SIAPA MENYERANG SIAPA?
Menyerang UMNO menjadi satu senjata yang semakin ketara dan semakin membara selepas UMNO mengadakan perhimpunan agongnya baru2 ini. Serangan ini bukan hanya menjadi ombak besar di dalam negara sahaja, tetapi merupakan seperti angin puting beliong yang datangnya dari luar negara dengan amat kencang sekali.
Bagi saya serangn yang rasional dan dapat dijustifikasikan tidaklah menjadi masalah, kerana dalam pergerakan politik, tidak ada sebarang parti yang sempurna dan "maksum", masing2 punya kelemahan dan keaiban sendiri tentang dasar perjuangan, para pendokong dan pimpinannya, atau para pengikutnya sendiri. Masing2 mempunyai titik kelemahan, yang kadang2 tidak dapat dicium baunya dan tidak kelihatan kepada mereka, maka orang2 luarlah yang seharusnya memberitahu mereka dengan penuh hikmah dan bermoral.
Yang berlaku sekarang ini, bukan menegur dan mengkeritik secara membina, memilih dan menapis, mana satu yang harus dikeritik secara keras, dan mana satu yang harus diberikan pandangan kedua dan ketiga yang lebeh membina. Yang kelihatan dan sering didedahkan kepada umum ialah bahawa pergerakan Melayu dan perjuangan Islam oleh parti yang tertua dan berjasa itu semuanya negatif, semuanya korup, semuanya membinasakan negara, bangsa dan agama, iaitu dalam bentuk hitam puteh seperti cerita novel zaman kelasik, ketika gambaran watak2nya sama ada jahat sekali, atau paling baik sekali seperti malaikat.
Yang memberi kesannya ialah perjuangan bangsa dan agama disebalik segala kempen besar-besaran memburuk2kan perjuangan Melayu dan Islam itu. Sasaran yang hendak dituju mungkin bukan hanya sangat kepada pergerakan politik UMNO, tetapi tradisi dan asas perjuangan Melayu-Islam yang diwarisi oleh bangsa dan umat Islam di negara ini dari wadah perjuangan parti tertua itu, mungkin itulah yang menjadi sasaran untuk diruntuhkan, kerana untuk meruntuhkan satu tamadun, maka yang pertama sekali yang seharusnya dilakukan ialah meruntuhkan dasar dan warisan tamadun dan perjuangan itu, maka barulah dapat diruntuhkan segala kesannya.
Sasaran yang ditujukan, terutamanya yang disusun secara yang amat strategik dan halus sekali, ialah untuk memalapkan sedikit perjuangan Melayu dan Islam di dalam negara kecil, yang kelihatan masih dapat mempertahankan sedikit2 cahaya dalam api perjuangan untuk menegakkan bangsa Melayu dan meningkatkan syi'ar Islam yang dinamik ini. Sasaran inilah yang menjadi matlamat segala serangan, terutamanya dari luar negara, yang masih melihat bahawa dinegara kecil ini masih terdapat dinding2 yang mempertahankan perjuangan Islam secara sihat dan dinamik itu, dinding2 itu masih terbangun, sedangkan dinegara2 Islam lain, tembok2 itu telah dipecahkan, dan umat Islam bangun sebagai pengganas, pemberontak, pejuang yang berjuang sesama sendiri, yang berperang membunuh saudara2 Islamnya dengan senjata AS dan Nato, atau menjadi negara ibadat dan rohani semata2, dengan meninggalkan segala perjuangan dunia untuk orang lain.
Percaturan politik dunia haruslah kita fahami. Percaturan politik untuk menjatuhkan perjuangan kebangsaan dan keagamaan dinegara kita ini haruslah kita melihatnya dari kaca mata global dan holistik, yang disusun sebegitu rupa, dalam satu strategik kecaman dan kadang2 pembohongan yang bertujuan memecahkan sebarang benteng yang semakin rapoh di negara kita ini untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama kita.
Penjajahan luar mungkin tidak gusar dengan perjuangan Islam yang berdasarkan kekerasan dan keganasan, kerana mereka dengan mudah sekali dapat pergi menjajahi negara2 tersebut atas nama menghapuskan keganasan, menyelamatkan dunia dari golongan radikal. Mereka juga tidak gusar dengan gerakan kerohanian dan tabligh yang menumpukan kepada kebangkitan ahli sufi dan para mubaligh yang menyeru kepada kekuatan ritual dan gambaran luaran Islam, seperti penutupan aurat dari hujung rambuat ke hujung kaki bagi wanita2nya, atau yang menempatkan para wanitanya hanya dirumah2 saja, yang punya masjid dan surau, yang tidak pedulikan dunia dan kemakmurannya lagi, maka dalam hal ini mereka mungkin tidak merasa gusar, kerana aktiviti2 lain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama.
Tetapi kuasa penjajah mungkin merasa bimbang sekiranya umat Islam kembali kepada agama dengan melaksanakan konsep bahawa agama itu adalah cara hidup yang lengkap, yang memperjuangkan segala hak dan kebebasan atas nama agama yang berbentuk sistem hidup, maka ketika itu elemen penentangan dari dalam juga akan memeranginya, kerana perjuangan Islam dalam bentuk ini akan dianggap mengancam pintu rezeki dan peluang mereka untuk mendominasikan negara kecil ini, termasuklah dalam bidang bisnes, industri, pendidikan, apa lagi kekayaan, yang sememangnya telah mereka kuasai sejak sekian lama, dan mempertahankannya bersungguh2.
Inilah yang menakutkan mereka sekiranya perjuangan bangsa dan agama dapat dilambangkan dan digerakkan dalam perjuangan politik negara, walau pun selama ini pihak pejuang Islam dalam bentuk ini, masih menegakkan agenda perjuangan mereka diatas keadilan dan kesaksamaan kepada orang lain, seperti yang telah dibuktikan sejak sekian lama, sejak sebelum merdeka, dan selepas merdeka hingga ke hari ini.
Inilah sebenarnya mesej perjuangan tersembunyi yang sering ditujukan kepada Melayu dan Islam di negara kita, kerana Malaysia tidak pernah menggunakan agama untuk menegakkan perjuangan seperti negara lain iaitu penuh keganasan dan pertumpahan darah, dan Malaysia juga tidak pernah mempunyai agenda agama untuk mengikuti jejak langkah Taliban umpamanya. Mungkin Malaysia hanyalah satu2nya pengkalan Islam yang berada di tengah2, dan dunia yang bermusuh dengan Islam tidak mahu melihat Islam dalam dunia ini yang berada ditengah2, dinamik, sihat perjuangannya, membangun dan bersaing dengan pihak mereka.
Dalam hal ini musuh UMNO mungkin bukanlah PAS dalam bentuknya sebagai sebuah parti politik, tetapi pergerakan lain yang mungkin kelihatannya lahir tidak dalam bentuk agenda politik, tetapi banyak pergerakan itu yang berselindung dibelakang perjuangan parti politik, namun tujuan sebenarnya ialah untuk menguasai tampuk pemerentahan bagi melemahkan atau menghapuskan sebarang sisa2 perjuangan untuk bangsa Melayu dan perjuangan Islam yang syumul dinegara ini..
Tetapi dalam dunia pada hari ini, terlalu banyak peerjuangan mistri, tersembunyi, di belakang tabir, yang tidak kelihatan, kerana kanak2 sendiri pada hari ini telah diasuh minda dan tindakannya dengan tektik teknologi moden, play station, ultraman, batman, dan sebagainya yang penuh dengan mistri dan keajaiban, maka kita mungkin tidak dapat menciumi tektik dan tidak dapat menjejaki telatah perjuangan politik negara kita yang serba kompleks ini.
Hanya orang2 yang arif dan rasional saja yang dapat menghidu bau perjuangan politik yang harum atau sebaliknya. Yang lain2 hanya menjadi pak turut yang bebal dan tertutup mata hatinya.

Comments
Post a Comment