BUKU LEE DIHARAMKAN
Pada 27 Januari 2011 saya telah menulis di sini tentang persepsi salah yang cuba dikemukakan Lee Kuan Yew terhadap pembaca bukunya tentang Islam. Buku yang dimaksudkan itu ialah yang berjudul "Hard Truth To Keep Singapore Going" iaitu yang menyeru supaya orang Islam tidaklah terlalu komited kepada agamanya, tanpa membezakan ajaran dan sikap bagaimanakah yang seharusnya tidak dipegang dengan kuatnya oleh orang Islam, dan hal ini menjadikan orang berfikir bahawa orang Islam tidaklah seharusnya terlalu kuat beragama, kerana berpegang kuat kepada agama boleh menghalang mereka dari mencapai kemajuan, seolah2 orang Islam di Singapura tidak dapat mencapai kejayaan ialah kerana mereka terlalu kuat berpegang kepada ajaran agama!.
Sememangnya Lee pernah sebelum ini mengemukakan tentang gambaran salah mengenai Islam, iaitu yang sama nadanya dengan gambaran media Barat, dan pengucapan ketua2 negara Barat mengenai Islam, yang dihubungkan dengan sikap radikal, ganas dan tidak berperi kemanusiaan, mundur, miskin, jahil dan sebagainya.
Lee memberikan contoh tentang Islam liberal di Singapura tanpa menyedari sensitiviti orang Islam di Malaysia, dan menjadikan bentuk desakan dan tekanan terhadap Islam di negaranya sebagai sesuatu yang seharusnya juga menjadi amalan di Malaysia.
Hari ini kita membaca berita bahawa Jakim telah mengharamkan bukunya itu, setelah hampir setahun buku itu diterbitkan. Saya percaya pengharaman ini akan lebeh memberikan keuntungan kepada Lee Kuan Yew, kerana semakin ramai orang yang akan mencari buku itu dan membacanya untuk melihat dan merasakan sendiri isi buku tersebut yang membawa kepada pengharamannya.
Namun begitu pihak Jakim tentulah mempunyai pertimbangan tertentu sehingga membuat keputusan mengharamkannya.
Bagi saya pengharaman ini mungkin dibuat oleh Jakim untuk melindungi pembaca Islam daripada terpengaruh dengan paparan pemikiran dan imej Islam yang diselewengkan oleh penulisnya, iaitu Lee Kuan Yew.
Dari sudut ini memang wajarlah Jakim mengambil tindakan supaya buku itu tidak dibaca oleh pembaca Malaysia. Dari sudut yang lain, mungkin juga Jakim ingin menunjukkan protes dan bantahannya terhadap kandungan buku itu tentang kesalah fahaman mengenai Islam dan amalannya yang sebenar dan protes itu dilahirkan di dalam langkah mengharamkannya.
Namun atas apa2 dorongan dan sebab sekali pun, saya rasa untuk masa yang akan datang, kita mungkin seharusnya menangani masalah prejudis terhadap Islam ini dengan pendekatan ilmu dan pengetahuan yang lebeh berkesan lagi, kerana dalam zaman siber dan internet ini kita tentulah amat sukar untuk mengawal pembacaan orang, atau menghadkan pembacaan hanya terhadap buku yang dicetak sahaja.
Oleh itu pendekatan yang berbentuk penjelasan dan penerangan untuk melawan sesuatu yang digambarkan secara salah dan mengelirukan di dalam penerbitan, buku, jernal, artikel dan sebagainya, tentulah akan lebah berkesan daripada mengharamkannya.
Kita seharusnya mengambil langkah yang lebeh proaktif sebagai reaksi terhadap kekeliruan yang mungkin di timbulkan oleh buku seperti buku Lee Kuan Yew ini, iaitu dengan lebeh banyak mendekati para pembaca muda dan tua, pelajar universiti dan profesional, para wanita dan belia, dengan mendedahkan kepincangan yang terdapat di dalam sesuatu karya seperti ini. Kita haruslah menggunakan banyak saluran, diantaranya ialah media cetak dan letronik, radio dan tv, untuk menjelaskan kepada awam kenapakah pandangan Lee Kuan Yew ini menyentuh kemurnian ajaran dan nilai agama Islam umpamanya. Di manakah letaknya kekeliruan dan kesalah fahaman penulis tentang budaya Islam dan latar belakang orang Islam di Malaysia umpamanya berbanding dengan orang Islam di Singapura itu.
Mungkin pendekatan ini lebeh berfaedah kepada para pembaca Muslim yang pernah membaca buku ini, atau yang bercadang akan membacanya, apa lagi bagi orang yang telah membacanya dan menganggap bahawa pandangan Lee kuan Yew itu adalah munasabah dan sesuai dengan peredaran zaman moden ini.
Saya tidak mengatakan bahawa keputusan mengharamkan buku tersebut oleh Jakim adalah satu tindakan yang salah, tetapi saya merasakan kita tidak dapat mengambil pendekatan ini untuk selama2nya, malah pendekatan kita tentulah lebeh kepada tindakan yang berhikmah dan berorientasikan keilmuan dan pemikiran orang Islam sendiri, iaitu pendekatan jangka panjang yang akan meninggalkan kesan yang lebeh baik lagi kepada orang Islam.

Comments
Post a Comment