahli2 parti yang timbul dalam perhimpunan ini.
Hal ini samalah bandingannya dengan tindakan segelintir rakyat Iran yang menyerang kedutaan British sehari dua yang lalu, yang dilakukan keerana tindakan provokatif dan ancaman terhadap negara Iran oleh pihak negara Barat itu, tetapi hal ini tidak disebutkan sama sekali, sebaliknya yang ditimbulkan oleh pandangan umum Barat dan AS bahawa hal ini adalah satu pencerobohan radikal semata2, tanpa mempelajari atau sengaja melupakan sebab dan kenapakah rakyat Iran bertindak demikian.
Memang tindakan kekerasan ini tidak seharusnya dilakukan, tetapi sebagai manusia yang tidak dapat mengawal emosi dan reaksi kerasnya, maka perkara ini berlaku juga, sedangkan hakikat yang seharusnya disedari ialah sebab musababnya berlaku tindakan ini, iaitu kerana berlaku cabaran yang serius terhadap keselamatan dan kesetabilan negara Iran itu sendiri.
Yang pentingnya dalam apa2 keadaan sekali pun pemikiran rakyat haruslah rasional, tidak dikelirukan, dan rakyat sendiri yang boleh memilih, mana kaca dan mana permata, dan dalam konteks ini, saya rasa Dato' Seri Najib telah menghidangkan banyak mutiara yang bernas untuk menjadi bahan pemikiran rakyat jelata, bukan hanya untuk kepentingan politik kepartian, tetapi untuk kesejahteraan rakyat, kemakmuran dan kesetabilannya.
Ketika dunia dipenuhi dengan tindakan kekerasan dan keganasan, melupakan nilai2 moral dan akhlak yang baik, memikirkan hanya dalam jangka pendek dan secara gopoh gapah, maka kita seharusnya berusaha mengekalkan tindakan dan pendekatan tradisi agama dan budaya kita sendiri, yang selama ini terbukti amat berkesan dan berhikmah sekali, dan benar2 melahirkan negara yang bebas dari sebarang penjajahan dalaman dan luaran yang tidak kita sedari.

Comments
Post a Comment